MINA: Pelan kesihatan untuk musim haji tahun ini telah berjaya dilaksanakan dan tidak berlaku sebarang wabak ataupun ancaman penyakit lain terhadap kesihatan awam, kata Menteri Kesihatan Arab Saudi Fahd bin Abdul Rahman Al-Jalajel seperti dilaporkan Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Laporan itu memaklumkan bahawa Al-Jalajel menyatakan kepuasannya, kerana walaupun jumlah jemaah haji yang ramai dan cabaran suhu yang tinggi, tidak berlaku sebarang wabak ataupun ancaman kesihatan lain berlaku.
"Syukur kepada Allah, dengan sokongan tidak berbelah bahagi daripada Penjaga Dua Kota Suci dan susulan Putera Mahkota dan Perdana Menteri, saya gembira untuk mengumumkan kejayaan pelan kesihatan Haji tahun ini," kata Al-Jalajel dalam satu kenyataan kepada SPA.
AL-Jalajel berkata pelbagai kelengkapan telah disediakan termasuk 189 hospital serba lengkap, pusat kesihatan dan klinik bergerak dengan kapasiti keseluruhan melebihi 6,500 katil, lebih 40,000 kakitangan perubatan, teknikal, pentadbiran, dan sukarelawan, disokong lebih 370 ambulans, tujuh ambulans udara serta rangkaian logistik yang kukuh, merangkumi 12 makmal, 60 trak bekalan, dan tiga gudang perubatan mudah alih yang diletakkan secara strategik di seluruh kawasan untuk memastikan kesejahteraan jemaah.
Dalam laporan itu beliau berkata untuk musim haji tahun ini, kementeriannya telah memberikan khidmat kepada lebih 390,000 jemaah termasuk melakukan lebih daripada 28 pembedahan jantung, 720 cardiac catheterisations dan 1,169 sesi dialisis dan lebih signifikan lagi, Hospital Maya Seha menyediakan perundingan maya kepada lebih 5,800 jemaah terutamanya untuk penyakit berkaitan haba, membolehkan tindakan segera dan mengurangkan potensi peningkatan kes.
Al-Jalajel memuji kerjasama pelbagai pihak penjagaan kesihatan, mengiktiraf sumbangan Kluster Kesihatan Makkah, Bulan Sabit Merah, Pihak Berkuasa Kesihatan Awam (Weqaya), dan Makanan dan Ubat Arab Saudi, serta sokongan diberikan National Unified Procurement Company (NUPCO), Pusat Sukarelawan Kesihatan, dan semua pihak berkepentingan lain dalam sektor kesihatan kerajaan Arab Saudi.
Laporan itu turut menyatakan penghargaan kementerian kesihatan terhadap langkah dilaksanakan Jawatankuasa Tertinggi Haji yang diketuai Menteri Dalam Negeri Putera Abdulaziz bin Saud bin Naif, yang bertujuan melindungi jemaah haji daripada risiko cuaca panas semasa ibadah dan menangani potensi cabaran kesihatan.
Al-Jalajel turut merakamkan penghargaan atas sumbangan Kementerian Dalam Negeri dalam melaksanakan pelan kesihatan berkesan dan merakamkan ucapan terima kasih kepada Gabenor Makkah dan Pengerusi Jawatankuasa Haji Pusat Putera Khalid bin Faisal, Timbalan Gabenor dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Haji Pusat Putera Saud bin Mishaal bin Abdulaziz dan Perbandaran Makkah atas peranan mereka dalam mencapai kejayaan ini.
Menteri kesihatan itu menekankan bahawa pencapaian rancangan itu, mencerminkan kerjasama yang lancar antara semua agensi kerajaan dan persiapan awal yang dibuat dalam rangka Pilgrim Experience Program.
Al-Jalajel secara khusus turut mengiktiraf saranan Jawatankuasa Haji Pusat supaya jemaah haji mengelak daripada melakukan ibadah semasa suhu puncak, yang secara signifikan menyumbang kepada penjagaan kesihatan jemaah dan meminimumkan penyakit akibat tekanan haba, menurut laporan itu.
Beliau juga memuji kerjasama dalam mendidik jemaah haji, sehingga berjaya mencegah wabak penyakit yang boleh menjejaskan kesihatan awam dan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua agensi kerajaan yang mengambil bahagian atas kerjasama dalam menyediakan perkhidmatan dan menekankan kerjasama itu menyumbang secara signifikan kepada kejayaan musim haji tahun ini dan pencegahan berlakunya wabak.
Menteri kesihatan itu turut memuji semangat kerjasama dan solidariti dalam kalangan petugas terlibat dalam khidmat jemaah, serta berterima kasih kepada semua petugas kesihatan, anggota keselamatan dan petugas lain yang menyumbang dengan dedikasi dan usaha tanpa jemu untuk menjayakan musim haji.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 19 2024
Pada musim haji tahun ini, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah memberikan khidmat kepada lebih 390,000 jemaah. - Foto Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi
Malaysia alu-alukan kerjasama syarikat telekomunikasi dengan organisasi media tempatan, bangun aplikasi AI - Fahmi
Fahmi memberi Huawei sebagai contoh syarikat dari China yang memiliki aplikasi AI serba canggih dan boleh digunakan dalam pelbagai bidang.
GPM sedang atur bantuan kecemasan AS$10,000 untuk masyarakat di Lubnan
Bantuan berbentuk keperluan asas bagi tempat tinggal sementara selain makanan panas serta keperluan bayi dan kanak-kanak sedang diatur.
UNGA 79: Malaysia bersedia pengerusikan ASEAN 2025, komited perkukuh peranan blok serantau
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan turut menekankan komitmen Malaysia untuk mengemudi ASEAN ke arah kesediaan mendepani masa depan.
UNGA 79: Malaysia gesa PBB aktifkan semula Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Apartheid
Malaysia mengulangi gesaannya bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengaktifkan semula Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Apartheid.
UNGA 79: Kenyataan negara di pentas dunia
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan menyampaikan Kenyataan Negara sekitar jam 2.15 petang waktu New York sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke-79
Tiada kemungkinan perang besar, sokongan negara Arab hanya retorik
Malah, keupayaan perisikan Israel yang mampu menyusup masuk ke dalam organisasi sehebat Hizbollah dijangka memberi ketakutan kepada negara Arab lain untuk bertindak secara drastik.
Hezbollah sahkan Hassan Nasrallah terbunuh
Kumpulan Hezbollah Lubnan mengesahkan pada Sabtu bahawa pemimpinnya Hassan Nasrallah terbunuh, melalui pengumuman yang disiarkan di televisyen.
Lapangan Terbang Antarabangsa Miri dinaik taraf - PM
Lapangan Terbang Antarabangsa Miri akan dinaik taraf bagi selari peningkatkan jumlah pengunjung selain menerima pesawat lebih besar.
Kebimbangan konflik Asia Barat bakal berlarutan
Jika benar tentera Israel berjaya membunuh Ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah, ia bukan saja satu kehilangan besar tetapi juga memberi ancaman dan kebimbangan bahawa konflik di Asia Barat akan terus berlarutan.
PRK DUN Mahkota: 53.84 peratus keluar mengundi - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota hari ini adalah 53.84.
Pelan kesihatan musim haji 2024 Arab Saudi berjaya - Al-Jalajel
Walaupun jumlah jemaah haji yang ramai dan cabaran suhu yang tinggi, tidak berlaku sebarang wabak ataupun ancaman kesihatan lain berlaku.