Polis menahan 154 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang kerana ingkar amaran supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas mendapati pasukan itu sebuah pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kesemua anggota PPS termasuk tujuh wanita itu ditahan pada pukul 10.15 pagi ini di kawasan Padang Kota, di sini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan ROS.
"Polis mula mengambil tindakan (menahan) terhadap anggota PPS selepas mereka tetap menjalankan aktiviti sedangkan sebelum ini saya telah beri amaran. Pertubuhan itu telah diharamkan dan semua aktiviti perlu dihentikan segera.
"Mereka degil (jalankan aktiviti) dan seperti sengaja nak cabar undang-undang negara serta gertak polis supaya ambil tindakan jika (polis) berani. Kita ambil tindakan kerana mereka salah, ini (tindakan PPS teruskan aktiviti) memang perbuatan gengster," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Selasa lepas, Khalid mengeluarkan kenyataan bahawa PPS dianggap sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan ROS.
Khalid berkata sepatutnya PPS menggantung semua aktivi dan menulis surat kepada ROS untuk minta penjelasan serta menggunakan saluran undang-undang yang ada dan bukan meneruskan aktiviti seperti hari ini.
Katanya polis bertindak mengikut undang-undang dan akan menjalankan siasatan serta merujuk kes berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan susulan.
"Dalam tempoh 24 jam ini memang mereka tidak dibenarkan bertemu sesiapa termasuk peguam kerana polis sedang menjalankan siasatan dan kita bimbang ia akan menganggu siasatan, jadi kepada barisan peguam anggota PPS yang tidak berpuas hati itu (tidak dibenarkan bertemu anggota PPS yang ditahan) saya minta mereka rujuk semula buku undang-undang.
"Jika polis tidak dapat selesaikan siasatan dalam tempoh 24 jam ini, kemungkinan kami akan meminta perintah reman terhadap mereka yang ditahan itu daripada mahkamah pagi esok untuk melengkapkan siasatan, semasa dalam tahanan reman itu peguam boleh bertemu anak guam mereka," katanya.
Beliau turut meminta pemimpin PPS termasuk anggota Exco kerajaan negeri Pulau Pinang yang mempunyai kaitan dengan pasukan itu agar tampil di mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siastaan kes berkenaan.
"Kalau mereka tidak datang (di mana-mana balai polis), polis akan pergi ke rumah mereka dan cari mereka untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Dalam perkembangan lain, sekumpulan peguam terdiri daripada Ramkarpal Singh, R.S.N Rayer, Cheah Ka Peng dan Soon Lip Chee yang ditemui di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut menyatakan kesediaan mereka untuk mewakili kesemua 154 anggota PPS yang ditahan pagi ini.
"Kami ada 10 orang peguam untuk membantu mereka (anggota PPS), kami juga sedih dengan kejadian yang berlaku hari ini," kata Rayer.
Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri bersedia menghadapi sebarang pertuduhan polis berhubung kesahihan PPS Pulau Pinang.
"Kerajaan negeri mengambil tanggungjawab penuh mengenai PPS dan kami akan menghormati undang-undang sekiranya mahkamah yang membuat keputusan," katanya kepada pemberita selepas melawat 154 anggota PPS yang ditahan polis di sini.
Lim berkata beliau telah mengarahkan supaya segala aktiviti PPS negeri ditangguhkan untuk hari ini.
"Kita akan mengadakan satu mesyuarat bersama peguam-peguam kerajaan negeri mengenai PSS dan pengumuman mengenai langkah selanjutnya akan diumumkan esok," katanya.
Bernama
Sun Aug 31 2014

KHALID: Mereka degil (jalankan aktiviti) dan seperti sengaja nak cabar undang-undang negara serta gertak polis supaya ambil tindakan

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Kempen Derma Darah #KitaSama tonjol semangat perpaduan rakyat Malaysia
Ia merupakan Kempen Derma Darah #KitaSama ketiga dianjurkan Astro sejak 2014.

#ScaredNotScared sertai kempen derma darah #KitaSama
Tunjukkan komitmen anda terhadap Kempen Derma Darah #KitaSama!

#KitaSama: Rambut sama hitam dan darah sama merah pekat
Empat sahabat iaitu Norina Affiza, Hasnida Hamid, Nicholas Pillai dan Xavier Chin berkongsi interpretasi mereka tentang #KitaSama.

Dua anggota PPS mengaku tidak bersalah bergaduh di tempat awam
Tiga lelaki termasuk dua anggota sebuah pertubuhan tidak berdaftar, Pasukan Peronda Sukarela (PPS) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret.

Khatib Jumaat kritik polis dalam isu PPS disiasat
Polis membuka kertas siasatan terhadap seorang khatib yang didakwa mengkritik polis berhubung isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS).

Anggota Parlimen Tanjung ditahan bantu siasatan kes PPS
Polis hari ini menahan Timbalan Pengerusi Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang Ng Wei Aik bagi membantu siasatan berhubung PPS.

Lim Guan Eng mahu Zahid kemuka permohonan maaf
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mahu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf berhubung kenyataannya yang menyinggung, dikatakan ditujukan kepada DAP.

PPS: Polis tahan Phee Boon Poh, ambil keterangan Guan Eng
Polis menahan Pengerusi Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang Phee Boon Poh dan mengambil keterangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bagi membantu siasatan berhubung pasukan itu.

Najib hargai kehadiran rakyat sambut Hari Kemerdekaan
Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan penghargaan kepada warga Malaysia daripada segenap lapisan masyarakat yang hadir menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka hari ini.

Polis tahan anggota PPS yang engkar amaran
Polis menahan 154 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang kerana ingkar amaran supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas mendapati pasukan itu sebuah pertubuhan haram.