KUALA LUMPUR: AirAsia bakal melancarkan semula tujuh destinasi antarabangsa di China iaitu Macao, Shenzhen, Guangzhou, Kunming, Shanghai, Hangzhou dan Chengdu berikutan pemulihan kukuh yang berterusan pasca pandemik.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata China merupakan pasaran penting untuk kumpulan AirAsia, yang merupakan syarikat penerbangan tambang rendah antarabangsa terbesar mengikut kapasiti prapandemik.
"Berdasarkan faktor muatan tinggi bagi penerbangan sulung kami ke/dari Guangzhou pada minggu lalu, permulaan semula perkhidmatan kami bukan sahaja akan memberikan nilai dan akses yang lebih baik kepada pengembara yang membuat perjalanan penting dari Malaysia dan pelancong dari China malah akan meningkatkan pertumbuhan pelancongan, perdagangan dan ekonomi di kedua-dua buah negara," katanya dalam satu kenyataan semalam.
AirAsia Malaysia bakal terbang semula ke empat destinasi di China dari dua hab - Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu ke Macao, Shenzhen, Guangzhou dan Kunming dengan kekerapan 10 penerbangan mingguan, dan sasaran untuk meningkatkan kekerapan sehingga 27 penerbangan mingguan pada Mac.
Penerbangan pertama ke/dari China dimulakan semula pada 10 Feb 2023 lalu ke/dari Guangzhou dengan faktor muatan tinggi untuk penerbangan dua hala, katanya.
Melengkapi penyambungan semula destinasi jarak dekatnya, AirAsia X Malaysia akan menyambung semula laluan dari Kuala Lumpur ke Shanghai, Hangzhou dan Chengdu dengan 10 penerbangan mingguan bermula 1 Mac 2023.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia, Benjamin Ismail berkata China akan menjadi tumpuan pasaran utama yang seterusnya apabila syarikat penerbangan itu memperkukuh strategi pertumbuhan melalui pelancaran laluan paling popular dan menguntungkan.
"Kami telah menyaksikan kejayaan yang luar biasa dengan perkhidmatan ke China pra-pandemik yang mana kami membawa lebih 1.8 juta tetamu ke/dari China pada 2019 sahaja.
"Kami percaya permulaan semula perkhidmatan ke China ini akan menjadi popular untuk pengembara perniagaan, pelajar antarabangsa, para tetamu yang melawat keluarga serta merangsang permintaan serantau antara dua pasaran besar melalui tambang rendah dan perkhidmatan bernilai tinggi," katanya.
AirAsia Malaysia menawarkan tambang sehala terangkum untuk pengembara yang membuat perjalanan penting dengan harga bermula daripada RM151 dari Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu ke Macau, Shenzhen, Guangzhou dan Kunming.
AirAsia X Malaysia menawarkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Shanghai, Hangzhou dan Chengdu dengan tambang sehala terangkum bermula daripada RM899/RMB1,088 bagi tempat duduk ekonomi atau RM2,199/RMB3,288 bagi tempat duduk Premium Flatbed.
Memandangkan kemasukan ke China pada masa ini terhad kepada visa tertentu sahaja, pelanggan dinasihatkan untuk menyemak keperluan perjalanan ke destinasi yang ingin dituju.
Bagi keperluan perjalanan ke China, sila layari https://support.airasia.com/s/article/Travel-Requirements-China?language=en_GB
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 13 2023

AirAsia Malaysia bakal terbang semula ke empat destinasi di China dari dua hab - Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu ke Macao, Shenzhen, Guangzhou dan Kunming dengan kekerapan 10 penerbangan mingguan. - Gambar fail REUTERS

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024
Angka itu berbanding 56.99 juta penumpang yang dibawa AirAsia semasa tahun kewangan 2023.

Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.

Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.

Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.

AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.

AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.

76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.

AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.

AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.