HOUSE OF CHANEL dianggap sebagai nama yang ‘hampir mati’ selepas sepuluh tahun pemergian pengasasnya, Gabrielle ‘Coco’ Chanel pada 1971.
Namun rumah fesyen Perancis itu telah membuat keputusan yang mengubah nasibnya dengan melantik Karl Lagerfeld sebagai pengarah kreatif pada 1983, mengembalikan martabat nama Chanel di mata dunia.
Selama 36 tahun unggul Lagerfeld memimpin Chanel, mencetuskan idea-idea dan eksperimen baharu yang segar, memecah tradisi dan melangkaui zaman sehinggalah ikon tersebut menghembuskan nafas terakhirnya tanggal 19 Februari lalu pada usia 85 tahun.
Siapa yang mampu mengikut jejak pencipta revolusi kelahiran Jerman itu? Takkan ada, tetapi semangat dan ilmunya diturunkan kepada seorang wanita yang amat dipercayai mendiang Lagerfeld.
House of Chanel sekali lagi telah membuat keputusan penting yang menentukan masa depan syarikat itu dengan melantik pengarah Fashion Creation Studio Chanel, Virginie Viard sebagai pengarah kreatifnya yang baharu sejurus pemergian Lagerfeld.
Viard bukan wanita biasa-biasa. Dialah wanita yang setia sebagai orang kanan Lagerfeld selama lebih 30 tahun, dan dilantik “supaya legasi Gabrielle Chanel dan Karl Lagerfeld akan terus bernyawa.”
Siapa sebenarnya Virginie Viard ini?
Dia bermula sebagai 'intern' di Chanel
Menurut laporan The Telegraph, karier Viard di Chanel bermula sebagai pelatih untuk persulaman ‘haute-couture’ pada 1987, empat tahun selepas Lagerfeld menjadi pengarah kreatif bagi jenama ikonik Perancis itu. Pegawai kepada Putera Rainier dari Monaco yang mengesyorkan Chanel untuk mengambil Viard bekerja.
Dia bekerja dengan Lagerfeld untuk lebih 30 tahun
Selepas bekerja bersama di Chanel, Viard menyertai Lagerfeld di Chloé dan bekerja di sana selama lima tahun sebelum kembali ke Chanel sebagai koordinator haute-couture, maklumnya kepada majalah Perancis, Crash. Dia mula mengerjakan pakaian siap-pakai pada 2000.
Mereka bekerja dengan begitu rapat setiap hari
“Saya menjadikan koleksi ini nyata bersama pereka Métiers d’Art, berdasarkan lakaran Karl,” maklum Viard kepada The Telegraph pada 2017. “Saya menyelaras pasukan, merujuk kepada pembekal dan memilih fabrik. Kemudian, semestinya, saya membuat pemasangan dengan Karl. Sejurus mendapat lakaran daripadanya, proses bermula. Saya cuba untuk menyenangkannya, tetapi saya juga suka untuk memberinya kejutan.”
Viard menambah dia dan Lagerfeld bercakap ‘setiap masa’ dan mereka berjumpa setiap hari. Ada kalanya Lagerfeld menghantar lakarannya menerusi telefon. “Keterlibatannya adalah total,” dia menambah.
Dalam siri dokumentari Netflix berjudul 7 Days Out, Lagerfeld berkata, “Virginie adalah insan yang paling penting, bukan hanya untuk saya tetapi kepada pereka, kepada segalanya. Dia adalah ‘tangan kanan’ saya dan walaupun kami tidak bertemu, saya akan berhubung menerusi telefon dengannya.”
Mereka sangat akrab, adakalanya Lagerfeld akan menghantar teks kepada Viard sebagai kucingnya, Choupette.
Viard memberitahu kepada majalah W bahawa Lagerfeld akan menghantar mesej sebagai kucing kesayangannya Choupette, kadang kala mesej dengan gambar haiwan peliharaan itu.
