ALOR SETAR: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mahu koperasi di Kedah merebut peluang baharu, khususnya dalam sektor pelancongan sempena Tahun Melawat Kedah 2025 serta Tahun Melawat Malaysia 2026.
Pengerusi SKM Left Jeneral (B) Datuk Ahmad Norihan Jalal berkata langkah itu dilihat dapat menjana pendapatan konsisten kepada ahli koperasi yang terlibat seterusnya mampu melonjakkan daya saing negeri Jelapang Padi itu.
Beliau berkata gerakan koperasi di negeri ini mempunyai kepelbagaian sektor untuk diterokai seperti pertanian dan industri mikro yang boleh digembleng bagi menarik minat pelancong.
"Tahun depan ialah Tahun Melawat Kedah dan pada 2026 pula Tahun Melawat Malaysia, maka kami memerlukan koperasi di Kedah ini untuk mengandakan usaha. Pencapaian koperasi yang melibatkan industri mikro iaitu 70 peratus di luar bandar turut menunjukkan peningkatan," katanya.
Ahmad Norihan berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Hari Koperasi Negara 2024 Peringkat Negeri yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Kedah Datuk Salleh Saidin.
Sementara itu, Ahmad Norihan berkata SKM Kedah diminta sentiasa memantau koperasi yang 'layu' atau kurang aktif selain berusaha menarik lebih ramai masyarakat menyertai gerakan koperasi.
"Bukan semua orang tahu mengenai koperasi, bukan semua melihat koperasi sebagai satu platform untuk komuniti, koperasi sebenarnya satu keperluan yang perlu ada dalam komuniti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 25 2024
Ahmad Norihan (dua,kiri) ketika gimik pelancaran Koperasi Negara 2024 peringkat Negeri Kedah di sebuah hotel pada Khamis. - Foto BERNAMA
Kaji akses polis kepada data telefon bimbit dalam undang-undang sedia ada - Lee
Beberapa undang-undang, disaran supaya disemak semula bagi menyediakan garis panduan yang jelas dan khusus terhadap akses polis kepada data telefon bimbit.
ATF: Kukuh pelancongan serantau, jadikan ASEAN destinasi pilihan global
ATF 2025 bertujuan meningkatkan kehadiran pelancong ke ASEAN dengan memupuk rangkaian, perkongsian pengetahuan, dan mempromosikan produk pelancongan serantau.
Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Labuan akan melancarkan Pelan Tindakan Pelancongan 2025 yang bertujuan meningaktkan sektor pelancongan dalam tempoh lima tahun akan datang.
Gencatan senjata: Masih awal untuk bergembira - Jurucakap Qatar
Katanya, perbincangan yang dijalankan memperlihatkan perkembangan positif namun masih terlalu awal untuk bergembira.
Khairul Hafiz pertimbang bersara jika tidak layak ke Sukan SEA 2025
Raja Pecut Asia Tenggara 2017 Khairul Hafiz Jantan memberi bayangan untuk bersara sekiranya tidak layak ke Sukan SEA di Thailand, pada 7 hingga 19 Dis tahun ini.
Pembaharuan adalah penting untuk bina ekonomi lebih berdaya tahan - Ahli ekonomi
Pembaharuan adalah langkah penting untuk mengubah Malaysia menjadi ekonomi yang lebih berdaya tahan dan bertenaga yang mampu menyesuaikan diri dengan cabaran domestik dan global.
475 projek perumahan swasta sakit bernilai RM52 bilion diselamatkan pada 2024
TFST berjaya menyelamatkan 475 projek melibatkan 59,050 unit rumah dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM52.67 bilion sepanjang tahun lepas.
Najib nafi belanja jutaan ringgit untuk tingkatkan imej peribadi
Najib menegaskan bahawa wang disalurkan daripada Tanore Finance Corporation ke dalam akaun peribadinya merupakan wang derma daripada Raja Arab Saudi.
Labuan berpotensi jadi hab utama industri tuna global
Industri tuna yang telah lama bertapak di pulau bebas cukai, Labuan berpotensi untuk terus berkembang sekali gus menawarkan manfaat besar kepada ekonomi tempatan.
SPRM, FBI tingkatkan kerjasama banteras jenayah rasuah antarabangsa
SPRM dan FBI akan meningkatkan kerjasama bagi menangani cabaran dalam membanteras jenayah rasuah di peringkat serantau dan antarabangsa.
SKM lulus RM5.7 juta bantuan pembangunan koperasi sehingga 15 Julai
Suruhanjaya Koperasi Malaysia luluskan RM5.7 juta bantuan pembangunan kepada 126 koperasi di seluruh negara sehingga 15 Julai tahun ini.
Jualan MADANI Koperasi Usahawan catat nilai jualan RM6.2 juta setakat 28 Julai - Ewon
Jualan MADANI Koperasi Usahawan (JMKU) merekodkan nilai jualan sebanyak RM6.2 juta dengan melibatkan 208,055 penerima manfaat di seluruh negara setakat semalam.
Koperasi digesa rebut peluang sempena tahun Melawat Kedah 2025
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mahu koperasi di Kedah merebut peluang baharu, khususnya dalam sektor pelancongan sempena Tahun Melawat Kedah 2025 serta Tahun Melawat Malaysia 2026.
SKM anjur Bulan Koperasi Kebangsaan, Hari Koperasi Negara 2024
Majlis tersebut akan dirasmikan Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
IKMa fokus laksana agenda pendigitalan kepada koperasi
Institut Koperasi Malaysia (IKMa) memberi tumpuan agenda pendigitalan kepada koperasi supaya keupayaannya dipertingkat sekali gus menjadi medan baharu pembangunan ekonomi negara.
RM2 juta disalur kepada Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi
TBKK diwujudkan bagi membantu koperasi-koperasi yang terjejas dan menghadapi masalah khususnya akibat bencana alam atau faktor-faktor lain di luar kawalan.
Siasatan berhubung dakwaan peminjam koperasi disenarai hitam sedang dijalankan - Ewon
Siasatan berhubung dakwaan peminjam sebuah koperasi disenarai hitam oleh bank walaupun sudah melangsaikan hutang sedang dijalankan.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
KUSKOP fokus kukuhkan rangkaian koperasi Coop Mart
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan memberi fokus kepada usaha mengukuhkan rangkaian kedai koperasi Coop Mart sedia ada.
1,001 koperasi baharu berjaya didaftar sepanjang tahun lepas - Ewon
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) merekodkan sebanyak 1,001 koperasi baharu, didaftarkan di seluruh negara pada tahun lalu.