LONDON: Pengawal selia British mengharamkan iklan Etihad kerana dikatakan membuat kenyataan yang berlebihan mengenai usaha syarikat penerbangan itu untuk mencapai "penerbangan mampan."
Kedua-dua iklan di Facebook yang disiar pada Oktober, menyebut bahawa syarikat penerbangan itu memahami "impak penerbangan terhadap alam sekitar" dan mengambil "pendekatan lebih kukuh dan berani untuk merialisasikan penerbangan mampan."
Video itu turut memaparkan imej kad Etihad Guest Miles yang dihiasi dedaun tumbuhan dan kenyataan mengenai mengurangkan penggunaan plastik sekali pakai dalam penerbangan pesawat moden.
Penguasa Piawaian Pengiklanan (ASA) menyiasat sama ada iklan itu mengelirukan kerana dianggap membesar-besarkan manfaat alam sekitar jika menaiki penerbangan Etihad.
Etihad berkata "penerbangan mampan" tidak bertujuan untuk dianggap sebagai penyelesaian mutlak kepada impak alam sekitar penerbangan, sebaliknya sebagai proses jangka panjang dan pelbagai aspek pemuliharaan alam sekitar.
ASA berkata inisiatif seperti mengurangkan plastik sekali guna dan menggunakan pesawat yang lebih cekap tidak mencukupi untuk menyokong tuntutan "penerbangan mampan" tetapi memperakui ulasan Etihad mengenai penggunaan pesawat moden dan amalan penerbangan untuk mengurangkan pelepasan.
"Oleh itu kami memutuskan bahawa iklan itu melanggar kod pengiklanan," katanya.
Sementara itu, Etihad dalam satu kenyataan bekata "Etihad Airways kecewa dengan keputusan ASA berhubung pengiklanannya di Facebook pada Oktober 2022.
Menurut Etihad kemampanan menjadi keutamaan selain melaksanakan pelbagai program penyelidikan serta pembangunan yang komprehensif untuk menangani penyahkarbonan penerbangan.
Etihad berusaha untuk mengurangkan kesan penerbangan terhadap alam sekitar dengan melabur berbilion-bilion untuk penggunaan bahan api yang cekap, penyelidikan bahan api penerbangan selain mengimbangi karbon serta penghutanan semula melalui Hutan Bakau Etihad.
"Etihad berbangga kerana telah menerima anugerah Syarikat Penerbangan Alam Sekitar Terbaik untuk 2022 dalam Anugerah Kecemerlangan Syarikat Penerbangan, sebagai pengiktirafan ke atas usaha yang dilaksanakannya.
"Syarikat penerbangan itu akan terus mengambil langkah berani dan inovatif termasuk bekerjasama dengan pengeluar pesawat dan enjin, pembekal bahan api mampan, ahli akademik dan inovator untuk menjadikan penerbangan lebih mampan," menurut Etihad.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 13 2023
ASA menyiasat sama ada iklan itu mengelirukan kerana dianggap membesar-besarkan manfaat alam sekitar jika menaiki penerbangan Etihad. - Foto fail/REUTERS
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Pengawal selia British haramkan iklan Etihad kerana 'mengelirukan'
Etihad dikatakan membuat kenyataan yang berlebihan mengenai usaha syarikat penerbangan itu untuk mencapai "penerbangan mampan."
Kenapa Man City pakai jersi stail lama? Ini jawapannya
Jersi ini mengimbau kembali kenangan corak jersi pada era 70an yang hanya menggunakan dua warna iaitu biru muda dan putih.
Liverpool mungkin pasukan terbaik dunia ketika ini - Guardiola
Pengendali Manchester City, Pep Guardiola akui hanya Liverpool mungkin menjadi penghalang untuk mereka kekalkan gelaran juara EPL.
Aksi cemerlang Aguero benamkan Leicester City
Empat gol Sergio Aguero di laman sendiri membantu Manchester City untuk terus mengekalkan penguasaan di takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Leicester City 5-1.
Singapore Airlines larang penggunaan Samsung Galaxy Note 7
Sebelum ini syarikat penerbangan Qantas dan Virgin (Australia) serta Etihad (UAE) telah mengeluarkan arahan yang sama.
31 penumpang pesawat Etihad cedera dalam golakan udara di Indonesia
Insiden memaksa pesawat berkenaan melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta.
Syarikat penerbangan mana yang terbaik menurut AirlineRatings.com?
Syarikat penilai penerbangan atas talian, AirlineRatings.com menerbitkan senarai anugerah kecemerlangannya buat penyedia perkhidmatan penerbangan terbaik dunia.