KUALA LUMPUR: Syarikat penyedia takaful terkemuka negara, AIA PUBLIC Takaful Bhd (AIA PUBLIC Takaful) komited menjadi medium dalam menyediakan sokongan kewangan serta menjamin harapan dan impian rakyat Malaysia.
Tahun 2021 melakar sejarah istimewa untuk AIA PUBLIC Takaful kerana menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-10.
Sepanjang dekad ini, AIA PUBLIC Takaful telah berkembang dari hanya pengendali takaful tradisional kepada penyedia yang menawarkan penyelesaian patuh syariah hujung ke hujung.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Elmie Aman Najas berkata, pihaknya sentiasa berusaha dalam menawarkan perkhidmatan yang menjangkau perlindungan.
Melalui ekosistem Penyelesaian Kesihatan dan Kekayaan Menyeluruhnya (Total Health and Wealth Solution), program kesihatan unik AIA Vitality, serta kerjasama dengan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang pelbagai, AIA PUBLIC TAKAFUL kini bersama pelanggan di setiap langkah perjalanan kesihatan mereka.
“Fokus kami kini adalah untuk mencari kaedah baharu dan inovatif yang boleh mempertingkatkan perkhidmatan kami, bukan sahaja dari segi tawaran produk, tetapi juga perkhidmatan tambah nilai yang boleh membawa perubahan dalam hidup pelanggan.
“Saya percaya AIA PUBLIC Takaful mempunyai proposisi patuh syariah, ekosistem, sumber dan peralatan yang tepat untuk memenuhi keperluan setiap pelanggan kami di setiap peringkat kehidupan.
“Dari pelan perlindungan mampu milik dibawah Perlindungan Tenang khusus buat golongan berpendapatan rendah sehinggalah penyelesaian perancangan legasi yang menawarkan pelanggan peluang untuk meyumbang semula kepada komuniti.
“Faedah takaful kami bukan hanya memenuhi keperluan kewangan dan perlindungan pelanggan kami, tetapi juga membolehkan mereka melakukan amal jariah berterusan, walaupun apabila mereka sudah tiada,” katanya kepada Astro AWANI, baru-baru ini.
Sediakan perlindungan komprehensif bernilai RM61 bilion
Mengulas lanjut, Elmie berkata pencapaian ini juga membolehkan pihaknya untuk memperingati sejauh mana syarikat telah berkembang dan membantu rakyat Malaysia sepanjang dekad yang lalu.
“Sehingga kini, kami membantu menyediakan perlindungan komprehensif bernilai RM61 bilion kepada rakyat Malaysia untuk menghadapi peristiwa yang tidak diduga.
“Takaful merupakan skim yang berasaskan konsep persaudaraan, perpaduan, dan tolong-menolong antara perserta takaful. Oleh itu, bersama-sama peserta takaful kami, kami telah menyediakan sokongan kewangan bernilai RM1.3 bilion kepada lebih 170,000 keluarga di negara ini,” katanya.
Ujarnya susulan pandemik COVID-19, syarikat berkenaan melihat peningkatan dalam kesedaran dan minat untuk perlindungan takaful. Begitu juga dengan permintaan yang lebih tinggi untuk proposisi kesihatan dan kesejahteraan peribadi serta khidmat nasihat profesional.
“Kami berbangga kerana dengan kerjasama 20,000 Perancang Hayat AIA Malaysia serta rakan kongsi, kami dapat memenuhi permintaan tersebut melalui keupayaan digital dan teknologi kami,” katanya.
Beri peluang bina kerjaya stabil dan bermakna
Dalam pada itu, tambah Elmie, pihaknya optimis menyediakan peluang dan ruang kepada rakyat Malaysia untuk membina kerjaya serta meningkatkan sumber pendapatan sebagai Perancang Hayat Takaful (ejen) melalui program perekrutan AIA Elite Academy.
“Pandemik ini juga telah mendorong lebih ramai individu untuk mempertimbangkan kerjaya ini sebagai kerjaya pilihan mereka sekali gus lebih terbuka untuk berkecimpung dalam bidang yang penuh makna ini,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Mahani Amat berkata, kejayaan yang dikecapi itu adalah usaha berterusan daripada pelbagai pihak.
“Kami sangat berbesar hati dapat meraikan kejayaan ini bersama mereka yang telah memainkan peranan penting dalam perjalanan 10 tahun kami. Kami berbangga mempunyai warga kerja berdedikasi, dan rakan-rakan kongsi hebat yang bekerjasama memastikan kehendak pelanggan dipenuhi, serta menggerakkan usaha berterusan kami dalam industri takaful.
“AIA PUBLIC Takaful akan terus memberi kesan positif dan signifikan kepada para pelanggan dan komuniti demi menggalakkan kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna,” ujarnya.
Program Kongsi Rezeki tambah baik tempat tinggal, pembelajaran 500 anak yatim
Sempena ulang tahun ke-10, AIA PUBLIC Takaful melancarkan Program Kongsi Rezeki dengan kerjasama sebuah organisasi bantuan kemanusian, Malaysia Relief Agency (MRA).
Menerusi program ini, 10 rumah anak yatim di seluruh negara menerima sumbangan komputer riba baharu untuk kelancaran sesi pembelajaran dalam talian termasuk kelengkapan tempat tidur seperti katil, tilam serta keperluan harian lain.
