Cadangan untuk mewujudkan pawagam komuniti adalah idea yang paling bernas untuk negeri seunik Kelantan.
Timbalan Pengerusi Biro Penerangan dan Aduan Persatuan Anak Anak Kelantan Darul Naim, Wan Syahrul Amry Wan Mansor berkata, pawagam yang patuh syariah dan bersifat kekeluargaan itu bakal memberi nilai tambah kepada institusi kekeluargaan di negeri itu.
"Setiap filem yang dihasilkan adalah hasil pakar dalam bidang berkenaan, manakala pemilihan judul juga adalah tugas penting dalam memastikan apa yang ditawarkan untuk penonton merupakan naskah yang sangat bermanfaat.
"Pawagam ini juga bakal menjadi pawagam alternatif dan platform untuk semua jenis pembikin filem mempamirkan hasil karya mereka, kerana syarat yang ditetapkan lebih fleksibel dan bersifat membantu," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Jelasnya, ia merupakan hasil perbincangan 'Dialog: Perlukah Pawagam Komuniti Di Kelantan?' yang diadakan di Auditorium, Content Malaysia Pitching Centre pada Rabu.
Ia merupakan dialog anjuran wanajaib.com dengan kerjasama Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Content Malaysia Pitching Centre.
Pembikin filem risau
Sebelum ini, Wan Syahrul Amry dilaporkan menjelaskan, pengumuman Finas untuk menggubal semula syarat Skim Wajib Tayang merisaukan semua pembikin filem tempatan terutama mereka yang masih baru dalam industri berkenaan.
Tegasnya, kerisauan itu turut menakutkan pembikin filem prolifik dan indie yang masih bertatih untuk menerbitkan filem sendiri.
Dalam pada itu katanya, kewujudan pawagam komuniti yang akan dimulakan di Kelantan itu kelak akan mematuhi syariah serta peraturan kerajaan negeri.
"Kalau Kelantan, ia akan patuh syariah. Contohnya, ia akan mengasingkan lelaki perempuan, pemilihan kandungan juga akan mengikut kehendak kerajaan negeri.
"Ia pawagam rakyat, Finas yang akan kendalikannya, pastinya murah dan tidak menyusahkan penonton. Sama seperti konsep penerbangan harga patut, cuma pawagam ini memastikan 'everyone can watch' wayang.
"Konsep ini akan dibawa seluruh negara tetapi mukadimah dan eksperimennya di Kelantan dahulu," ujarnya.
Jelasnya lagi, ia turut disokong wakil Finas selain beberapa artis terkemuka negara.
Wan Syamsul Amly
Thu Apr 21 2016
PERSATUAN ANAK KELANTAN: Pawagam komuniti jamin 'everyone can watch' wayang - Gambar fail
Perlu akta khusus kawal caj hospital swasta - MP Bayan Baru
Kerajaan perlu menggubal akta khusus untuk mengawal caj rawatan tinggi yang dikenakan kebanyakan hospital swasta.
Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin langkah itu penting bagi memastikan kos rawatan ditetapkan pada kadar munasabah.
Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin langkah itu penting bagi memastikan kos rawatan ditetapkan pada kadar munasabah.
Prabowo demam, mohon pertemuan dengan Anwar ditangguh
Anwar menerusi perkongsian di laman media sosialnya berkata, Prabowo memohon untuk menangguhkan pertemuan tersebut kerana mengalami demam.
EPL: Dimana sahaja saya tamatkan karier, saya akan gembira - Mohamed Salah
Dua gol dan dua bantuan gol oleh Salah memastikan Liverpool terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pendahulu EPL.
OpenAI umum model 'o3', versi baharu dengan kebolehan penaakulan
Model o3 kini hanya dibuka kepada para pengkaji keselamatan kecerdasan buatan, dengan model o3-mini dijangka tersedia kepada umum pada Januari 2025.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh sentimen yang lebih baik selepas prestasi Wall Street yang kukuh pada minggu lepas, kata penganalisis.
Perlu akta khusus kawal caj hospital swasta - Sim Tze Tzin
Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin langkah itu penting bagi memastikan kos rawatan ditetapkan pada kadar munasabah.
Prosiding 22 ahli GISB pindah ke Mahkamah Tinggi Shah Alam
Hakim membuat keputusan itu pada sebutan semula kes kesemua tertuduh di Mahkamah Sesyen Selayang pagi ini.
Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
Laluan Ampang/Sri Petaling akan menjadi laluan ketiga di bawah kendalian Rapid Rail yang memperkenalkan kemudahan koc wanita ini.
Ella ceburi industri fesyen Muslimah
Ia dibuat berdasarkan minat mendalamnya terhadap fesyen, selain keinginan memberi inspirasi kepada perubahan diri dan budaya ekspresi diri.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada pesilat Thamaraj raih juara dunia
Beliau berkata Thamaraj mencipta sejarah tersendiri menewaskan pesilat Uzbekistan untuk bawa pulang pingat emas dan muncul juara dunia.
Finas anjur sesi tayangan dan apresiasi filem sempena FFM33
Program itu juga membantu mempromosikan dan meningkatkan publisiti FFM33 dalam kalangan penggiat industri tempatan dan antarabangsa.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Sasaran sekurang-kurangnya 50 peratus penggiat seni carum KWSP - Fahmi
Sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 70,000 pekerja industri kreatif disasarkan mencarum dengan KWSP dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang.
FINAS temui agensi perfileman ASEAN, bincang pembentukan komuniti serantau
FINAS juga ingin meneroka peluang untuk menganjurkan festival filem yang dapat membantu mengembangkan pasaran di rantau ASEAN.
Malaysia pertama kali sertai Festival Filem Antarabangsa Dili
Selain tayangan filem dari pelbagai negara, DIFF juga menampilkan pertandingan filem pendek dan bengkel untuk penggiat filem muda.
FINAS mahu syarikat pawagam bantu wujudkan pangkalan data berpusat
Pembangunan pangkalan data itu kelak mampu membantu pemain industri perfileman memahami 'selera' terkini penonton.
FINAS, MyIPO kerjasama tingkat usaha pendaftaran harta intelek penggiat seni
FINAS akan bekerjasama dengan MyIPO untuk meningkatkan pendaftaran IP dalam kalangan penggiat seni tanah air.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Pindaan akta Finas turut ambil kira aspek standard kontrak penggiat seni - Fahmi
Fahmi berkata perkara itu perlu ditambah baik dalam Akta Finas untuk memastikan aspek keselamatan sosial bagi pekerja industri kreatif di negara ini tidak diketepikan.
Mampukah 2024 noktah kemelut kebajikan penggiat seni?
Sudah sekian lama, isu kebajikan penggiat seni hiburan negara sehingga ke hari ini masih belum menampakkan jalan penyelesaian.