KOTA BHARU: Jualan MADANI Koperasi Usahawan (JMKU) merekodkan nilai jualan sebanyak RM6.2 juta dengan melibatkan 208,055 penerima manfaat di seluruh negara setakat semalam.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata sebanyak 63 program JMKU telah dilaksanakan menerusi jualan barangan keperluan asas oleh 221 operator jualan yang dilantik Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
"Kementerian akan meneruskan program JMKU sebagai usaha menyediakan barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, telur, daging lembu, daging ayam dan sebagainya, dengan tawaran penjimatan harga hingga 20 peratus berbanding harga pasaran," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Koperasi Negara (HKN) 2024 Peringkat Negeri Kelantan di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawanan negeri Mejar (B) Datuk Md Anizam Ab Rahman.
Terdahulu, Ewon menyampaikan anugerah kepada Koperasi Keluarga Tok Nor Mekong Jusoh Machang Berhad bagi kategori Anugerah Koperasi Harapan serta menyerahkan masing-masing enam replika cek Bantuan Pembangunan SKM dan Pinjaman Tabung Modal Pusingan SKM berjumlah RM835,325 dan RM15.4 juta.
Ewon berkata seluruh gerakan koperasi telah berjaya menyumbang perolehan sebanyak RM64.6 bilion sekali gus melepasi sasaran dasar yang ditetapkan oleh kementerian sebanyak RM60 bilion bagi 2025.
"Pada masa sama, kejayaan gerakan koperasi yang menceburi pelbagai bidang sektor ekonomi telah berjaya meningkatkan pengumpulan modal syer dan yuran kepada RM17.4 bilion, dengan penjanaan aset bernilai RM165.9 bilion.
"... ini suatu pencapaian yang membanggakan dan saya pasti menjadi semangat kepada gerakan koperasi di seluruh negara," katanya.
Beliau berkata program Bantuan Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi (SCOPE) pula dapat membantu mengurangkan harga barangan runcit serta jurang antara pembekal, pengeluar dan pengguna dengan mengurangkan penglibatan orang tengah.
"Pihak kementerian akan terus memperkasakan kedai koperasi (Coopmart) agar lebih menarik dan menyediakan pelbagai pilihan kepada pengguna yang akan diusahakan oleh pelbagai koperasi terutamanya di kawasan luar bandar serta kawasan yang majoritinya merupakan penduduk dalam kalangan golongan B40," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 29 2024

Ewon berkata sebanyak 63 program JMKU telah dilaksanakan menerusi jualan barangan keperluan asas oleh 221 operator jualan yang dilantik SKM. - Gambar fail/Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dakwaan RUU PSB hapus Melayu, golongan M40, B40 tidak benar - KP PLANMalaysia
Alias berkata kerajaan memegang teguh 10 prinsip bagi memastikan ketelusan pentadbiran dan menjamin hak pemilik hartanah berdaftar.

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.

Negeri Sembilan sedia 26,548 rumah mampu milik sejak 2018 - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan telah menyediakan 26,548 unit Rumah Mampu Milik (RMM) setakat ini di kawasan tumpuan penduduk dan tinggi permintaan termasuk di daerah ini.

PEKB bantu tingkatkan potensi diri golongan B40
Dua NGO EcoDistrict Association (EDA) dan Persatuan Komuniti Kebajikan Pandan (PEKA) dipilih sebagai pelaksana program PEKB tahun ini.

INSKEN sasar latih 25,000 usahawan, tumpu golongan B40
Institut Keusahawanan Negara menyasarkan untuk melatih 25,000 usahawan menerusi program latihan dan bimbingan bersama agensi serta jabatan termasuk NGO tahun ini.

Peningkatan kos paksa lebih ramai rakyat Malaysia tangguh persaraan - Pakar
Selama ini, persaraan melambangkan era keemasan dalam kehidupan seseorang pekerja yang menandakan masa untuk mereka berehat dan meraih manfaat daripada hasil kerja keras selama berdekad-dekad.

PM Anwar sampaikan sumbangan kepada 6,500 keluarga, 2,000 pelajar pada program Muhibbah Madani
Anwar hari ini menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas harian kepada 6,500 keluarga dan barangan persekolahan kepada 2,000 murid sekolah rendah dan menengah sempena program Muhibbah Madani.

NADI pelengkap usaha Sarawak beri kemudahan internet kepada rakyat
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menjadi pelengkap usaha kerajaan negeri untuk memberi kemudahan internet kepada rakyat terutama di luar bandar.

RM11 juta peruntukan pemerkasaan ekonomi Komuniti Bandar 2025 - KPKT
Sejumlah RM11 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) 2025.