Persahabatan Lagerfeld dan Viard sama sekali tidak boleh dipertikaikan. “Dia adalah rektor kanan saya Virginie Viard, tangan kanan dan tangan kiri saya,” kata Lagerfeld memberitahu majalah Elle untuk isu November 2018. “Perhubungan kami sangat penting, digandakan dengan persahabatan yang sangat tulen.”
Viard tampil untuk ‘final bow’ Lagerfeld dalam pertunjukan fesyen pada Januari
Bulan lepas, Lagerfeld tidak hadir pada pertunjukan fesyen Chanel di Paris kerana “keletihan”, menurut satu kenyataan daripada jenama Perancis itu. Viard menggantikannya, diiringi model Vittoria Ceretti.
Dia juga turut menyertai Lagerfeld untuk ‘final bow’ di pertunjukan Chanel Metiers d’Art 2018/2019 di New York pada Disember dan pertunjukan musim bunga/panas 2019 bertemakan pantai di Paris pada Oktober.
Viard ada latar belakang rekaan kostum
Viard dilahirkan dalam keluarga yang cintakan fesyen. Atuk dan neneknya adalah pembuat sutera, katanya kepada majalah Crash. “Saya juga tertarik kepada industri ini, tetapi apa yang saya mahukan adalah membuat kostum untuk teater. Saya bermula dalam produksi kostum sebagai pembantu kepada Dominique Borg, yang dikenali menghasilkan kostum untuk Camille Claudel; kemudian saya menjadi pereka kostum untuk filem dan lakonan pentas, sehingga saya bertemu Karl, yang mencadangkan supaya saya bekerja di Chanel kemudian di Chloé.
Walaupun punca rezekinya adalah dalam dunia fesyen, dia juga membuat beberapa sumbangan dalam dunia filem, bekerja dengan pelakon Perancis, Isabelle Adjani dan pengarah, Bruno Nuytten. Dia turut mencipta kostum untuk filem Three Colors: Blue (1993) yang dibintangi Juliette Binoche dan Three Colors: White (1994), kedua-duanya diarahkan oleh pengarah Poland, Krzysztof Kieslowski.
Israr Khalid
Thu Feb 21 2019
Viard adalah wanita yang bertanggungjawab merealisasikan setiap imaginasi Karl Lagerfeld. - Gambar fail
FBM KLCI dijangka meningkat
Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI di Bursa Malaysia Derivatives dijangka terus meningkat minggu depan, disokong oleh aktiviti memperelokkan akaun akhir tahun.
Cuaca 2024: Rekod cuaca ekstrem dan usaha peralihan hijau
Tahun 2024 mencatatkan bencana cuaca ekstrem global, kerugian trilion dolar, dan usaha peralihan hijau dengan China memimpin pembangunan tenaga boleh diperbaharui.
Kanak-kanak di zon konflik: Krisis global yang memburuk
Lebih 473 juta kanak-kanak hidup di kawasan konflik, menghadapi trauma, kekurangan zat makanan, dan kehilangan pendidikan. Gaza menjadi simbol mimpi ngeri kanak-kanak dunia.
Terima kasih atas segalanya, selamat maju jaya - Akhyar Rashid
Tonggak Terengganu, Akhyar, dalam satu ciapan X, berterima kasih kepada Pau Marti atas jasanya mengemudi Harimau Malaya.
Ringgit dijangka melemah di penghujung tahun
Ringgit dijangka mencatat penurunan minggu depan akibat kebimbangan geopolitik, isyarat pasaran tidak menentu, dan sentimen berhati-hati pelabur.
Kekejaman zionis: Korban penduduk Palestin hampir cecah 45,000 orang
Serangan berterusan Israel di Gaza menyaksikan angka korban meningkat kepada 45,484 dengan lebih 108,090 cedera, melibatkan serangan udara ke atas kem pelarian Maghazi.
Undang-undang pengecas EU berkuatkuasa hari ini
EU laksanakan undang-undang pengecas USB-C, memaksa peranti baharu, termasuk iPhone, menggunakan piawaian ini. Peraturan ini dijangka memberi kesan global.
