Bank Negara Malaysia (BNM) melantik semula Dr Sukudhew (Sukhdave) Singh sebagai Timbalan Gabenor untuk tempoh tiga tahun lagi berkuat kuasa 16 Apr, 2016 hingga 15 Apr, 2019.

Menurut BNM, Sukhdave mula memegang jawatan itu pada 16 Apr, 2013 bagi tempoh tiga tahun.

"Beliau akan terus bertanggungjawab bagi Sektor Monetari dan Ekonomi serta beberapa jabatan di bawah Sektor Pembangunan Organisasi Bank," menurut BNM dalam satu kenyataan di sini hari ini.