Ringkasan AI
- Jabatan Imigresen (JIM) menahan 53 pendatang tanpa izin dalam operasi Op Kutip di Ampang, Selangor.
- Mereka yang ditahan terdiri daripada 33 lelaki dan 20 wanita dari pelbagai negara, berumur 14 hingga 65 tahun.
- Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan semua yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Semenyih untuk dokumentasi dan tindakan selanjutnya.
Pengarah Imigresen Selangor Khairul Aminus Kamaruddin berkata semua yang ditahan terdiri daripada 33 lelaki dan 20 wanita dari Indonesia, Afghanistan, India, Nepal, Australia, Filipina, Myanmar, Sweden, Tanzania, Morocco, Somalia, Nigeria, Bangladesh dan Pakistan.
"Mereka berumur 14 hingga 65 tahun dan disyaki tidak mempunyai dokumen sah serta mematuhi syarat-syarat untuk tinggal di negara ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata semasa pemeriksaan terdapat warga asing yang bertindak agresif dengan memberi pelbagai alasan malah, ada yang berpura-pura pengsan bagi mengelak daripada ditahan.
"Seramai 141 individu diperiksa dalam serbuan yang bermula pukul 7.30 malam oleh 35 petugas Imigresen Selangor," katanya.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan semua yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Semenyih bagi proses dokumentasi dan tindakan selanjutnya.
- BERNAMA