Ringkasan AI
- Program pagi popular 3 Pagi ERA yang dihoskan oleh Nabil Ahmad, Radin, dan Azad Jasmin mengadakan persembahan busking bersama GENJI Buskers di Bukit Bintang, menarik lebih daripada 5,000 pengunjung.
- Sorotan utama acara adalah penampilan khas Thalita, anak kepada pelawak Shuib, yang memikat hati penonton dengan lagu "Kesetiaan" nyanyian asal arwah ibunya, Allahyarham Siti Sarah.
- ERA komited untuk bertemu peminat di luar konti radio dan menyokong bakat seni baharu, dengan acara ini turut dimeriahkan oleh selebriti terkenal seperti Safee Sali, Ummi Umairah, dan kumpulan Floor 88.
Acara tersebut berjaya menarik lebih daripada 5,000 pengunjung yang terhibur dengan nyanyian santai dan persembahan istimewa.
Sorotan utama malam itu adalah penampilan khas Thalita, anak kepada pelawak terkenal Shuib.
Thalita memikat hati penonton dengan lagu "Kesetiaan", nyanyian asal arwah ibunya Allahyarham Siti Sarah yang berjaya menyentuh emosi semua yang hadir.
BACA: Thalita sebak dapat peluang nyanyi bersama 3 Pagi Era di Bukit Bintang
Pengurus Jenama ERA Azah Sahrin berkata 3 Pagi ERA komited untuk bertemu dengan peminat di luar konti radio.
"Kami ingin memberikan pengalaman hiburan yang lebih dekat dan interaktif, seperti acara busking ini.
“Terima kasih juga kepada Shuib kerana memberi peluang kepada Thalita untuk membuat persembahan yang begitu memukau dan menyentuh emosi.
“ERA sentiasa menyokong bakat seni baharu dan percaya pada potensi generasi muda dalam meneruskan kegemilangan seni tanah air,” kata Azah.
Selain persembahan Thalita dan GENJI Buskers, acara turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti dan personaliti terkenal.
Antara yang hadir untuk memberikan sokongan adalah Safee Sali, Ummi Umairah, dan kumpulan Floor 88.
Untuk maklumat terkini mengenai ERA, sila layari laman web rasmi ERA di era.syok.my atau ikuti laman media sosial ERA.