SUNGAI BULOH: Keluarga Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang semalam memohon pihak media dan orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga.
Kakak ipar mangsa Syeril Norsyuhada Suhaimi, 29, berkata mereka sekeluarga masih terkejut dan sedih atas kejadian yang menimpa Nur Farah Kartini, 25.
"Saya mohon semua pihak termasuk media memberi kami ruang untuk fokus pada proses bedah siasat dan proses pengurusan jenazah, apa yang saya boleh kongsi ialah proses bedah siasat akan selesai petang ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh di sini hari ini.
Sementara itu, abang mangsa Mohd Fariza Azmi Abdullah berkata keluarga tidak mengenali suspek lelaki yang didakwa sebagai teman lelaki adiknya itu.
Beliau berkata adiknya tidak pernah menceritakan apa-apa mengenai hubungan peribadi kepada ahli keluarga.
Ditanya mengenai keperibadian adik bongsunya itu dia berkata Nur Farah Kartini seorang yang ceria dan rapat dengan keluarga.
Mohd Fariza Azmi berkata adik perempuan tunggalnya itu sememangnya rapat dengan ibu dan ahli keluarga yang lain dan kali terakhir bertemu adiknya pada Aidilfitri yang lepas ketika mereka semua pulang ke Miri, Sarawak.
"Kami memang jarang berjumpa dan selama ini dia tak pernah bercerita apa-apa masalah kepada saya," katanya yang tinggal di Sri Kembangan, Selangor.
Semalam, media melaporkan Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang pada Rabu lepas ditemukan mati di ladang berkenaan pada 6 petang dan seorang lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai teman lelaki mangsa ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Suspek seorang anggota polis bertugas di sebuah balai polis di Perak kini direman tujuh hari bermula hari ini.
Sebelum ini, mangsa yang bekerja dengan sebuah syarikat kereta sewa di Tanjung Malim, Perak dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan pada 10 Julai lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 16 2024

Ahli keluarga dipercayai waris kepada Nur Farah Kartini Abdullah bercakap kepada media ketika tiba untuk proses pengecaman mangsa di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh hari ini. - Bernama

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Kes bunuh Nur Farah Kartini: 7 Okt untuk serahan laporan kimia, bedah siasat
Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini hari ini menetapkan 7 Okt untuk penyerahan laporan kimia dan bedah siasat Nur Farah Kartini Abdullah.

Pos Malaysia hantar pulang barangan peribadi Nur Farah Kartini ke Sarawak
Pos Malaysia mengambil inisiatif menghantar barangan milik bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah ke kampung halamannya di Sarawak.

Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN
Anggota polis yang didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah akan dikenakan tindakan tahan kerja.

Kronologi kes hilang dan bunuh Nur Farah Kartini
Kehilangan Nur Farah Kartini berakhir penuh tragis apabila mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Hulu Bernam, Selangor lima hari kemudian.

Keluarga Nur Farah Kartini puas hati proses siasatan, pendakwaan
Keluarga kepada Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati 15 Julai lepas, berpuas hati terhadap proses siasatan polis dan pendakwaan di mahkamah.

Kes bunuh Nur Farah: Isteri tertuduh belum bersedia, belum boleh keluar - Peguam
Keluarga tertuduh masih memberikan sokongan terhadapnya dan hadir di mahkamah ketika pertuduhan dibacakan.

Muhammad Alif dituduh bunuh Nur Farah Kartini
Tertuduh didakwa membunuh Nur Farah Kartini yang berusia 25 tahun dan merupakan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Kes bunuh Nur Farah: Suspek tiba di Mahkamah KKB untuk tuduhan membunuh
Suspek yang memakai baju hitam dengan pelitup muka tiba jam 9.05 pagi dengan menaiki kenderaan polis.

Bunuh Nur Farah Kartini: Lans koperal dibawa ke mahkamah hari ini
Tumpuan pastinya terarah pada susuk lelaki itu apabila sebahagian kecil maklumat mengenai suspek akan 'dilondehkan' dalam kertas pertuduhan kelak.

Kes Nur Farah Kartini: Unit Forensik jumpa kunci kereta
Kunci itu ditemukan kira-kira jam 11.20 pagi pada jarak 50 meter dari jambatan kecil yang dipercayai menjadi lokasi suspek membuang barangan milik mangsa.