Alton Industry Ltd Group (Alton) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) sedang mengembangkan tapak pembuatan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) ke Malaysia di samping merancang untuk melabur lebih RM2 bilion dalam tempoh tujuh tahun akan datang.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, David Lu berkata pembinaan kemudahan pembuatan baharu Alton di Johor Bahru telah mula dilaksanakan dan dijadualkan siap pada 2024 sebelum berperanan sebagai pusat R&D global bagi platform teknologi baharu.
“Apabila siap, Alton bersedia untuk terus berkembang bagi meyokong kapasiti pengeluaran dan memenuhi permintaan yang pelbagai dan permintaan yang sentiasa meningkat daripada jumlah pelanggan global,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Kenyataan itu susulan mesyuarat beliau dengan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di New York, AS.
David berkata pihaknya gembira untuk mengembangkan jejak global ke Malaysia.
“Kemudahan baharu ini akan membolehkan kami menyokong pelanggan global kami dan membolehkan pengembangan ke pasaran lain dengan pantas.
“Insentif daripada kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan, sebagai tambahan akan menyokong dari segi infrastruktur sekali gus menjadikan ini satu langkah pelaburan yang baik untuk syarikat,” katanya.
Menurut kenyataan yang sama, Tengku Zafrul mengalu-alukan pengembangan global yang besar oleh Alton, di samping komitmen pelaburan fasa satunya bernilai RM500 juta.
“Keputusan Alton untuk mengembangkan pangkalan pembuatan dan R&D di Malaysia mencerminkan keyakinannya terhadap daya tarikan negara sebagai destinasi pelaburan,” katanya.
Beliau berkata pelaburan itu juga sejajar dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 yang dilancarkan Malaysia baru-baru ini, yang bertujuan mewujudkan persekitaran mesra pelaburan selain dengan pesat menerima guna teknologi untuk meningkatkan ekosistem sektor pembuatan.
Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Arham Abdul Rahman berkata MIDA bersedia memberikan sokongan yang diperlukan kepada Alton untuk memastikan pelaksanaan projek pelaburan yang lancar di negara ini.
Alton membuat pelbagai jenis alatan komersial dan pengguna, perkakasan dan kelengkapan, selain perkakasan rumah dan produk penjagaan lantai.
Syarikat ini beroperasi di lebih 75 negara di seluruh dunia, dengan pejabat di China, Jepun, Hong Kong, Eropah dan AS.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 20 2023

Tengku Zafrul mengalu-alukan pengembangan global yang besar oleh Alton, di samping komitmen pelaburan fasa satunya bernilai RM500 juta. - Gambar/ Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kesan negatif prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat minimum - Tengku Zafrul
MITI berpandangan risiko kesan negatif terhadap prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat (AS) berikutan pelaksanaan tarif oleh Presiden AS Donald Trump adalah minimum buat masa ini.

Weststar bakal perluas sayap jalin kerjasama tiga hala
Ini merupakan kerjasama tiga hala membabitkan Malaysia, Timor Leste dan Santos Energy, sebuah syarikat dari Australia yang menonjolkan kepentingan Weststar dalam pembangunan ekonomi serantau.

MITI sambut baik penyambungan semula MEUFTA
MITI berkata, ia merupakan detik penting dalam peningkatan hubungan perdagangan dan integrasi ekonomi kedua-dua pihak.

Malaysia pintu gerbang sempurna ke pasaran Asia Tenggara - Tengku Zafrul
Malaysia merupakan pintu gerbang yang sempurna ke dalam Asia Tenggara, lebih-lebih lagi dengan penyertaan United Kingdom dalam CPTPP yang turut disertai Malaysia.

MY-UAE CEPA turut beri tumpuan kepada pembangunan ekonomi Islam
Kejayaan memeterai FTA pertama Malaysia dengan sebuah negara anggota GCC itu akan membuka ruang untuk perjanjian yang sama dengan negara anggota GCC yang lain dan GCC sendiri.

MY-UAE CEPA: Rundingan FTA terpantas dalam sejarah Malaysia - Tengku Zafrul
MY-UAE CEPA telah mencipta rekod baharu untuk Malaysia sebagai perjanjian perdagangan bebas paling pantas dimuktamadkan.

Lawatan kerja PM: ADIA beri komitmen jayakan pelaburan, transformasi MAHB – Tengku Zafrul
Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menzahirkan komitmen untuk menjayakan pelbagai pelaburan yang telah dirancang di Malaysia.

Hanya 1.6 peratus projek pelaburan diluluskan bagi 2021-Mac 2024 belum dilaksanakan - Tengku Zafrul
Hanya 1.6 peratus daripada projek-projek pelaburan yang diluluskan dalam tempoh 2021 hingga Mac 2024 masih belum dilaksanakan, kata Tengku Zafrul.

'Lebih baik Tengku Zafrul sertai PKR daripada pilih pembangkang' - MB Selangor
Reaksi Tengku Zafrul yang didakwa menunjukkan minat untuk menyertai PKR disifatkan lebih baik berbanding beliau memilih untuk menyertai pembangkang.

UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.