KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meningkat semula dengan kukuh untuk ditutup tinggi pada Khamis, mencatatkan pemulihan pantas daripada penurunan pada sesi sebelum ini, disokong oleh pasaran serantau yang kebanyakannya merekodkan prestasi positif, kata penganalisis.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 16.23 mata atau 1.05 peratus kepada 1,553.24 daripada 1,537.01 ketika ditutup pada Rabu.
Indeks penanda aras itu dibuka 1.97 mata lebih baik kepada 1,538.98, dan bergerak di antara 1,537.25 dengan 1,554.33 sepanjang sesi dagangan.
Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 656 berbanding 352, manakala 475 kaunter tidak berubah, 835 kaunter tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.
Jumlah dagangan susut kepada 3.36 bilion unit bernilai RM2.68 bilion daripada 4.26 bilion unit bernilai RM2.87 bilion semalam.
Ketua Penyelidikan Apex Securities Bhd Kenneth Leong berkata sentimen pasaran yang bertambah baik itu didorong terutama oleh pendirian cenderung kepada kadar faedah rendah daripada Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell pada malam semalam.
Beliau berkata harga minyak sawit mentah (MSM) yang kukuh juga mendorong kenaikan bagi syarikat perladangan utama hari ini.
"Melangkah ke hadapan, kami menjangkakan momentum positif ini berterusan memandangkan ketiadaan perkembangan negatif.
"Namun, pelabur akan menumpukan kepada data pekerjaan AS pada Jumaat untuk menilai prestasi ekonomi terbesar dunia itu," katanya kepada Bernama.
Dalam jangka masa lebih panjang, indeks utama dijangka kekal dalam julat kecil pada jalur yang tidak banyak berubah, bergerak di antara rintangan serta-merta pada 1,560 dengan sokongan jangka terdekat yang disandarkan pada 1,520.
Antara saham wajaran tinggi, Press Metal Aluminium naik 35 sen kepada RM5.12, Sime Darby Plantation menokok 15.0 sen kepada RM4.50, Sime Darby menambah 5.0 sen kepada RM2.74, Tenaga naik 20 sen kepada RM11.50, Telekom menokok 10 sen kepada RM6.12 dan YTL Corporation menambah 4.0 sen kepada RM2.66.
Bagi saham paling aktif, Fitters tidak berubah pada 5.5 sen, TDM meningkat 4.0 sen kepada 32.5 sen, Alpha IVF menokok 1.5 sen kepada 34.5 sen manakala Widad dan SNS Network Technology masing-masing meningkat 1.0 sen kepada 8.0 sen dan 38 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 96.71 mata kepada 11,681.48, Indeks FBMT 100 meningkat 95.05 mata kepada 11,316.87, dan Indeks FBM Emas Syarikat menokok 97.06 mata kepada 11,810.89.
Indeks FBM 70 menambah 99.02 mata kepada 16,328.45 dan Indeks FBM ACE naik 18.12 mata kepada 4,972.87.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 143.92 mata kepada 17,295.77, Indeks Tenaga menokok 14.69 mata kepada 980.73, Indeks Perladangan naik 95.33 mata kepada 7,406.49 serta Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 3.21 mata kepada 183.12.
Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.21 bilion unit bernilai RM2.35 bilion daripada 1.99 bilion unit bernilai RM2.48 bilion pada Rabu.
Jumlah dagangan waran merosot kepada 292.03 juta unit bernilai RM28.75 juta daripada 1.05 bilion unit bernilai RM126.96 juta semalam.
Jumlah dagangan Pasaran ACE susut kepada 848.78 juta saham bernilai RM295.91 juta daripada 1.19 bilion saham bernilai RM265.31 juta sebelumnya.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 314.80 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (433.05 juta); pembinaan (168.95 juta); teknologi (123.03 juta); SPAC (0.00 juta); perkhidmatan kewangan (83.26 juta); hartanah (504.75 juta); perladangan (123.98 juta); REIT (19.34 juta); dana tertutup (4,000); tenaga (264.45 juta); penjagaan kesihatan (36.75 juta); telekomunikasi dan media (39.87 juta); pengangkutan dan logistik (44.19 juta); serta utiliti (62.56 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2024
![Bursa Malaysia catat lantunan pantas untuk ditutup tinggi Bursa Malaysia catat lantunan pantas untuk ditutup tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712037075_BursaMalaysia.jpg)
Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 656 berbanding 352, manakala 475 kaunter tidak berubah, 835 kaunter tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung. - Gambar fail/Bernama
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711260576_SuruhanjayaSekuriti.jpg)
SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO
SC memberi amaran kepada orang ramai mengenai penipuan pelaburan yang menjerat pelabur dengan saham pra-tawaran awam permulaan (IPO) syarikat yang ingin disenaraikan di Bursa Malaysia.
![Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.43 mata kepada 1,616.75 daripada paras penutup 1,615.32 pada Rabu.
![Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street
Pada 9.12 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.18 peratus atau 3.02 mata kepada 1,618.34 daripada paras penutup 1,615.32 semalam.
![Bursa Malaysia ditutup kukuh, indeks komposit naik 1.08 peratus Bursa Malaysia ditutup kukuh, indeks komposit naik 1.08 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia ditutup kukuh, indeks komposit naik 1.08 peratus
Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini, disokong oleh belian berterusan dalam persekitaran sentimen global yang bertambah baik, kata seorang penganalisis.
![Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street
Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan lebih positif, menjejaki prestasi peningkatan semalaman di Wall Street.
![Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit susulan aktiviti pengambilan untung pada sesi akhir dagangan hari ini, diseret turun oleh indeks wajaran tinggi yang diterajui kaunter telekomunikasi.
![Bursa Malaysia dibuka tinggi lepasi paras 1,600 mata Bursa Malaysia dibuka tinggi lepasi paras 1,600 mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi lepasi paras 1,600 mata
Bursa Malaysia dibuka tinggi melepasi paras psikologi 1,600 mata pada Selasa, didorong pembelian semasa harga murah.
![Bursa Malaysia dibuka rendah Bursa Malaysia dibuka rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang lemah.
![Bursa Malaysia dibuka rendah Bursa Malaysia dibuka rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.70 mata kepada 1,583.24 daripada 1,584.94 pada Khamis.
![Bursa Malaysia dibuka tinggi sebelum alami penurunan Bursa Malaysia dibuka tinggi sebelum alami penurunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi sebelum alami penurunan
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.71 mata kepada 1,587.24 daripada 1,590.95 ketika ditutup pada Rabu.