Elon Musk sokong parti AFD di Jerman
Elon Musk menyatakan sokongannya terhadap parti Alternative for Germany (AfD) dalam sebuah rencana pendapat untuk akhbar tempatan Jerman, yang diterbitkan Sabtu lalu.
Dalam rencana itu, Musk mengulangi kenyataan di platform X minggu lalu, bahawa "hanya AfD dapat menyelamatkan Jerman."
Dalam rencana itu, Musk mengulangi kenyataan di platform X minggu lalu, bahawa "hanya AfD dapat menyelamatkan Jerman."
Kapten Burnley nafi ada pertalian darah dengan Malaysia
Josh Brownhill, menafikan bahawa dirinya ada pertalian darah dengan Malaysia untuk mewakili Harimau Malaya.
Israel tahan 240 warga Palestin selepas serbuan hospital
Israel menahan lebih 240 warga Palestin, termasuk puluhan petugas perubatan, selepas serbuan di Hospital Kamal Adwan, utara Gaza, pada Jumaat, menurut Kementerian Kesihatan dan tentera Israel.
Pengarah hospital, Hussam Abu Safiya, turut ditahan
Pengarah hospital, Hussam Abu Safiya, turut ditahan
Pembelian barangan berjenama mewah: Suri rumah didakwa tipu dua wanita lebih RM1.2 juta
Seorang suri rumah dituduh memperdaya dua wanita dalam urusan pembelian barangan berjenama mewah berjumlah RM1,267,810.
Pelakon Moon Knight wajah Bleu De Chanel meninggal dunia kemalangan ski
Ulliel dilaporkan melanggar seorang lagi individu ketika bermain ski di Montvalezan, barat Perancis.
Ini busana enam pelakon yang jadi bualan hangat di karpet merah Oscars 2020
ACARA Oscars yang ke-92 tahun ini menampilkan ramai selebriti-selebriti yang sungguh bergaya dan berani meragakan koleksi rekaan-rekaan haute couture oleh pereka fesyen pilihan mereka.
RM3.3 juta dibelanja dalam masa satu hari guna kad kredit Najib - Saksi
Saksi ke-47 pendakwaan itu berkata sejumlah RM456,360.51 telah dibelanjakan menggunakan kad kredit Visa Platinum dan RM2,864,309.54 menggunakan kad kredit Master Platinum.
Bagaimana Karl Lagerfeld boleh kekal relevan?
Pengulas dan pengkritik fesyen, Zaihani Mohd Zain bercerita mengenai pereka fesyen tersohor dunia, Karl Lagerfeld
Siapa Virginie Viard, pengganti Karl Lagerfeld di Chanel?
Viard bukan wanita biasa-biasa. Dialah wanita yang setia sebagai orang kanan Lagerfeld selama lebih 30 tahun, dan dilantik "supaya legasi Gabrielle Chanel dan Karl Lagerfeld akan terus bernyawa."
Karl Lagerfeld si genius - Faizal Hamid
Bagi Faizal Hamid, Pensyarah Seni Reka Fesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM), Karl Lagerfeld merupakan seorang yang sentiasa memandang ke hadapan dan menjadi seorang yang relevan pada masa kini
Ini 10 pertunjukan fesyen penuh stail, mewah hasil tangan Karl Lagerfeld
Untuk mengenang karya-karya kreatif, elegan dan classy pengarah kreatif Chanel ini, ini 10 pertunjukan fesyen yang terus hangat jadi bualan.
Fashionista berkabung mengenang Karl Lagerfeld
Garis masa di media sosial dihujani dengan ucapan takziah dan kata-kata penghargaan terhadap Lagerfeld yang menurut mereka merupakan sumber inspirasi.
Legenda fesyen dunia, 10 perkara anda perlu tahu mengenai Karl Lagerfeld
Astro AWANI akan kongsikan 10 perkara yang anda perlu tahu mengenai Karl Lagerfeld.