KUALA LUMPUR: Memasuki tahun baharu 2025, Sun Life Malaysia terus komited mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan pengurusan kewangan yang bijak demi kesejahteraan masa depan.

Ilmu kewangan ini penting bagi memperkasakan legasi kewangan, terutama sekali dalam bidang insurans dan takaful.

Menurut Presiden dan Ketua Negara Sun Life Malaysia, Raymond Lew, tahun baharu ini adalah masa terbaik untuk rakyat Malaysia merancang masa depan kewangan keluarga.

Justeru Sun Life Malaysia terus bersedia untuk menjadi pembimbing kewangan untuk menjadikan tahun 2025 yang lebih cerah.

“Pada masa ini, kami mempunyai 1.2 juta pelanggan dalam rekod kami.

“Untuk tahun 2025, matlamat kami adalah untuk membantu seramai mungkin rakyat Malaysia mencapai kestabilan kewangan sepanjang hayat dan menjalani kehidupan yang lebih sihat,” kata Raymond.

Syarikat insurans terkemuka, Sun Life Malaysia sudah menjadi sebahagian daripada komuniti negara ini sejak 2013 dengan menawarkan insurans hayat dan takaful keluarga.

“Dengan usaha berterusan dan matlamat yang jelas, Sun Life Malaysia bersedia menemani rakyat Malaysia melangkah ke tahun baharu yang lebih cerah, stabil, dan sejahtera,” tambah Raymond.

Raymond ditemui pada majlis sambutan tahun baharu 2025 Sun Life Malaysia di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Majlis yang berlangsung gilang gemilang tersebut dianjurkan bagi menghargai usaha kakitangan, penasihat, pelanggan dan rakan kongsi syarikat itu sepanjang tahun 2024.

Usaha berterusan didik masyarakat kawal kewangan