KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) diminta untuk meneliti dan mengkaji penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap skim wajib tayang bagi meningkatkan kualiti penghasilan filem tempatan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berkata, terdapat sedikit masalah dengan skim sedia ada yang menyebabkan sesetengah pihak mengambil kesempatan menyiapkan filem-filem mereka sekadar cukup syarat.
"Ini tidak begitu baik untuk ekosistem filem dalam negara kita. Maka saya telah minta pihak Finas untuk meneliti dan mengkaji semula skim wajib tayang antara lain melihat dua perkara, satu adalah proses pembikinan skrip filem itu sendiri untuk memastikan naskah yang disediakan sebelum produksi adalah berkualiti tinggi.
"Kedua adalah aspek pemasaran. Kalau kita lihat filem-filem yang tidak berjaya mendapat pecah panggung, ia antara lain disebabkan kurang membuat pemasaran dan hanya mengharapkan skim wajib tayang. Jadi di sini saya minta juga Finas untuk meneliti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Sesi Libat Urus dan Jalinan Mesra bersama pengusaha-pengusaha pawagam, di sini, semalam.
Fahmi berkata, pihaknya mengharapkan lebih banyak filem-filem tempatan akan dapat menembusi pasaran luar negara terutamanya negara-negara ASEAN lebih-lebih lagi di kala Malaysia akan menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun hadapan dan juga menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
"Hasrat saya adalah untuk menghasilkan lebih banyak filem Malaysia yang bukan hanya dapat tayang di Malaysia tetapi juga boleh dibawa ke luar. Dan semestinya kita utamakan ASEAN.
"Pawagam di Malaysia memainkan peranan yang cukup penting sebagai tempat pertama filem kita ditayangkan sebelum ia dibawa ke pasaran lain,” katanya.
Sementara itu, Finas dalam satu kenyataan memaklumkan, Sesi Libat Urus dan Jalinan Mesra ini dianjurkan bersama Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) sebagai satu inisiatif menyokong perkembangan industri pawagam negara serta memperkukuh kerjasama dalam kalangan pemain industri.
Menurut Finas, sesi interaktif ini antara lain membincangkan isu yang dihadapi pihak pawagam, termasuk cabaran semasa yang memerlukan penyelesaian segera.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 07 2024
Fahmi berkata, pihaknya mengharapkan lebih banyak filem-filem tempatan akan dapat menembusi pasaran luar negara terutamanya negara-negara ASEAN. - Gambar fail BERNAMA
KRW miliki DNA TRW - Ultras Kelantan
Muhamad Firdaus berkata, majoriti individu yang menjadi 'tonggak' KRW merupakan kumpulan pelabur TRW.
PPS Bubul Ria dibuka tempatkan mangsa ribut di Semporna
PPS itu akan menempatkan penduduk terjejas dari empat kampung iaitu Kampung Selamat, Kampung Seri Aman, Kampung Sejati serta Kampung Batu.
Kemenangan Trump: Australia tangguh keputusan sasaran pelepasan gas rumah hijau
Matt Kean berkata kesan global daripada kemenangan Trump akan menangguhkan nasihat agensi itu mengenai sasaran 2035 selama beberapa bulan.
Manchester United diaibkan Bournemouth di Old Trafford
Amorim mempertaruhkan bintang Belanda Joshua Zirkzee di bahagian depan dibantu Bruno Fernandes dan Amad Diallo di bahagian tengah.
Kerajaan gariskan 5 keutamaan utama penggunaan AI di Indonesia
Kementerian Kesihatan menggunakan AI untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan dan memperbaiki ketepatan diagnosis.
Polis Sri Lanka lancar pemeriksaan bas selepas beberapa siri kemalangan
Siasatan ke atas beberapa kemalangan bas yang serius mendedahkan pelbagai kecacatan mekanikal dan struktur pada kenderaan.
Piala Malaysia: Sri Pahang tempah tiket separuh akhir
Kejayaan Skuad Tok Gajah ini disahkan menerusi kemenangan agregat 4-3.
Ratusan hadir upacara berkabung di Magdeburg selepas serangan pasar Krismas
Keluarga dan orang ramai dari pelbagai peringkat umur datang ke gereja Johanniskirche, tempat utama untuk upacara berkabung itu.
Pasar Kedai Payang dibanjiri pengunjung sempena cuti sekolah
Kedua-dua bangunan yang terletak bersebelahan itu mula dikunjungi pelanggan seawal 9 pagi terutama dari luar Terengganu.
Teruskan PKKP bukti Kerajaan MADANI prihatin terhadap pesara
Kebanyakan ahli bersyukur dengan keputusan berkenaan kerana ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban kos sara hidup yang ditanggung.
Finas teliti, perhalusi cadangan tambah baik Skim Wajib Tayang
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sedang meneliti beberapa cadangan bagi menambah baik Skim Wajib Tayang sebagai usaha meningkatkan kualiti penghasilan filem tempatan.
Eizlan Yusof terajui Skim Wajib Tayang Finas
Datuk Seri Eizlan Yusof dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Skim Wajib Tayang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), berkuat kuasa mulai 15 Mac 2021 hingga 22 Mei 2022.
Finas bakal perkenal modul baharu Skim Wajib Tayang
Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata modul yang bertujuan mengatasi isu filem tidak laku sedang dilihat di peringkat pegawai undang-undang.
Tamat kontrak KP Finas, tutup peluang wujudkan pawagam komuniti di Kelantan
Penamatan kontrak Ketua Pengarah Finas, Datuk Kamil Othman pada Khamis diibarat membunuh hasrat rakyat Kelantan untuk melihat pawagam komuniti di negeri itu.
Pawagam komuniti jamin 'everyone can watch' wayang - Persatuan Anak Kelantan
Cadangan untuk mewujudkan pawagam komuniti adalah idea yang paling bernas untuk negeri seunik Kelantan.
Finas, jangan bunuh pembikin filem dari 'Kelate' - Persatuan Anak Kelantan
Pengumuman Finas untuk menggubal semula syarat Skim Wajib Tayang merisaukan semua pembikin filem tempatan terutama mereka yang baru dalam industri berkenaan.