KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari ini apabila aktiviti pengambilan untung sederhana mengurangkan kenaikan yang dicatatkan pada sesi pagi.
Pada 12.30 tengah hari, FBM KLCI naik 1.30 mata kepada 1,537.13 daripada paras penutup 1,535.83 semalam.
Indeks petunjuk pasaran yang dibuka tinggi naik 0.69 mata kepada 1,536.52, bergerak antara paras 1,535.32 dan 1,540.50 semasa sesi dagangan pagi.
Bagaimanapun, suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 415 berbanding 405, manakala 425 kaunter tidak berubah, 1,031 tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung.
Jumlah dagangan berjumlah 1.68 bilion unit bernilai RM1.19 bilion.
Malacca Securities dalam nota penyelidikannya berkata ia menjangkakan lantunan semula seterusnya dalam saham permodalan kecil selepas fasa penstabilan baru-baru ini.
Sementara itu, seorang peniaga lain berkata para pelabur akan memantau pengumuman data Senarai Gaji Bukan Ladang pada lewat hari ini bagi mendapatkan petunjuk baharu.
Selain itu, pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) Jerome Powell menerusi keterangannya di hadapan Kongres berkata penurunan kadar dijangka dimulakan tahun ini bagi membendung inflasi.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik tiga sen kepada RM9.73, CIMB meningkat 12 sen kepada RM6.64, Tenaga Nasional naik empat sen kepada RM11.20, Public Bank tidak berubah pada RM4.30 manakala Petronas Chemicals susut sembilan sen kepada RM6.85.
Dalam kalangan kaunter cergas, AMMB Holdings naik 10 sen kepada RM4.05, Master Tech meningkat 1.5 sen kepada 82.5 sen, Fitters Diversified dan Malayan Uniyed Industries tidak berubah masing-masing kepada 5.5 sen dan enam sen, manakala Harvest Capital berkurangan setengah sen kepada 11 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 15.75 mata kepada 11,408.74, Indeks FBMT 100 meningkat 16.91 mata kepada 11,072.37, Indeks FBM Emas Shariah melonjak 9.03 mata kepada 11,410.67, Indeks FBM 70 naik 64.71 mata kepada 15,397.98, manakala Indeks FBM ACE susut 16.24 mata kepada 4,689.04.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 83.00 mata kepada 17,346.84, Indeks Perladangan naik 25.05 mata kepada 7,292.86, Indeks tenaga menokok 4.95 mata kepada 902.16, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.61 mata kepada 174.44.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 08 2024
![Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari susulan pengambilan untung sederhana Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari susulan pengambilan untung sederhana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51709123273_BursaMalaysia.jpg)
Pada 12.30 tengah hari, FBM KLCI naik 1.30 mata kepada 1,537.13 daripada paras penutup 1,535.83 semalam.
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711260576_SuruhanjayaSekuriti.jpg)
SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO
SC memberi amaran kepada orang ramai mengenai penipuan pelaburan yang menjerat pelabur dengan saham pra-tawaran awam permulaan (IPO) syarikat yang ingin disenaraikan di Bursa Malaysia.
![Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.43 mata kepada 1,616.75 daripada paras penutup 1,615.32 pada Rabu.
![Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street
Pada 9.12 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.18 peratus atau 3.02 mata kepada 1,618.34 daripada paras penutup 1,615.32 semalam.
![Bursa Malaysia ditutup kukuh, indeks komposit naik 1.08 peratus Bursa Malaysia ditutup kukuh, indeks komposit naik 1.08 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia ditutup kukuh, indeks komposit naik 1.08 peratus
Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini, disokong oleh belian berterusan dalam persekitaran sentimen global yang bertambah baik, kata seorang penganalisis.
![Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street
Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan lebih positif, menjejaki prestasi peningkatan semalaman di Wall Street.
![Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit susulan aktiviti pengambilan untung pada sesi akhir dagangan hari ini, diseret turun oleh indeks wajaran tinggi yang diterajui kaunter telekomunikasi.
![Bursa Malaysia dibuka tinggi lepasi paras 1,600 mata Bursa Malaysia dibuka tinggi lepasi paras 1,600 mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi lepasi paras 1,600 mata
Bursa Malaysia dibuka tinggi melepasi paras psikologi 1,600 mata pada Selasa, didorong pembelian semasa harga murah.
![Bursa Malaysia dibuka rendah Bursa Malaysia dibuka rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang lemah.
![Bursa Malaysia dibuka rendah Bursa Malaysia dibuka rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.70 mata kepada 1,583.24 daripada 1,584.94 pada Khamis.
![Bursa Malaysia dibuka tinggi sebelum alami penurunan Bursa Malaysia dibuka tinggi sebelum alami penurunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi sebelum alami penurunan
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.71 mata kepada 1,587.24 daripada 1,590.95 ketika ditutup pada Rabu.