TAHUN 2013, tarikh 6 Mac; saya, Datuk Rizalman Ibrahim dan beberapa kawan terserempak dengan Karl Lagerfeld di gedung Collette di Paris.
The minute I realized who he was, I couldn’t breathe.
Berada di tempat yang sama, menghirup udara yang sama, it was just euphoric!
Semua mata yang berada dalam gedung Collette tertumpu kepadanya. Suasana sepi seketika. Katalah apa sekalipun, beliau adalah insan yang hebat.
Karl Lagerfeld menjadi pengarah kreatif Chanel selama 36 tahun dan 52 tahun untuk jenama Fendi.
Bukan senang untuk menjadi seorang pereka fesyen. Saya tahu sebab saya juga dilatih dan pernah menjadi seorang pereka fesyen.
Kemajuan teknologi mempengaruhi cara kita menilai kecantikan. Ini seterusnya mempengaruhi rekaan fesyen dan proses rekaan fesyen.
Cara pereka fesyen dilatih 20 tahun dulu berbeza dengan cara sekarang. Kalau dulu, kita memilih satu subject matter untuk dijadikan tema koleksi, sekarang emosi dijadikan sebagai subject matter.
Bagaimanakah elemen ini ditafsirkan untuk dijadikan sesuatu yang berbentuk dan praktikal?
Setiap pereka fesyen perlu melalui, mengadaptasikan diri dan minda mereka dengan perubahan-perubahan ini supaya untuk kekal relevan.
Dan untuk kekal relevan amatlah penting kerana ia akan menjamin jangka hayat sesuatu jenama dan pereka tersebut.
Kalau kita perhatikan dunia fesyen sekarang, pengarah kreatif jenama jenama besar ini akan bertukar setiap tiga tahun.
Ada juga yang tidak sampai tiga tahun seperti Raff Simons yang berkhidmat dengan Dior hanya untuk setahun saja.
Jelas untuk menghasilkan rekaan dan untuk sentiasa relevan amatlah mencabar.
Untuk sesebuah jenama mengekalkan pengarah kreatifnya selama 36 tahun membuktikan bakat yang ada pada Karl Lagerfeld luar biasa.
Jangan lupa Karl Lagerfeld sehingga akhir hayatnya adalah pengarah kreatif kepada dua jenama besar dunia, Chanel dan Fendi.
Mendiang juga mempunyai jenama fesyennya sendiri, Karl Lagerfeld.
Setiap jenama fesyen akan mengeluarkan enam koleksi setahun.
Pengeluaran koleksi ini bermula enam bulan lebih awal dan proses rekaan bermula lebih awal lagi.
Bayangkan tekanan yang dihadapi oleh pereka untuk menghasilkan enam koleksi setahun dan bagi Karl Lagerfeld didarabkan dengan tiga.
Bukan calang-calang orang untuk berjaya, kekal relevan dan bertahan hidup di alam yang sangat ‘demanding’.
Alexander McQueen memilih untuk menamatkan hayatnya pada usia 41 tahun kerana tekanan hidup. Kalau tersalah urus hidup, akan membinasakan diri sendiri.
Don’t drink, don’t smoke, don’t do drugs. All that helps Karl Lagerfeld.
Karl Lagerfeld membuktikan untuk menjadi terkenal, berjaya dan kaya; tidak semestinya mempunyai jenama sendiri.
If you’re good, you’re good. Anda akan dikenali, diakui dan dihargai juga.
Yang penting pereka mesti menyumbang seluruh jiwa raga mereka di dalam setiap koleksi.
Dan setiap koleksi yang dikeluarkan mestilah lebih baik daripada yang lepas.
Chanel di bawah pimpinan Karl Lagerfeld berjaya mengeluarkan koleksi-koleksi yang menarik dan cantik, collection after collection, year after year.
Keupayaan Karl Lagerfeld tiada tolok bandingnya. Karl Lagerfeld, tiada gantinya.
"You cannot fake chic but you can be chic and fake fur" - Karl Lagerfeld
* Zaihani Mohd Zain merupakan pengulas dan pengkritik fesyen.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Zaihani Mohd Zain
Fri Feb 22 2019
Karl Lagerfeld membuktikan untuk menjadi terkenal, berjaya dan kaya; tidak semestinya mempunyai jenama sendiri. - Gambar fail
#AWANIRingkas 29 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 29 Disember 2024
1️⃣ Penganalisis jangka kontrak niaga FBM KLCI meningkat
2️⃣ Optimis usaha galak kerjasama serantau dengan China
3️⃣ Wajibkan peranti dijual di EU hanya guna pengecas USB-C
#awaniringkas
1️⃣ Penganalisis jangka kontrak niaga FBM KLCI meningkat
2️⃣ Optimis usaha galak kerjasama serantau dengan China
3️⃣ Wajibkan peranti dijual di EU hanya guna pengecas USB-C
#awaniringkas
AWANI Pagi: Kepentingan undang-undang bencana
Ikuti diskusi bersama Penasihat Undang-Undang Bencana IFRC, Padmini Nayagam mengenai kesiapsiagaan undang-undang bencana, 20 tahun selepas Tsunami terburuk melanda dunia.