Sumbangan yang bernilai RM250,000 itu akan memanfaatkan hampir 500 anak-anak yatim yang sekaligus dapat menyokong rumah-rumah anak yatim tersebut membesarkan kanak-kanak yang lebih sihat dan ceria.
Sebagai sebuah organisasi yang komited terhadap kesejahteraan komuniti, AIA PUBLIC Takaful percaya ia merupakan tanggungjawab dalam usaha meringankan beban mereka sepanjang tempoh sukar ini dan berharap anak-anak yatim terbabit lebih bermotivasi dalam pembelajaran mereka.
Lancar kempen #10TahunBersamaAnda sebagai tanda penghargaan
Bagi memeriahkan lagi sambutan ulang tahunnya, AIA PUBLIC Takaful turut melancarkan kempen ##10TahunBersamaAnda sebagai tanda terima kasih atas sokongan berterusan para pelanggan.
Pelbagai peraduan media sosial termasuk permainan trivia interaktif sedang dijalankan sehingga 31 Oktober ini. Orang ramai boleh menyertainya dan berpeluang memenangi e-baucar daripada Shopee dan Touch ‘n Go.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen #10TahunBersamaAnda, layari www.aia.com.my/APTB10Tahun atau laman Facebook atau Instagram AIA PUBLIC Takaful.
AIA PUBLIC Takaful dimiliki bersama oleh AIA Bhd., Public Bank Berhad (PBB) dan Public Islamic Bank Berhad (anak syarikat milik penuh PBB).
*Artikel ini adalah kandungan berbayar.
Ehsan A Marisah
Thu Oct 07 2021
Elmie berkata, AIA PUBLIC Takaful tawar penyelesaian patuh syariah hujung ke hujung di setiap peringkat kehidupan. - Gambar AIA PUBLIC Takaful
Trump akan lawat California tinjau kerosakan akibat kebakaran hutan
Trump dijangka melawat selatan California untuk tinjau kawasan yang terjejas akibat kebakaran hutan di tengah-tengah ketegangan yang berterusan dengan Gabenor Demokrat.
Suami isteri maut, tiga cedera dalam kemalangan di Mersing
Sepasang suami isteri maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Mersing-Endau, Kampung Bukit Buruk, pada Jumaat.
Pertama kali dalam sejarah Denmark, pendakwa raya fail pertuduhan kes hina al-Quran
Pendakwa Raya di Copenhagen telah membawa kes pertama pelanggaran Seksyen 110e(2) Kanun Jenayah Denmark mengenai layanan yang tidak wajar terhadap kitab suci agama.
Polis Selangor sahkan kes tembakan libatkan APMM, warga asing
Pengadu terima tiga pesakit lelaki disyaki warga asing dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan kesan tembakan di anggota badan.
Kerugian bertambah dan hasil menurun pada suku keempat Boeing
Keputusan ini dipengaruhi oleh pemberhentian kerja dan perjanjian dengan IAM serta caj untuk beberapa program pertahanan, angkasa lepas dan keselamatan.
Malaysia terus kekal teraju kewangan Islam dunia
Malaysia berada di kedudukan pertama buat kali ke-12 berturut-turut dengan skor tertinggi 144 mata, diikuti Arab Saudi (119).
Kepengerusian ASEAN: PETRA pacu agenda tenaga, bina kemakmuran
Mesyuarat Khas Pegawai Kanan ASEAN mengenai Tenaga menerima lapan keutamaan tahunan yang dicadangkan untuk sektor tenaga ASEAN 2025.
Masters Indonesia: Beregu negara tempah tiket ke final lebih awal
Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Kai Wun Tee dijadual berentap dalam aksi beregu lelaki hari ini.
Bantuan Kasih YKM mula diagihkan hujung bulan ini
Keputusan dibuat pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Dis lepas untuk memberi bantuan secara bulanan berbanding tahunan seperti sebelum ini.
Bomba laksana projek rintis PGOK di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya - KP Bomba
PGOK merupakan penjenamaan semula Pusat Pengurusan Operasi yang bertindak sebagai nadi komunikasi dan pengoperasian JBPM.
10 tahun menjamin masyarakat hidup sihat dan bermakna
Tahun 2021 melakar sejarah istimewa untuk AIA PUBLIC Takaful kerana menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-10.
Kesedaran rakyat Malaysia mengenai kesihatan meningkat - AIA
Tinjauan merekodkan sebanyak 45 peratus daripada rakyat Malaysia bersenam dengan lebih kerap, manakala 43 peratus mengambil makanan berkhasiat sejak pelaksanaan PKP.
Enggan salam David Beckham: 'Masih ada gadis Melayu yang tahu jaga tatatertib'
Sedar nilai agama yang dipegang bukan setakat pada tudung yang dipakai semata-mata, gadis itu tidak teragak-agak untuk tidak menyambut huluran salam Beckham.
Saya berusaha untuk kekal sihat demi keluarga - Beckham
Biarpun dia dan isterinya Victoria sibuk dengan kerjaya masing-masing, namun mereka tetap memperuntukkan masa melakukan aktiviti bersama anak-anak mereka.
David Beckham datang Malaysia!
Bekas pemain Manchester United (MU), David Beckham akan akan berkunjung ke Kuala Lumpur pada 22 September ini.