Sudah lebih seminggu Kampung Pertang di sini dilanda banjir lumpur, namun, bagi keluarga bayi malang yang dihanyutkan air deras Nor Adriana Adila Asrol Afendi, peristiwa itu masih meninggalkan kesan trauma dalam diri mereka.
Bayi berumur setahun sembilan bulan itu terlepas daripada pegangan ibunya Suhana Abdul Ghani, 34, apabila bumbung tempat mereka berlindung runtuh ekoran kederasan air yang melimpah dan sehingga hari ini, masih belum dijumpai.
Menceritakan kembali detik mencemaskan itu, datuk bayi berkenaan Abdul Ghani Sulaiman, 63, berkata, hujan mula lebat pada petang 17 Dis dan beliau mengarahkan isterinya Faridah Salleh, Suhana serta anak-anaknya untuk panjat ke bumbung kerana air naik begitu pantas.
"Hari tu, pukul 4.30 petang, hujan mula turun mencurah-curah, pak cik tengah nak ambil kereta bawak naik atas bukit. Masa tu angin kuat pakcik oyak (beritahu) cucu-cucu naik atas siling.
"Semasa sedang kesejukan menunggu bantuan, tiba-tiba bumbung tempat Suhana berpaut tadi runtuh apabila dihempas arus deras.
"Dia terlepas anaknya bila bumbung tempat mereka berpaut jatuh. Isteri pakcik terjun untuk tarik Suhana tetapi tidak boleh buat apa-apa bila anak Suhana hanyut," katanya kepada Bernama.
Media sebelum ini melaporkan Nor Adriana Adila dikhuatiri mati lemas sewaktu banjir melanda Rabu lepas dan sehingga kini jasadnya masih gagal dikesan walaupun operasi mencari telah dilakukan secara besar-besaran.
Tinjauan Bernama di sekitar kampung Ladang Kelapa Sawit Kuala Pertang itu mendapati, terdapat kesan deretan pokok kelapa sawit tumbang sepanjang 500 meter, dipercayai akibat dilanggar kepala air sewaktu banjir lumpur melanda kampung itu.
Bencana itu turut merosakkan hampir 50 rumah serta masjid, di samping jalan tar terkopak dalam kepingan besar di sepanjang jalan masuk ke kampung itu akibat kederasan air.
Abdul Ghani berkata, beliau juga hampir lemas ketika sedang berpaut pada serpihan bumbung yang masih tinggal, disebabkan arus sangat luar biasa.
"Namun, keluarga pakcik, terutama Suhana hanya mampu berserah kepada takdir. Kami sekeluarga dah pun buat solat jenazah ghaib selepas hari kedua kehilangan cucu pakcik," katanya lagi.
Abdul Ghani berkata, Suhana kini sedang berada di Hospital Kuala Krai menjaga seorang lagi anak perempuannya yang patah tangan ketika berpaut di bumbung sewaktu hari kejadian.
Isterinya Faridah pula berkata, oleh kerana sebahagian bumbung tempat mereka berpaut runtuh, dirinya terpaksa berendam dalam air lebih lapan jam manakala dua cucunya terpaksa berpaut pada pokok berhampiran, sebelum diselamatkan.
Banjir yang melanda beberapa negeri kini merupakan yang terburuk dalam sejarah negara apabila mencatat jumlah mangsa banjir terbanyak iaitu melebihi 100,000 mangsa yang kini sedang mendapatkan perlindungan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Kelantan merupakan antara negeri yang teruk terjejas banjir dengan jumlah mangsa melebihi 32,000 orang.
Kawasan yang paling teruk terjejas banjir di Kelantan ialah jajahan Kuala Krai, Pasir Mas, Gua Musang dan Kota Baharu.
Bernama
Fri Dec 26 2014
Bayi berumur setahun 9 bulan itu terlepas daripada pegangan ibunya Suhana Abdul Ghani, 34, apabila bumbung tempat mereka berlindung runtuh. -Gambar fail
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.
Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.
Protes di Pakistan: Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad meminta rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti perkembangan keadaan setempat.
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Apa usaha kerajaan mempersiapkan diri dalam mendepani negara menua
Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali menyatakan persoalan tentang bagaimana persediaan pihak kerajaan dalam mempersiapkan diri dalam berdepan negara menua.
Kerajaan Australia tanggung subsidi vaksin RSV untuk wanita hamil, bayi
Wanita yang hamil antara 28 hingga 36 minggu layak menerima vaksin percuma mulai Februari.
Raja Ilya selamat lahirkan bayi seberat 4.7kg di Australia, beri nama Royal Abraham
Raja Ilya meluahkan rasa syukur selepas menjalani pembedahan melahirkan bayi lelaki seberat 4.7 kilogram itu.
Pengasuh taska didakwa sebabkan bayi cacat kekal
Mengikut pertuduhan, tertuduh telah mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan.
Bayi lelaki 30 hari meninggal dunia selepas diberi susu di pusat jagaan berpantang
Bayi lelaki berusia 30 hari meninggal dunia selepas didapati tidak sedarkan diri setelah diberikan susu oleh jururawat yang ditugaskan menjaga bayi tersebut di sebuah pusat jagaan berpantang.
Mayat bayi di bawah simen, polis guna saluran diplomatik kesan suspek
Ketika ini usaha mengesan suspek, seorang wanita warga Indonesia yang juga penyewa terakhir rumah berkenaan masih dijalankan.
Bayi tercampak dalam tali air: Polis ambil keterangan 11 individu
Seramai 11 individu dipanggil untuk diambil keterangan oleh polis susulan kes seorang bayi maut selepas motosikal dibonceng tercampak ke dalam tali air dalam Kampung Tok Belian.
Anak pengasuh didakwa lakukan amang seksual terhadap bayi 10 bulan
Seorang anak pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang bayi perempuan berusia 10 bulan, bulan lepas.
Masyarakat Melayu Rawa di Gopeng masih kekalkan adat berjojak
Adat berjojak dilakukan sebagai lambang seorang bayi itu bakal memulakan langkah dalam kehidupan.
Bayi alami pendarahan otak, patah tangan kiri ketika di rumah pengasuh
Polis akan mengambil keterangan seorang pengasuh bagi membantu siasatan berhubung kes bayi perempuan berusia lima bulan yang mengalami pendarahan otak dan patah tangan kiri pada Khamis.
Belum capai usia setahun, bayi mampu sambung bacaan surah lazim
Seorang bayi, Fahry Nedzar mampu menyambung bacaan surah lazim yang dialunkan oleh ibunya dengan lancar bermula usianya lapan bulan.