Dalam satu kenyataan, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, ia merupakan detik penting dalam peningkatan hubungan perdagangan dan integrasi ekonomi kedua-dua pihak.
Kata MITI, dalam landskap geopolitik semasa yang semakin berubah, adalah penting untuk membina perkongsian baharu, memupuk kerjasama dan meneroka peluang baharu.
"Perjanjian perdagangan bebas yang moden dan dinamik akan membawa manfaat bersama, membuka pintu kepada peluang perniagaan baharu dan meningkatkan daya tahan rantaian bekalan.
"Kami mengalu-alukan rundingan pusingan pertama yang produktif dalam beberapa bulan akan datang," kata kenyataan itu.
Terdahulu, penyambungan semula rundingam MEUFTA itu diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula Von Der Leyen sempena lawatan kerja Perdana Menteri ke Brussels, Belgium.