PUTRAJAYA: Institut Koperasi Malaysia (IKMa) memberi tumpuan agenda pendigitalan kepada koperasi supaya keupayaannya dipertingkat sekali gus menjadi medan baharu pembangunan ekonomi negara.
Ketua Pengarah IKMa Datuk Mohd Ali Mansor berkata beberapa program kini dirangka bagi membolehkan aspek digitalisasi diterapkan oleh koperasi selaras Dasar Koperasi Malaysia 2030 (DaKoM 2030) dan Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi (DigiKOP) 2030.
"Pada tahun ini, kita akan latih 50 koperasi supaya mereka dapat membuat satu perubahan dari segi pendigitalan. Ini akan beri ruang koperasi tingkat keupayaan yang menjadi sasaran kita dalam perolehan koperasi masa akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Persidangan Koperasi Antarabangsa 2024 (ICC 2024) di sini hari ini yang dilancarkan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan.
Ditanya cabaran dalam proses pendigitalan koperasi, Mohd Ali berkata antaranya adalah kekurangan generasi muda serta kewujudan koperasi yang tidak aktif dan berstatus dorman.
"Kita hadapi masalah suntikan generasi muda, namun kita ada pelan untuk memperkasakan penglibatan mereka, selain itu kita ada masalah dalam keaktifan koperasi.
"Hampir 50 peratus daripada kira-kira 16,000 koperasi adalah tidak aktif dan usaha sedang dibuat untuk pastikan koperasi berdaftar terus bergerak," katanya.
Mohd Ali berkata IKMa bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) akan berusaha mempertingkatkan gerakan koperasi di negara ini supaya lebih aktif dan berdaya saing.
IKMa juga sentiasa bertemu ahli lembaga pengarah koperasi bagi memberi kefahaman mengenai pengurusan asas koperasi dan memberikan kursus berkaitan kepada pengurusan, menurutnya.
Mengenai ICC 2024, beliau berkata persidangan berkenaan adalah platform baharu diperkenalkan IKMa bertujuan memperluaskan dan mengantarabangsakan sektor koperasi di negara ini.
"Persidangan ini kami rangka dua tahun sekali supaya ia diletak dalam jadual persidangan International Cooperative Alliance (ICA) dan selepas ini kita harap penyertaan lebih besar (dari negara luar).
"Tujuan persidangan ini adalah supaya koperasi di Malaysia dapat manfaat dengan kerjasama di peringkat antarabangsa," katanya.
ICC 2024 anjuran IKMa hari ini dihadiri 178 perwakilan daripada pelbagai negara antaranya Korea, Thailand, Filipina, Australia, Brunei, Indonesia dan India.
IKMa merupakan sebuah institusi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang ditugas memajukan sektor koperasi melalui latihan, penyelidikan dan pembangunan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 29 2024

Mohd Ali berkata beberapa program kini dirangka bagi membolehkan aspek digitalisasi diterapkan oleh koperasi selaras DaKoM 2030 dan DigiKOP 2030. - Gambar fail/FB Institut Koperasi Malaysia

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

SKM lulus RM5.7 juta bantuan pembangunan koperasi sehingga 15 Julai
Suruhanjaya Koperasi Malaysia luluskan RM5.7 juta bantuan pembangunan kepada 126 koperasi di seluruh negara sehingga 15 Julai tahun ini.

Jualan MADANI Koperasi Usahawan catat nilai jualan RM6.2 juta setakat 28 Julai - Ewon
Jualan MADANI Koperasi Usahawan (JMKU) merekodkan nilai jualan sebanyak RM6.2 juta dengan melibatkan 208,055 penerima manfaat di seluruh negara setakat semalam.

Koperasi digesa rebut peluang sempena tahun Melawat Kedah 2025
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mahu koperasi di Kedah merebut peluang baharu, khususnya dalam sektor pelancongan sempena Tahun Melawat Kedah 2025 serta Tahun Melawat Malaysia 2026.

SKM anjur Bulan Koperasi Kebangsaan, Hari Koperasi Negara 2024
Majlis tersebut akan dirasmikan Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

IKMa fokus laksana agenda pendigitalan kepada koperasi
Institut Koperasi Malaysia (IKMa) memberi tumpuan agenda pendigitalan kepada koperasi supaya keupayaannya dipertingkat sekali gus menjadi medan baharu pembangunan ekonomi negara.

RM2 juta disalur kepada Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi
TBKK diwujudkan bagi membantu koperasi-koperasi yang terjejas dan menghadapi masalah khususnya akibat bencana alam atau faktor-faktor lain di luar kawalan.

Siasatan berhubung dakwaan peminjam koperasi disenarai hitam sedang dijalankan - Ewon
Siasatan berhubung dakwaan peminjam sebuah koperasi disenarai hitam oleh bank walaupun sudah melangsaikan hutang sedang dijalankan.

SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.

KUSKOP fokus kukuhkan rangkaian koperasi Coop Mart
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan memberi fokus kepada usaha mengukuhkan rangkaian kedai koperasi Coop Mart sedia ada.

1,001 koperasi baharu berjaya didaftar sepanjang tahun lepas - Ewon
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) merekodkan sebanyak 1,001 koperasi baharu, didaftarkan di seluruh negara pada tahun lalu.