KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sedang meneliti beberapa cadangan bagi menambah baik Skim Wajib Tayang sebagai usaha meningkatkan kualiti penghasilan filem tempatan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata antara cadangan penambahbaikan adalah menerusi suntikan dana dalam pembangunan skrip dan pelan pemasaran.
"... untuk kita labur dalam satu produksi, perkara pertamanya adalah skrip... jadi kita akan uar-uarkan mengenai insentif untuk pembangunan skrip dalam masa terdekat.
"Tentang pemasaran pula, kita akan bekerjasama dengan pelbagai pihak antaranya stesen televisyen dan syarikat swasta mengenai peranan mereka dalam mempromosikan filem tempatan," katanya kepada Bernama selepas Majlis Penyampaian Insentif Tayangan Filem Cereka 2.0 (ITFC 2.0) di sini hari ini.
Beliau berkata Finas juga mengadakan kerjasama dengan pawagam sebagai usaha memajukan lagi industri khususnya langkah menarik penonton ke pawagam untuk membantu penggiat industri tempatan bersaing dengan pasaran luar.
"Kita akan perhalusi dari segi jadual skim wajib tayang mengenai cadangan pawagam yang mahu memilih beberapa lokasi pawagam tertentu dalam menayangkan filem bukan komersial, yang masih mempunyai peminatnya tersendiri," katanya.
Sebelum ini, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta agar Finas meneliti dan mengkaji penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap Skim Wajib Tayang bagi meningkatkan kualiti penghasilan filem tempatan.
Beliau dilaporkan berkata terdapat sedikit masalah dengan skim sedia ada yang menyebabkan sesetengah pihak mengambil kesempatan menyiapkan filem-filem mereka sekadar cukup syarat.
Sementara itu, Azmir Saifuddin ketika berucap pada majlis berkenaan berkata Finas akan mengumumkan beberapa strategi bagi membawa karya tempatan menembusi pasaran lebih luas melalui pelbagai kerjasama serantau dalam pembikinan sesebuah naskhah sekali gus mewujudkan pelbagai jenis peluang pekerjaan dalam sektor kreatif negara.
Pada majlis itu beliau turut menyampaikan ITFC 2.0 berjumlah lebih RM1.3 juta kepada 20 tajuk filem cereka yang berdaftar di bawah Skim Wajib Tayang menerusi kutipan tiket di pawagam seluruh negara melalui 19 syarikat produksi.
ITFC 2.0 ialah inisiatif Kementerian Komunikasi melalui Finas dalam memupuk pengeluaran filem tempatan yang kaya budaya, berimpak tinggi serta berkualiti.
"Kita juga berharap lebih banyak kandungan filem bermutu tinggi dapat dihasilkan pada masa akan datang bagi membina ekosistem filem yang dinamik, mempromosikan kepelbagaian budaya seterusnya meningkatkan penglibatan negara dalam industri filem antarabangsa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 15 2024

Azmir Saifuddin (tengah) berkata antara cadangan penambahbaikan adalah menerusi suntikan dana dalam pembangunan skrip dan pelan pemasaran. - Gambar FB Finas Malaysia

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Finas, JTK bekerjasama turun padang pantau pematuhan syarat penerbitan filem, drama
Finas akan bekerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja bagi memantau pematuhan kepada syarat-syarat penerbitan filem atau drama di negara ini.

Filem 'Abang Adik' cipta sejarah, terima pengiktirafan ASEAN Records
Filem Abang Adik mencipta sejarah sebagai filem berbahasa Cina pertama menerima pengiktirafan ASEAN Records berikutan kejayaan meraih pelbagai anugerah antarabangsa.

Finas anjur sesi tayangan dan apresiasi filem sempena FFM33
Program itu juga membantu mempromosikan dan meningkatkan publisiti FFM33 dalam kalangan penggiat industri tempatan dan antarabangsa.

FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.

Sasaran sekurang-kurangnya 50 peratus penggiat seni carum KWSP - Fahmi
Sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 70,000 pekerja industri kreatif disasarkan mencarum dengan KWSP dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang.

FINAS temui agensi perfileman ASEAN, bincang pembentukan komuniti serantau
FINAS juga ingin meneroka peluang untuk menganjurkan festival filem yang dapat membantu mengembangkan pasaran di rantau ASEAN.

Malaysia pertama kali sertai Festival Filem Antarabangsa Dili
Selain tayangan filem dari pelbagai negara, DIFF juga menampilkan pertandingan filem pendek dan bengkel untuk penggiat filem muda.

FINAS mahu syarikat pawagam bantu wujudkan pangkalan data berpusat
Pembangunan pangkalan data itu kelak mampu membantu pemain industri perfileman memahami 'selera' terkini penonton.

FINAS, MyIPO kerjasama tingkat usaha pendaftaran harta intelek penggiat seni
FINAS akan bekerjasama dengan MyIPO untuk meningkatkan pendaftaran IP dalam kalangan penggiat seni tanah air.

FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.