Setahun lalu, saya terlepas peluang menyaksikan Tanda Putera semasa tayangan perdananya. Selama itulah, pelbagai reaksi yang saya dengar dari yang sudah menonton. Ada yang kata “jangan lupa bawa tisu”. Sesetengahnya pula, “okaylah, tapi Hati Malaya lebih baik”. Tidak kurang juga yang menggelengkan kepala.
Respons yang pelbagai ini membuatkan saya lebih teruja. Saya cuba untuk tidak terpengaruh dengan sebarang komen negatif, juga tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Saya mahu mempunyai pandangan sendiri apabila ia diperdebatkan oleh kawan-kawan mahupun peminat filem lain.
Saya pergi menonton pada hari pertama tayangan umum iaitu 29 Ogos lalu. Saya mengajak seorang rakan berbangsa Cina yang jarang menonton filem tempatan untuk mendapatkan perspektif berbeza, apatah lagi bila Tanda Putera dicop sebagai sebuah filem rasis oleh sesetengah pihak.
Untungnya dia tidak menganggap filem ini berbaur perkauman. Menurutnya, jika itu memang satu sejarah, maka ia berhak ditampilkan. “Saya rasa kita semua kena buang prasangka jauh-jauh. Hanya sebab ada sesetengah orang Cina yang buat jahat, takkan semua orang Cina nak terasa”, katanya begitu lebih kurang.
Bagaimanapun, kerana watak-watak tidak diperkenalkan dengan baik, rakan saya itu mengambil masa untuk mengecam yang mana satu Tun Abdul Razak dan yang mana Tun Dr. Ismail. “Agak susah sebab saya tak kenal pelakon”, dia memberitahu. Saya bersetuju kerana ‘establishment’ dua watak utama ini kabur.
Saya merasakan pengarahnya, Datin Paduka Shuhaimi Baba membuat tafsiran bahawa penonton terus tahu siapa memegang peranan apa. Dia juga mungkin mengharapkan penonton sepatutnya sudah faham dengan sejarah negara.
Saya menonton bukan untuk belajar sejarah kerana saya tahu dalam durasi dua jam, tidak banyak pun yang boleh diceritakan. Namun apa yang saya harapkan ialah sebuah filem drama yang baik, mengesankan dan mungkin memberi inspirasi menerusi latar sejarah dan kisah benar pemimpin terdahulu.
Sayangnya, saya keluar panggung dengan perasaan yang marah dan kecewa.
Sebagai peminat filem Melayu (ya, saya tidak malu untuk mengakui hakikat itu meskipun kebanyakan kualitinya memalukan), hasil-hasil kerja Shuhaimi tidak pernah saya lepaskan. Saya menonton drama arahannya, Maria ketika saya masih kecil serta mengagumi karyanya di layar perak seperti Selubung dan Layar Lara.
Saya kira saya seorang yang realistik. Dalam saya memberikan ulasan atau hujah mengenai sesebuah filem Melayu, saya tidak mengenepikan faktor-faktor yang menjadi kekangan pengkarya kita, terutamanya soal bajet.
Saya pasti filem epik seperti Tanda Putera berdepan dengan cabaran yang bukan sedikit. Mendasari senario politik negara semasa era pasca merdeka, banyak fakta dan perincian yang mesti diperhalusi, juga skripnya mungkin harus melalui tapisan demi tapisan dari beberapa pihak berkaitan.
Bagaimanapun, itu semua bukan alasan untuk Tanda Putera menjadi sebuah filem yang lemah, kacau bilau dan tidak mempunyai fokus.
Masalah terbesar ialah naratifnya. Filem ini tidak ada susur galur penceritaan, sebaliknya hanyalah cantuman momen-momen yang berterabur dan mengelirukan. Apa yang dipaparkan sekadar tragedi demi tragedi dan peristiwa demi peristiwa tanpa penerangan yang kuat.
Benar, beberapa peristiwa penting mempunyai ‘label’ untuk memberitahu waktu sesuatu perkara itu berlaku. Ada juga yang digambarkan melalui keratan-keratan akhbar. Tetapi ini semua tidak bermakna apabila dialog-dialog yang disampaikan sekadar di permukaan, tidak mendalam dan tidak berisi.
Misalnya, dalam satu babak ketika menteri-menteri bersidang mengenai rusuhan, seingat saya apa yang berulang-ulang kali disebut ialah “negara kita dalam bahaya”, tanpa merujuk secara spesifik mengapa ia berlaku. Jika ada pun diselitkan, latar belakang atau hujung pangkal ceritanya tidak jelas.
Agak menyakitkan hati apabila lakonan yang ditampilkan juga seperti tiada kecemasan terhadap perbincangan itu. Jika audionya ditutup dan sarikata Bahasa Inggerisnya dipadamkan, saya mengandaikan mereka sedang bersantai minum teh dan menghisap curut sambil bercerita tentang cuaca.
Separuh masa pertama filem ini lebih tertumpu kepada huru-hara yang tercetus sebelum dan selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Manakala separuhnya lagi ialah detik-detik pilu apabila Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail jatuh sakit sehingga kedua-duanya meninggal dunia.
Saya tidak gemar untuk membandingkan filem kita dengan filem luar, tetapi secara kebetulan, saya baru saja menonton Habibie & Ainun. Persamaan yang ketara mengenai dua filem ini ialah ia bercerita tentang tokoh negarawan.
Filem Indonesia itu memberi fokus kepada percintaan Habibie dan Ainun – bagaimana mereka berkenalan sejak di bangku sekolah, berkahwin sehinggalah salah seorangnya menemui ajal. Dalam masa sama, latar peristiwa dan kronologi sejarahnya dapat difahami secara ringkas melalui penceritaan yang efisien.
