ANAK kepada pelawak dan usahawan terkenal, Shuib iaitu Thalita tidak dapat menahan air mata selepas bapanya memberitahu dia bakal membuat persembahan bersama Radio ERA.


Ringkasan AI
  • Thalita, anak kepada Shuib, tidak dapat menahan air mata selepas diberitahu akan membuat persembahan bersama Radio ERA di Bukit Bintang.
  • Shuib berasa bangga dan gembira dengan pelawaan tersebut, dan Thalita terharu kerana sudah lama menanti peluang untuk membuat persembahan di hadapan orang ramai.
  • Video Thalita menyanyikan lagu "Kekasih Bayangan" oleh Cakra Khan dengan bimbingan datuknya, Raisudin Hamzah, telah tular di Instagram.


Menerusi perkongsian di Instagram, Shuib memberitahu dia menerima panggilan daripada ERA dan mempelawa anak gadisnya untuk sama-sama menyanyi secara busking di Bukit Bintang pada Jumaat.

“Pagi tadi Azad telefon dan berborak bersama tapi tiba-tiba dia cakap 3 Pagi Era nak buat content busking dekat Bukit Bintang jadi boss dia tanya boleh atau tidak untuk menjemput Thalita menyanyi sekali,” ujarnya di ruangan kapsyen.


Shuib Bangga

Sebagai bapa, Shuib berasa sangat gembira dengan pelawaan tersebut dan terus memberitahu anaknya sejurus pulang dari sekolah.

Namun, selepas berkongsi berita gembira tersebut, Thalita kelihatan terkejut dan terus menangis sambil memeluk bapanya.

Menurut Shuib, anaknya berasa terharu kerana dia sudah lama menanti peluang untuk membuat persembahan di hadapan orang ramai.

“Jadi hari ini, bila Thalita balik dari sekolah, panggil dia naik studio, dan inilah jadinya?

“Rupanya Thalita terlalu nak nyanyi depan orang ramai dan dia memang tunggu peluang macam ni. Allahuakbar!

“Semoga Allah permudahkan urusan Thalita, daddy akan selalu ada di belakang Thalita. I'm your BIGGEST FAN!!! Esok satu family turun support you, okey!

So, insya-Allah esok kita jumpa di Bukit Bintang ya. Siapa-siapa ada kelapangan, marilah datang. Kita support 3 Pagi Era Pak azad, Nabil, Radin dan Thalita,” kata Shuib.

Terdahulu, tular video di aplikasi Instagram anak kepada Shuib dan Allahyarham Siti Sarah, Thalita, sedang menyanyikan lagu "Kekasih Bayangan" oleh Cakra Khan.

Menerusi perkongsian video berdurasi satu minit 34 saat itu, Thalita ada nama panggilannya Dekta dilihat sedang menyanyikan lagu tersebut dengan bimbingan datuknya, Raisudin Hamzah.