SEMUA orang senada bahawa kalau dahulu, medium untuk mendapatkan maklumat adalah daripada sumber akhbar. Kini ada radio, televisyen, malah Internet. Malah Internet pula banyak cabang yang melahirkan sumber untuk maklumat itu. Tidak sahaja emel, ia berkembang kepada Facebook dan Twitter dan sebagainya.
Daripada maklumat yang dikumpulkan itu, ia menjadi berita, kerana sifatnya berita ialah pengumpulan maklumat untuk disampaikan kepada khalayak. Tempat atau wadah penyampaian berita itu dipanggil media, yang terbahagi pula kepada akhbar dan televisyen.
Bersesuaian dengan peranan akhbar dan televisyen untuk menyebarkan berita, apa yang disampaikan itu mestilah mempunyai nilai-nilai berita. Antara nilai beritanya ialah mesti berlaku dekat dengan khalayak, kalau tempat terjadi berita itu jauh dari mereka, tidak diangkat sebagai nilai berita.
Disebabkan itu, di akhbar-akhbar sekitar sebelum merdeka sehingga 1960-an, berita yang disajikan adalah menjurus kepada isu domestik dan pendidikan. Hal ini terjadi disebabkan keutamaan penerbitan akhbar pada masa tersebut (1876 sehingga pertengahan 1960-an) adalah pada kandungan politik dan pendidikan.
Keadaan ini wujud kerana tumpuan perjuangan akhbar lebih kepada menuntut kemerdekaan dan meningkatkan pendidikan, terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu. Seawal tahun 1876 melalui penerbitan Jawi Peranakan misalnya, berita-berita luar negara tidak mempunyai tempat dalam akhbar pada masa itu.
Begitu juga dengan televisyen, yang kedatangannya lebih lambat daripada akhbar. Pada awal penyiarannya, tumpuan lebih diberikan kepada berita tempatan dan bukannya luar negara. Dengan kata lain, berita tempatan, tidak kira politik atau kisah masyarakat lebih diminati.
Saya masih ingat menonton dengan minat rancangan setengah jam di TV 1 “Peristiwa Dunia” jam 11 malam. Hanya mereka yang benar-benar minat dengan apa yang berlaku di dunia sahaja akan berjaga menonton rancangan itu. Kemudian “peristiwa dunia” itu dimasukkan dalam segmen berita perdana, tidak sampai 5 minit diperuntukan untuk tumpuan antarabangsa. Sehingga kini, ia masih kekal begitu.
Berita atau fokus luar negara di media Malaysia mula mendapat tempat sekitar tahun 1970-an. Akhbar-akhbar di Malaysia mula memperuntukkan ruangan khas luar negara. Ketika ini muncul agensi berita antarabangsa seperti Reuters, AFP dan AP yang menyalurkan berita luar negara atau kini dipanggil juga berita global.
Peruntukkan halaman antarabangsa di akhbar mula ada dengan liputannya bukan sahaja politik, tetapi meliputi berita artis, gosip dan sebagainya. Semua akhbar harian utama Malaysia mula menjadikan antarabangsa sebagai ruangan tetap. Dengan kata lain luar negara mula menjadi ruangan yang sama penting dengan ruangan lain seperti politik, ekonomi, pendidikan dan jenayah.
Di televisyen pula, berita luar negara jadi penting dengan kemunculan BBC dan CNN. Kalau sebelum itu, berita luar negara sangat terbatas atau mungkin lambat diketahui disebabkan perbezaan waktu. Apa yang dibekalkan agensi berita asing sesuai diambil bulat-bulat untuk disajikan sebagai berita di negara ini. Apa yang penting ialah berita itu menepati perspektif kita.
Astro Awani, saluran berita 24 jam pertama di Malaysia misalnya menggunakan “Gerbang Dunia Kita” untuk menggalakkan berita luar negara dari perspektif kita. Hasilnya, ramai sarjana dan cendekiawan yang berkongsi kepakaran luar negara mereka untuk menyesuaikan dengan kehendak berita tempatan.
Maka di sini, ilmu luar negara itu berkembang tidak sahaja dalam konteks luar negara sebagaimana sifatnya, tetapi ada elemen tempatan. Ini menjadikan nilai berita iaitu dekat dengan khalayak itu bukan lagi satu hambatan . Sebab itu berita luar negara semakin diminati dan diterima.
Seperkara lagi, kini adanya kemudahan Skype, media baru seperti Twitter dan sebagainya memudahkan saluran penyebaran berita itu sendiri. Ia tidak lagi memerlukan koresponden atau wakil untuk melaporkan mengenai berita luar negara. Mereka yang menggunakan media baru juga boleh menjadi “Citizen Journalist” untuk sebarang berita walau di mana mereka berada.
Begitulah sisi berita luar negara berubah kerana teknologi maklumat. Salam perkenalan di ruangan maya mengenai berita-berita global terus kepada anda semua melalui ruangan ini, Entri Global. Salam hormat.
Dr Azlinariah Abdullah
Mon Jan 14 2013
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Jo-Anna Rampas pertaruh lebih dari paras rupa
Ternyata bukan paras rupa jadi sandaran. Buat calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu, Jo-Anna Sue Henley Rampas paras cantik bukan keutamaan untuk menarik undi.
Gema bantu Rohingya di Eropah
Lebih 40 wakil komuniti Rohingya di Eropah berhimpun di Oslo, Norway bagi membincangkan isu terkini membabitkan minoriti tidak diiktiraf di Myanmar itu.
Surat-surat untuk PM Israel, Benjamin Netanyahu
Azlinariah Abdullah berkongsi beberapa surat yang dinukil untuk Perdana Menteri Israel ekoran serangan-serangan ke atas Gaza.
Kebangkitan India saingi China
Azlinariah berpendapat, jika India dan Pakistan berbaik, ia petanda positif untuk pertumbuhan India dari segi ekonomi.
Mendampingi orang asli Batek
Azlinariah berharap keunikan Orang Asli di Taman Negara boleh dijadikan produk pelancongan yang menarik untuk Malaysia, sama seperti produk berasaskan membeli-belah atau pusat peranginan.
Himpunan terbesar manusia
Tiada yang lebih besar daripada penyatuan umat selain di Mekah ketika bulan Zulhijjah dan sewajarnya peluang diambil untuk memperingati falsafah di sebalik haji, Aidiladha dan korban.
Tukar persepsi terhadap pelarian
Sempena Hari Pelarian Afrika pada 20 Jun, sama-sama kita meraikan khas untuk mereka.
Mahasen gagal selesai isu Rohingya
Taufan Mahasen yang melanda Myanmar, Bangladesh dan Sri Lanka diharapkan menjadi pembuka mata konflik etnik Rohingya.
Sisi Berita Global
Kalau dahulu, medium untuk mendapatkan maklumat adalah daripada sumber akhbar. Kini ada radio, televisyen, malah Internet.