KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka meningkat semula minggu depan, didorong oleh sokongan berterusan daripada dana asing dan sentimen pasaran yang lebih baik, menurut penganalisis.
Ketua Penyelidikan Apex Securities Bhd Kenneth Leong menjangka paras 1,600 akan menjadi tumpuan berikutan indeks utama dilihat akan mempertahankan paras tersebut.
Beliau berkata sebarang penurunan akan diimbangi oleh kemasukan semula dana asing. Saham berharga rendah juga mencatatkan kadar belian atau jualan yang sederhana susulan peningkatan baru-baru ini.
"Untuk minggu depan, pelabur akan memantau kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell untuk mendapatkan petunjuk mengenai tempoh kemungkinan penurunan kadar dan keputusan kadar faedah oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
"Kami menjangka BNM akan mengekalkan kadar tidak berubah buat masa ini, terutamanya jika tiada sebarang perubahan ekonomi yang ketara baru-baru ini," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menjangka belian akan bersambung semula minggu depan walaupun pada minggu dagangan yang singkat.
"Kami menjangka FBM KLCI akan berada dalam julat 1,610-1,630 minggu depan," katanya.
Pada asas Jumaat kepada Jumaat, FBM KLCI meningkat 20.93 mata kepada 1,611.02 daripada 1,590.09 minggu lepas.
Pada minggu ini, pasaran kebanyakannya kukuh sejajar dengan prestasi bursa serantau yang lebih baik.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 228.59 mata kepada 12,444.99, Indeks FBMT 100 naik 214.82 mata kepada 12,012.88, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 254.18 mata kepada 12,806.88, Indeks FBM 70 menambah 543.60 mata kepada 18,385.49 dan Indeks FBM ACE naik 193.03 mata kepada 5,966.31.
Mengikut sektor, Indeks Tenaga meningkat 31.33 mata kepada 986.75, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 4.07 mata kepada 199.92, Indeks Perladangan naik 22.92 mata kepada 7,005.64 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 148.71 mata kepada 17,603.44.
Bagi minggu baru berakhir, jumlah dagangan naik kepada 23.79 bilion unit bernilai RM17.49 bilion daripada 23.5 bilion unit bernilai RM16.91 bilion pada minggu sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 13.10 bilion saham bernilai RM14.49 bilion daripada 12.71 bilion saham bernilai RM14.66 bilion minggu lepas.
Jumlah dagangan waran merosot kepada 4.86 bilion unit bernilai RM693.98 juta daripada 6.36 bilion unit bernilai RM805.4 juta minggu lepas.
Jumlah dagangan Pasaran ACE naik kepada 5.82 bilion saham bernilai RM2.29 bilion daripada 4.39 bilion saham bernilai RM1.45 bilion sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 06 2024
Bursa Malaysia dijangka meningkat semula minggu depan, didorong oleh sokongan berterusan daripada dana asing dan sentimen pasaran yang lebih baik, menurut penganalisis. -Gambar fail/Bernama
Kuaters KTMB, kereta, motosikal terbakar di Batu Gajah
Rumah kuaters tersebut yang musnah terbakar sebanyak 75 peratus, bagaimanapun tidak membabitkan mangsa.
Banjir Sarawak: Jumlah mangsa meningkat 12,470 orang, penduduk di Bintulu masih fobia biarpun banjir sudah surut
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat kepada 12,470 orang membabitkan 3,618 keluarga di 62 pusat pemindahan sementara (PPS).
Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.
Trump kenakan tarif baharu ke atas Mexico, Kanada dan China mulai hari ini - White House
Tarif baharu itu akan melibatkan duti sebanyak 25 peratus ke atas Mexico dan Kanada serta tarif 10 peratus ke atas China.
Kerajaan disaran pertimbang laksana semula cukai GST pada kadar dua peratus - CEO Mranti
Katanya, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa terus melaksanakan cukai GST pada kadar enam peratus sebaliknya melaksanakannya pada kadar dua peratus.
Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.
'Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar
Neymar kembali ke Santos iaitu kelab yang membuka laluan buatnya menggilap bakat dan memasyhurkan namanya dan Pele di seluruh dunia.
Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.
Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
Semua pihak perlu mengamalkan sikap saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan jualan berterusan
Bursa Malaysia meneruskan dagangan lemahnya untuk ditutup rendah hari ini susulan jualan yang berterusan apabila pasaran dipengaruhi oleh reaksi negatif Wall Street.
Bursa Malaysia jangka 60 IPO disenarai pada 2025 dengan permodalan pasaran RM40.2 bilion
Bursa Malaysia Bhd menjangkakan sebanyak 60 tawaran awam permulaan (IPO) akan disenarai pada 2025 dengan permodalan pasaran berjumlah RM40.2 bilion.
Keuntungan bersih tahun kewangan 2024 Bursa Malaysia meningkat kepada RM310.12 juta
Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd melonjak 22.9 peratus kepada RM310.12 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 (TK2024) daripada RM252.38 juta pada tahun sebelumnya.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.73 mata kepada 1,569.00 daripada 1,573.73 pada Jumaat lepas.
Bursa Malaysia dijangka alami dagangan secara berhati-hati minggu depan
Mohd Sedek berkata permintaan dijangka berkurangan minggu hadapan susulan perayaan Tahun Baharu Cina.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Aktiviti pengambilan untung yang berterusan untuk hari kedua berturut-turut mengasak Bursa Malaysia untuk ditutup rendah hari ini.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.28 mata kepada 1,572.92 daripada 1,577.20 semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan jualan selepas meningkat selama empat hari berikutan aktiviti pengambilan untung dalam persekitaran kebanyakan pasaran serantau yang lemah.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.19 mata kepada 1,583.61 daripada 1,587.80 semalam.