KUALA LUMPUR: Persatuan Takaful Malaysia (MTA) menjangkakan industri takaful mengekalkan momentum yang stabil pada 2024.
Pengerusi MTA Elmie Aman Najas berkata tahun 2024 akan memperlihatkan prestasi lebih baik, mencerminkan keseluruhan unjuran pengembangan ekonomi sebanyak empat peratus berbanding 3.7 peratus pada 2023.
"Kami optimis. Berdasarkan trend, terdapat penambahbaikan dari segi saiz produk sedia ada yang menunjukkan penglibatan (pemegang sijil) yang semakin peka untuk mempunyai perlindungan (takaful)," katanya dalam taklimat media mengenai prestasi industri takaful dan pelan transformasi strategik semalam.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MTA Mohd Radzuan Mohamed berkata beliau menjangka produk takaful mikro seperti Perlindungan Tenang akan terus berkembang memandangkan 40 peratus daripada populasi, terutama dalam kategori B40, tidak mempunyai insurans/takaful.
"Terdapat 11 produk yang ditawarkan oleh 10 pengendali takaful. Kami menjangka penawaran produk meningkat sebaik sahaja kami membangunkan pelan transformasi industri takaful yang dikenali sebagai Hijrah27," katanya.
Hijrah27, pelan hala tuju industri takaful (2024-2027), bermatlamat untuk meningkatkan dan menginovasi takaful menjadi nama yang dikenali di Malaysia dan mengilhamkan pemegang polisi generasi baharu.
Beliau berkata mandat ini adalah untuk menjadikan takaful lebih relevan, mudah diakses dan memberi impak.
“Pelan transformasi ini merangkumi perubahan dengan tujuan serta menyepadukan misi MTA dengan matlamat visi Rangka Kerja Sektor Kewangan 2026 dan kerangka Intermediasi Berasaskan Nilai untuk industri.
“Hijrah27 adalah sambungan daripada Pelan Reformasi MTA yang berjaya dilaksanakan pada 2022-2023, yang dikenali sebagai ISLAH 23, dan akan memacu industri dan ekosistem Islam secara keseluruhan bagi memajukan takaful,” katanya.
Sementara itu, Elmie pada majlis berkenaan berkata, sepanjang 2023, pengendali takaful keluarga menambah 1.13 juta sijil baharu dengan caruman kasar sebanyak RM9.59 bilion, tetapi tidak mencapai 1.31 juta sijil baharu dan caruman kasar RM10.06 bilion yang didaftarkan pada 2022.
“Walaupun jumlahnya rendah sedikit berbanding tahun sebelumnya, ia masih memberi kesedaran dan kepercayaan yang berterusan terhadap perlindungan takaful dalam kalangan rakyat,” katanya.
Menurutnya, pengendali takaful telah membayar tuntutan perlindungan takaful berjumlah RM8.74 bilion pada 2023 untuk menyokong rakyat ketika mereka memerlukan.
Pengendali takaful keluarga telah membayar sebanyak RM6.79 bilion, menggariskan komitmen mereka untuk melindungi keluarga di seluruh negara manakala pengendali takaful am mengeluarkan jumlah tuntutan sebanyak RM1.95 bilion.
Peningkatan pembayaran sebanyak 24.40 peratus ini menunjukkan kepekaan industri takaful terhadap keperluan pemegang sijil dan dedikasinya untuk meringankan beban rakyat dalam kadar segera.
“Pembayaran ini disokong oleh sumbangan kasar perniagaan berkuat kuasa takaful keluarga yang meningkat sebanyak 7.55 peratus kepada RM8.97 bilion berbanding RM8.34 bilion pada 2022,” kata Elmie.
Bilangan sijil berkuat kuasa pada 2023 adalah stabil pada 6.60 juta berbanding 6.63 juta sijil berkuat kuasa pada 2022.
Elmie berkata, dari segi prestasi, data tiga tahun menunjukkan normalisasi dalam industri pada 2023, selepas pertumbuhan kukuh pascapandemik pada 2022.
“Kadar penembusan takaful keluarga pada 2023 kekal stabil pada 19.58 peratus, walaupun populasi mencatat pertumbuhan tertinggi 10 tahun dengan peningkatan sebanyak 678,500 orang, mengatasi pertumbuhan pada 2022,” katanya.
Kadar penembusan takaful keluarga pada 2022 adalah 20.06 peratus dan pertumbuhan populasi berjumlah 401,600 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2024

Elmie (kiri) bersama Mohd Radzuan (kanan) pada sidang media selepas menyampaikan taklimat mengenai Industri Takaful pada Majlis Pengumuman dan Prestasi Industri Takaful 2023 di Kuala Lumpur semalam. --fotoBERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.

Sun Life berazam untuk terus menjadi pembimbing kewangan rakyat Malaysia
Syarikat penyedia insurans dan takaful, Sun Life Malaysia komited membantu rakyat Malaysia celik dalam pengurusan kewangan.

Insurans kesihatan: Inisiatif BNM berisiko jika tiada pelan jangka panjang - Galen Centre
Inisiatif Bank Negara Malaysia (BNM) melaksanakan dua langkah interim bagi mengurangkan beban kewangan pemegang polisi insurans dan takaful kesihatan harus dipuji.

Langkah-langkah interim tangani kesan pelarasan premium akan dipantau untuk jamin keberkesanan
Pelaksanaan langkah-langkah interim bagi menangani kesan pelarasan premium produk insurans/takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) akan dipantau secara berterusan bagi menjamin keberkesanannya.

KKM alu-alukan langkah kawal selia premium insurans, takaful, intervensi
Langkah BNM mengawal selia kenaikan premium insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) adalah intervensi jangka pendek agar rakyat tidak terbeban dengan inflasi yang mendadak.

Cari alternatif sebelum tamatkan insurans perubatan, pelan takaful - PPKM
PPKM mencadangkan beberapa alternatif untuk membantu pemegang polisi menguruskan kos penjagaan kesihatan swasta tanpa menamatkan perlindungan.

Pengerusi ASEAN: Malaysia berpeluang tingkat kerjasama sektor takaful, takaful semula
Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula.

Malaysia berupaya bantu negara jiran bangun produk kewangan Islam
Singapura misalnya, masih belum ada produk takaful yang patuh syariah tersedia, dan Malaysia boleh mengambil peluang berkenaan.

Industri takaful dijangka catat pertumbuhan stabil pada 2024 - Persatuan
Tahun 2024 akan memperlihatkan prestasi lebih baik, mencerminkan keseluruhan unjuran pengembangan ekonomi sebanyak empat peratus.

Industri takaful bayar RM8.74 bilion perlindungan pada 2023, umum pelan Hijrah27
Sejumlah RM8.74 bilion tuntutan perlindungan takaful dibayar oleh pengendali takaful sepanjang tahun 2023, meningkat 24.40 peratus berbanding tahun sebelumnya.