ARAB Saudi ingin menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034.


Ringkasan AI
  • Arab Saudi bercadang untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034 dan telah menerbitkan dokumen pelan penganjuran mereka.
  • Mereka merancang untuk membina Stadium NEOM di atas bangunan setinggi 350 meter di The Line, dengan kapasiti melebihi 46,000 penduduk, yang dijangka siap pada tahun 2032.
  • The Line dan Stadium NEOM adalah sebahagian daripada projek modernisasi besar-besaran oleh kerajaan Arab Saudi untuk mengubah imej negara menjadi pusat pelancongan popular, termasuk pusat ski dan pusat peranginan dengan kolam renang terpanjang dunia.


Dokumen yang menerangkan pelan penganjuran mereka telahpun diterbitkan oleh FIFA dan menarik sekali kerajaan Saudi ingin membina sebuah stadium bola sepak yang terletak di atas bangunan setinggi 350 meter. 

Stadium NEOM akan dibina di bangunan terpanjang dunia The Line dengan kapasiti melebihi 46,000 penduduk.



Sekiranya dipilih menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034, stadium ini akan dibina pada tahun 2027 dan siap sepenuhnya menjelang 2032.

Pembinaan fasa pertama The Line telahpun dimulakan dan dijangka siap pada tahun 2030.

Oleh kerana The Line ialah sebuah bandar dalam bangunan, pengangkutan ke stadium adalah menggunakan sistem rel terbina tanpa sebarang penggunaan kenderaan beroda konvensional.

Stadium ini akan mempunyai bumbung tertutup yang menawarkan pengalaman permainan boleh sepak yang unik kerana sebelum ini tiada stadium pernah dibina di atas bangunan setinggi ini.

Sumber kuasa akan dijana sepenuhnya menggunakan panel solar dan angin bagi menjadikannya stadium yang cukup lestari.



The Line dan Stadium NEOM hanyalah dua daripada puluhan projek modernisasi yang telah diumumkan kerajaan Arab Saudi bagi mengubah imej mereka dari sebuah negara pengeluar pertroleum menjadi pusat pelancongan popular rantau.

Projek mega lain ialah pusat ski dengan bangunan tinggi seakan kristal, bangunan bawah tanah terdalam dunia dan pusat peranginan dengan kolam renang terpanjang dunia. -Amanz