Nikkei menjunam lebih 3,000 mata, dolar jatuh ke paras terendah 7 bulan
Indeks Nikkei menjunam lebih 3,000 mata pada Isnin berikutan kebimbangan terhadap kemelesetan di Amerika Syarikat (AS), dengan dolar jatuh ke paras terendah baharu dalam tujuh bulan di zon atas 142 ye
Bernama
Mon Aug 05 2024
Indeks Nikkei menjunam lebih 3,000 mata pada Isnin berikutan kebimbangan terhadap kemelesetan di AS, dengan dolar jatuh ke paras terendah baharu dalam tujuh bulan di zon atas 142 yen. -Gambar hiasan/Reuters
TOKYO: Indeks Nikkei menjunam lebih 3,000 mata pada Isnin berikutan kebimbangan terhadap kemelesetan di Amerika Syarikat (AS), dengan dolar jatuh ke paras terendah baharu dalam tujuh bulan di zon atas 142 yen.
Menurut agensi berita Kyodo, 'pemutus litar' saham telah diaktifkan untuk pasaran niaga hadapan Nikkei dan Topix susulan kejatuhan mendadak itu, menyebabkan perdagangan dihentikan sementara.