Jika sinopsis Tanda Putera mengatakan filem ini mengenai persahabatan di antara Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail, mengapa saya tidak merasakan sedemikian? Filem ini hilang punca kerana terlalu banyak yang ingin diceritakan dan terlalu banyak karakter sehingga akhirnya menjadi ‘separuh masak’.
Saya kurang mengerti mengapa Shuhaimi mahu melebih-lebihkan karakter fiksyen yang tidak perlu. Kisah Kara dan rakan-rakan universitinya, untuk apa dipanjang-panjangkan? Kisah pekerja pejabat seperti Zaman dan Kak Jah Steno, jika ditiadakan pun akan terjejaskah jalan cerita?
Saya juga tidak memahami kepentingan satu babak di Institut Teknologi Mara (kini UiTM). Begitu juga adegan penutup imbas kembali ketika Tun Abdul Razak dan isterinya melawat salah satu perkampungan Felda. Babak-babak ini amat janggal dan tidak kena tempatnya.
Bukankah lebih baik jika fokus hanya diberi kepada eksplorasi karakter dan perhubungan yang terjalin di antara Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail?
Shuhaimi mempunyai material yang sangat dramatik - tentang dilema dan konflik dua Tun ini di antara kepentingan negara dan kesihatan peribadi.
Mengapa tidak dimanipulasikan sebaik mungkin? Mengapa mahu mewujudkan subplot yang akhirnya hanya meresahkan penonton kerana tidak memahami kaitannya?
Saya tidak mahu menyalahkan dua pelakon utama, Rusdi Ramli dan Zizan Nin seratus-peratus, tetapi saya tidak nampak kredibiliti tokoh yang disegani menerusi perawakan, bahasa tubuh mahupun cara bertutur. Mereka sekadar karikatur yang dicipta untuk meluahkan dialog-dialog tanpa pemahaman.
Saya lebih seronok menyaksikan visual sebenar yang diambil dari arkib, tetapi sayangnya diletakkan merata-rata tanpa suntingan yang kemas. Selain naratif, Tanda Putera mempunyai masalah besar dengan suntingan. Saya tidak pasti jika itu salah Lembaga Penapis Filem (LPF) atau kesilapan filem ini sendiri.
Saya mahu menyukai filem ini, tetapi kelemahannya dalam bercerita terlalu ketara. Tidak menyokongnya bukan bermakna saya membenci, dan tidak juga bermakna saya kurang patriotik.
Sekurang-kurangnya, selepas selesai menonton, rakan saya tadi berkata, “filem ini mungkin buruk tetapi buat saya mahu buka semula buku sejarah”.
Syazwan Zakariah
Wed Sep 04 2013
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
PM berseloroh ambil gaji tahun depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh menyatakan beliau akan mengambil gaji bermula tahun hadapan.
11 mangsa ditempatkan di PPS Segamat
Johor menjadi negeri seterusnya dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut.
Amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 November.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit
Penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis Blok A di Gua Musang, Kelantan bergotong-royong membina rumah bangsal di atas bukit sebagai tempat pemindahan sementara ketika musim tengkujuh.
[TERKINI] Menteri minta MCMC keluar amaran banjir tanpa SMS
Menteri Komunikasi mengarahkan MCMC meneliti saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Filem 'Abang Adik' wakili Malaysia di Anugerah Akademi ke-97
Pemilihan filem arahan sulung pengarah Jin Ong itu dibuat hasil beberapa siri penilaian Jawatankuasa Pemilihan Filem (JKPF) Finas.
Mega Fans Screening Filem Takluk: Lahad Datu
Filem ini bukan sahaja mengangkat kisah benar yang menyentuh hati, tetapi juga memperingati keberanian para wira yang mempertahankan tanah air.
Afdlin Shauki saran pengarah muda sertai komuniti PFM
PFM mampu menjadi wadah untuk menimba ilmu berkenaan kaedah yang tepat menghasilkan filem, daripada mereka yang lebih berpengalaman.
Perlu strategi tepat, karya yang betul untuk tembusi pasaran Indonesia - Erma Fatima
Erma percaya strategi yang mantap, selain karya yang betul dan berkualiti adalah kunci untuk menjayakan misi tersebut.
Usanita perkukuh kerjasama kreatif di Jakarta, tembusi pasaran serantau
Usanita Sdn Bhd berjaya menyelesaikan misi penting tiga hari di Jakarta yang memberi fokus terhadap usaha menjalin dan memperkukuh kolaborasi dengan pemimpin industri kreatif di Indonesia.
Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini
'Sinakagon' bukan sahaja mengangkat bahasa dan budaya kaum Dusun ke layar perak tetapi juga menawarkan jalan cerita yang menarik.
Dune: Part Two sajian epik penuh estetika
Dune: Part Two meneruskan kisah epik Paul Atreides yang bertukar daripada seorang bangsawan menjadi pemberontak sekali gus pejuang.
Finas diminta teliti skim wajib tayang - Fahmi
Terdapat sedikit masalah dengan skim sedia ada yang menyebabkan sesetengah pihak mengambil kesempatan menyiapkan filem-filem mereka.
Festival Filem Iran Malaysia 2024 tayang enam filem terbaik Iran
Enam filem terbaik itu ialah Henas, The Painting Pool, Track 143, Bodyguard, No Prior Appointment dan Today.
Filem Kantonis Malaysia 'Rain Town' terima sambutan positif di luar negara
Filem terbaharu arahan Tunku Mona itu dibawa ke layar perak dalam Bahasa Kantonis walaupun beliau sendiri kurang fasih dalam bahasa itu.