KUALA LUMPUR: Tayangan filem Takluk: Lahad Datu bersama peminat di GSC Kuala Lumpur East Mall baru-baru ini meriah dengan kehadiran pelakon utama filem tersebut.

Antara pelakon yang memeriahkan program itu adalah Kamal Adli, Fikry Ibrahim dan Anding Indrawani.

Krisis pencerobohan Lahad Datu pada 2013 telah memberikan impak yang sangat besar buat negara, yang mana seramai 10 orang wira telah terkorban.

Filem ini bukan sahaja mengangkat kisah benar yang menyentuh hati, tetapi juga memperingati keberanian para wira yang mempertahankan tanah air.

Takluk:Lahad Datu, diinspirasikan daripada kisah benar juga tersedia dalam format IMAX dan Dolby Atmos di pawagam terpilih seluruh negara.

Filem itu menampilkan barisan pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Kamal Adli, Fikry Ibrahim, Anding Indrawani, Eman Manan, Riezman Khuzaimi, Josiah Hogan, Ayez Shaukat dan ramai lagi.

Mula ditayangkan pada 22 Ogos 2024, filem tersebut dijangka memberikan impak mendalam kepada
penonton dengan kisah keberanian dan semangat perjuangan ditonjolkan wira negara.