Perutusan Hari Merdeka Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin:
MALAYSIA 57
"Disini Lahirnya Sebuah Cinta"
Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-57 tahun ini disambut dengan suasana cukup berbeza. Seluruh negara pastinya masih terkesan dengan dua tragedi besar yang menimpa negara, iaitu kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH 370 dan MH 17.
Namun, dalam melahirkan rasa sedih dengan tragedi ini serta simpati yang tidak berbelah-bahagi kepada semua mangsa, saya mengajak seluruh rakyat Malaysia melihat tragedi ini dari sudut yang berbeza.
Sesungguhnya, tragedi ini telah memanggil seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama untuk bersatu mengharungi detik-detik sukar ini bukan hanya demi negara, tetapi yang lebih utama untuk keluarga-keluarga mangsa.
Semangat sebegini tidak akan lahir sekiranya rakyat Malaysia tidak mempunyai jati diri dan semangat patriotisme yang tinggi untuk berdiri bersama-sama ketika negara berdepan tragedi yang cukup dahsyat ini.
Kita harus akui bahawa cabaran mengekalkan perpaduan dan keharmonian antara masyarakat berbilang kaum di negara ini bukan sesuatu yang mudah. Namun, kita sudah melakukannya dengan cukup cemerlang dan berjaya sejak 57 tahun lalu atas nama 1 Malaysia.
Kita bersatu dalam perbezaan, bersama-sama meraikan dalam kepelbagaian, saling menghormati dalam percanggahan dan menghapus rasa syak wasangka serta curiga dalam perhubungan.
Alhamdulillah, sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya berasa bangga kerana dalam tempoh lima dekad ini negara kita telah berjaya mengharungi pelbagai cabaran untuk menjadi sebuah negara bangsa yang maju dan bersatu padu.
Percayalah, jika semangat kebersamaan ini kita teruskan, satu tempoh yang lebih panjang dapat kita harungi bersama-sama atas semangat dan patriotisme anakMalaysia. Bertoleransi dan menerima perbezaan adalah resipi utama kejayaanMalaysia membina sebuah negara bangsa yang didiami oleh masyarakat majmuk.
Daripada sebuah negara miskin pada tahun1957, Malaysia hari ini berada dalam kelompok negara berpendatan sederhana tinggi, dan Insya-Allah akan menjadi sebuah negara maju dalam tempoh 6 tahun akan datang.
Pertumbuhan ekonomi Malaysia pada suku kedua tahun ini sebanyak 6.4%, adalah yang terbaik dalam kalangan negara-negara ASEAN. Kadar pengangguran juga berjaya dikekalkan pada kadar yang rendah iaitu2.8%. Ini bermakna program transformasi ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan telah membuahkan hasil. Jika pencapaian yang memberangsangkan ini berterusan untuk tahun-tahun yang akan datang, insyaAllah Malaysia pasti akan menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020.
Saya berharap rakyat Malaysia sentiasa menyemat di sanubari bahawa kemerdekaan negara yang dikecapi hari ini bukan sepenuhnya milik kita. Tetapi kemerdekaan ini adalah amanah yang perlu diwariskan kepada generasi muda akan datang.
Kita bukan hanya memegang janji pejuang kemerdekaan tanah air silam untuk mempertahan keamanan negara. Tetapi turut bertanggungjawab untuk memberi makna sebenar kemerdekaan negara, untuk dinikmati pula oleh generasi akan datang.
Sudah semestinya, kita tidak mahu anak-anak dan cucu-cucu kita mewarisi sebuah negaraMalaysia yang porak-peranda. Kerana sama seperti pejuang kemerdekaan tanah air silam, sama seperti kita hari ini, dan sama seperti generasi negara akan datang, di sinilah iaitu di sebuah negara yang bernama Malaysia inilah, Lahirnya Sebuah Cinta.
Astro Awani
Sat Aug 30 2014
MUHYIDDIN: Kita harus akui bahawa cabaran mengekalkan perpaduan dan keharmonian antara masyarakat berbilang kaum di negara ini bukan sesuatu yang mudah - Gambar Fail
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
China sasar penembusan pengguna 5G lebih 85 peratus menjelang akhir 2027
Setakat akhir September tahun ini, jumlah stesen pangkalan 5G di China mencapai kira-kira 4.09 juta.
Awang Sariyan terima Anugerah Persahabatan Kerajaan China
Tokoh bahasa dan persuratan negara, Senator Datuk Seri Prof Dr Awang Sariyan menerima Anugerah Persahabatan Kerajaan China bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-75 negara itu, di sini, hari ini.
Kerajaan zahir penghargaan persembahan 'human graphic', petugas sambutan Hari Kebangsaan - Fahmi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim arahkan Kementerian Komunikasi untuk mempertimbangkan buah tangan sebagai penghargaan kepada pasukan human graphic.
[KOLUMNIS] Siapa Barat? Berhadapan erti kemerdekaan dan kedaulatan
Artikel majalah Economist mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan mendapat sokongan Barat sebelum ini.
Hari Kebangsaan Ke-67 disambut sederhana tapi meriah di New York
Semangat Malaysia yang mengiringi perwakilan di sana menjadi sambutan Hari Kebangsaan kali ini sangat bermakna.
Jadikan semangat Hari Kebangsaan ke-67 pendorong tingkat prestasi - PM Anwar
Suasana Sambutan Hari Kebangsaan pada Sabtu membuktikan bahawa rakyat Malaysia berupaya lakukan sesuatu dengan jauh lebih baik jika ada kesungguhan.
Konsulat Malaysia di Pontianak anjur majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67
Konsulat Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat mengadakan majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67 pada malam Sabtu yang dihadiri 300 tetamu termasuk Pemangku Gabenor Kalimantan Barat, Harisson dan iste
Warga Amerika Mr. T cipta lagu khas sempena Hari Kebangsaan
Kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 bukan sahaja dirasai rakyat Malaysia, tetapi juga pelancong asing melalui pelbagai cara termasuk mencipta lagu khas bersempena dengan hari bersejarah.
Rakyat Malaysia di luar negara sambut Hari Kebangsaan ke-67 dengan upacara patriotik
Perhimpunan itu memberikan ruang untuk komuniti Malaysia menjalin hubungan, meraikan warisan bersama, dan memperkukuh identiti kebangsaan mereka.
Semangat patriotisme melangkaui sempadan: Kadet Malaysia di USAFA sambut merdeka
Para kadet itu yang menghayati semangat Merdeka berkongsi pandangan mereka mengenai kepentingan hari bersejarah ini.
Biden ucap Selamat Hari Kebangsaan kepada rakyat Malaysia
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-67 kepada seluruh rakyat Malaysia.