Pembentangan Belanjawan 2019 adalah peluang yang baik bagi kerajaan baharu untuk memperbetulkan kembali perkara (terdahulu) atau memperkukuhkan kembali perkara asas subsektor ekonomi yang perlu diberi tumpuan, kata seorang ahli akademik.
Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia, Profesor Azali Mohamed, berkata Belanjawan 2019 adalah berhemah, terutama sekali dalam menguruskan hutang negara serta terdapatnya kumpulan sasaran tertentu, terutamanya golongan B40 (golongan 40 peratus berpendapatan rendah).
Dari aspek keluaran dalam negara kasar (KDNK) pula, Azali berkata, jika diperhatikan aliran di seluruh dunia, pertumbuhan tidak seperti zaman awal 80-an, yang mana pada masa ini hanya sekitar 3 hingga 5 peratus.
"Keseluruhannya, belanjawan berkenaan memberi satu asas pengukuhan untuk persediaan menghadapi Rancangan Malaysia Ke-12 yang akan bermula pada tahun 2021," katanya kepada Bernama.
"Jika kita boleh mencapai pertumbuhan sebanyak lima peratus pada 2019, bagi saya, ia adalah pertumbuhan yang agak baik, kerana pertumbuhan ekonomi bukan sahaja bergantung kepada permintaan dalaman negara.
"Malaysia adalah negara yang terbuka dari segi perdagangan dan pada masa sama, kita mengharapkan sektor dalaman negara sendiri yang akan juga merangsang pertumbuhan ekonomi," katanya.
Azali berkata, ia juga bergantung kepada faktor luaran, pelaburan langsung asing ke dalam negara yang berkembang dan tiada faktor krisis ekonomi yang biasa.
Faktor lain yang mengambil peranan ke arah pertumbuhan KDNK adalah harga minyak dunia yang mana jika stabil, unjuran sebanyak kurang dari lima peratus akan dicapai pada 2019, katanya.
Azali mengunjurkan harga minyak dunia tidak akan melebihi US$100 setong menjelang hujung tahun ini, jika pengeluar minyak terbesar, negara-negara Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dapat mengawal pengeluaran mereka, dan jika harga terlalu tinggi, ia adalah satu masalah juga.
"Walaupun (kenaikan harga minyak dunia) akan mendatangkan lebih pendapatan (kepada Malaysia), tetapi negara mengimport barangan yang memerlukan input minyak dan harga akan terus meningkat," katanya.
Dari sudut komoditi pula, beliau berkata, kita harus memerhatikan aliran perubahan harga komoditi, bukan setakat pengeluaran negara sahaja.
"Jika harga dunia tidak menjunam, ia akan terus memberi impak yang positif kepada sektor komoditi negara dan harga komoditi berkait rapat dengan harga minyak," katanya.
Mengenai defisit fiskal negara, Azali berkata, ia meningkat sedikit dan jumlah perbelanjaan yang dijangkakan termasuk penangguhan pembatalan projek besar, dapat mengekang defisit.
"Jika ekonomi berkembang sekitar lima peratus, saya berasa defisitnya tidak besar sangat dan terkawal," kata Azali.
--BERNAMA
Bernama
Thu Nov 15 2018

Pembentangan Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Dewan Rakyat pada 2 November lalu. - Gambar fail/Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kerajaan tak sokong tindakan kekang kebebasan bersuara ahli akademik - Zambry
Kebebasan bersuara golongan ahli akademik tetap akan dipertahankan selagi ia berasaskan kepada fakta yang tepat, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

MS 692 dikemas kini agar industri batik hasilkan produk berkualiti, patuhi standard - JSM
Malaysian Standard (MS) 692 yang telah dikemas kini kelak diharap dapat diguna pakai oleh pihak industri batik secara menyeluruh bagi menghasilkan produk berkualiti dan mematuhi standard.

Malaysia disaran anjur persidangan untuk satukan pemimpin belia Islam perjuangkan isu Palestin
Persidangan itu mampu menjadi satu bentuk kerjasama penting, di samping memupuk kewujudan satu barisan hadapan bersepadu.

Rukun Negara penting dihayati perkukuh perpaduan negara - Ahli akademik
Rukun Negara memainkan peranan penting dalam memartabatkan perpaduan serta memastikan keamanan dalam negara yang terdiri daripada pelbagai kaum.

11% kertas kerja pelajar ditulis dengan bantuan AI - Turnitin
Daripada sampel ini, 22 juta (11%) sekurang-kurangnya mengandungi 20% kandungan kertas kerja yang ditulis oleh AI.

AAN-15: Ahli akademik perlu tingkatkan usaha kepada agenda pembinaan bangsa - PM Anwar
Perdana Menteri mengingatkan golongan ahli akademik untuk terus gigih urus segala kekacauan dan perubahan yang sedang, dan akan berlaku

Kerajaan digesa lakukan pembaharuan polisi dadah
Kerajaan digesa melakukan pembaharuan polisi dadah yang berteraskan antaranya hak asasi manusia untuk kegunaan peribadi serta pemilikan.

38.8 peratus wanita pegang jawatan peringkat pembuat keputusan di sektor awam
Sasaran 30 peratus wanita memegang jawatan di peringkat pembuat keputusan dalam sektor swasta dan korporat masih belum dicapai setakat ini.

PRK Pelangai: Wan Rosdy, Allahyarham Johari Harun popular - Kaji selidik ahli akademik
Kaji selidik ini dilakukan melibatkan 1,722 responden yang ditemubual secara bersemuka antara 29 September hingga 2 Oktober lalu.

Pengawal selia British haramkan iklan Etihad kerana 'mengelirukan'
Etihad dikatakan membuat kenyataan yang berlebihan mengenai usaha syarikat penerbangan itu untuk mencapai "penerbangan mampan."