NORTHROP Grumman B-21 Raider ialah pesawat pengebom terkini Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) yang diperlihatkan kepada umum pada tahun 2022.
Dengan rekaan “sayap terbang” ia mempunyai kemampuan unik sukar dikesan radar walaupun bersaiz besar.
Pada November tahun lalu ujian penerbangan pertama dilakukan tetapi tidak didedahkan kepada umum.
Selepas enam bulan barulah USAF berkongsi imej rasmi B-21 Raider melakukan penerbangan pertama.
B-21 Raider masih lagi dalam fasa ujian bagi menyelesaikan isu operasi dan melihat kemampuannya.
Sekilas pandang, B-21 nampak sama sahaja dengan pesawat pengebom B-2 Spirit tetapi ia lebih sukar dikesan radar serta direka untuk beroperasi di siang hari.
Oleh sebab itu, warna kelabu digunakan dan bukannya hitam seperti B-2 dan F-117.
Kesemua bom disimpan di dalam perut pesawat di mana ia boleh membawa bom konvensional, pintar dan juga nuklear.
USAF mempunyai komitmen membeli sekurang-kurangnya 100 pesawat.
Apabila memulakan operasi kelak, B-21 Raider dijangka akan berkhidmat sehingga 30 tahun dengan kos keseluruhan program mencecah $240 bilion.
Pada waktu tersebut ia akan menggantikan pesawat B-2 Spirit, B-1 Lancer dan B-52 Stratofortress sebagai pesawat pengebom utama USAF.
Amanz
Fri May 24 2024
Sekilas pandang, B-21 (gambar) nampak sama sahaja dengan pesawat pengebom B-2 Spirit tetapi ia lebih sukar dikesan radar serta direka untuk beroperasi di siang hari. - Foto Amanz
Banduan Islam di penjara Narathiwat dihidang makanan halal - Jurucakap
Enam tahanan Malaysia yang berada di penjara berkenaan berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa-apa aduan setakat ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
ARRC: Hafizh Syahrin manfaat fasiliti berkelas dunia JDT di Padang Seri Gelam
Hafizh sedang melakukan persediaan menjelang pusingan terakhir ARRC 2024 di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand bermula 6 hingga 8 Disember depan.
Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.
Lawatan PM Anwar ke Mesir tingkatkan hubungan dua hala - Duta
PM Anwar mengadakan lawatan rasmi ke Mesir bermula hari ini hingga 12 November atas jemputan jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.
Trump peroleh AS$500 juta hanya dengan satu hantaran di media sosial
Selepas menulis beliau tidak berhasrat menjual kepentingannya, dengan serta-merta, nilai saham berkenaan melonjak sehingga hampir 15 peratus.
Mourinho didenda, digantung kerana kritik pegawai perlawanan di Turkiye
Tindakan Mourinho dianggap "bercanggah dengan semangat kesukanan, etika sukan atau konsep permainan adil" dan "mengurangkan nilai" bola sepak di Turkiye.
SPRM ambil keterangan bekas pegawai khas Najib
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah hari ini, selesai mengambil keterangan bekas pegawai khas mantan perdana menteri berhubung kes meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti.
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru, dari 14 hingga 16 November.
Musk sertai perbualan telefon Trump dengan Zelenskyy - Laporan
Trump dan Musk berada di Mar-a-Lago, kediaman dan kelab Trump di Palm Beach, ketika panggilan itu dibuat.
Imej rasmi Northrop Grumman B-21 Raider lakukan penerbangan akhirnya dikongsi
Dengan rekaan "sayap terbang" ia mempunyai kemampuan unik sukar dikesan radar walaupun bersaiz besar.