JPS ramal banjir melanda Kuantan, Pekan dan Rompin
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) meramalkan banjir membabitkan Kuantan, Pekan dan Rompin.
FBM KLCI dijangka meningkat
Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI di Bursa Malaysia Derivatives dijangka terus meningkat minggu depan, disokong oleh aktiviti memperelokkan akaun akhir tahun.
Cuaca 2024: Rekod cuaca ekstrem dan usaha peralihan hijau
Tahun 2024 mencatatkan bencana cuaca ekstrem global, kerugian trilion dolar, dan usaha peralihan hijau dengan China memimpin pembangunan tenaga boleh diperbaharui.
Kanak-kanak di zon konflik: Krisis global yang memburuk
Lebih 473 juta kanak-kanak hidup di kawasan konflik, menghadapi trauma, kekurangan zat makanan, dan kehilangan pendidikan. Gaza menjadi simbol mimpi ngeri kanak-kanak dunia.
Terima kasih atas segalanya, selamat maju jaya - Akhyar Rashid
Tonggak Terengganu, Akhyar, dalam satu ciapan X, berterima kasih kepada Pau Marti atas jasanya mengemudi Harimau Malaya.
Ringgit dijangka melemah di penghujung tahun
Ringgit dijangka mencatat penurunan minggu depan akibat kebimbangan geopolitik, isyarat pasaran tidak menentu, dan sentimen berhati-hati pelabur.
Kekejaman zionis: Korban penduduk Palestin hampir cecah 45,000 orang
Serangan berterusan Israel di Gaza menyaksikan angka korban meningkat kepada 45,484 dengan lebih 108,090 cedera, melibatkan serangan udara ke atas kem pelarian Maghazi.
Undang-undang pengecas EU berkuatkuasa hari ini
EU laksanakan undang-undang pengecas USB-C, memaksa peranti baharu, termasuk iPhone, menggunakan piawaian ini. Peraturan ini dijangka memberi kesan global.
Pembelian barangan berjenama mewah: Suri rumah didakwa tipu dua wanita lebih RM1.2 juta
Seorang suri rumah dituduh memperdaya dua wanita dalam urusan pembelian barangan berjenama mewah berjumlah RM1,267,810.
Pelakon Moon Knight wajah Bleu De Chanel meninggal dunia kemalangan ski
Ulliel dilaporkan melanggar seorang lagi individu ketika bermain ski di Montvalezan, barat Perancis.
Ini busana enam pelakon yang jadi bualan hangat di karpet merah Oscars 2020
ACARA Oscars yang ke-92 tahun ini menampilkan ramai selebriti-selebriti yang sungguh bergaya dan berani meragakan koleksi rekaan-rekaan haute couture oleh pereka fesyen pilihan mereka.
RM3.3 juta dibelanja dalam masa satu hari guna kad kredit Najib - Saksi
Saksi ke-47 pendakwaan itu berkata sejumlah RM456,360.51 telah dibelanjakan menggunakan kad kredit Visa Platinum dan RM2,864,309.54 menggunakan kad kredit Master Platinum.
Bagaimana Karl Lagerfeld boleh kekal relevan?
Pengulas dan pengkritik fesyen, Zaihani Mohd Zain bercerita mengenai pereka fesyen tersohor dunia, Karl Lagerfeld
Siapa Virginie Viard, pengganti Karl Lagerfeld di Chanel?
Viard bukan wanita biasa-biasa. Dialah wanita yang setia sebagai orang kanan Lagerfeld selama lebih 30 tahun, dan dilantik "supaya legasi Gabrielle Chanel dan Karl Lagerfeld akan terus bernyawa."
Karl Lagerfeld si genius - Faizal Hamid
Bagi Faizal Hamid, Pensyarah Seni Reka Fesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM), Karl Lagerfeld merupakan seorang yang sentiasa memandang ke hadapan dan menjadi seorang yang relevan pada masa kini
Ini 10 pertunjukan fesyen penuh stail, mewah hasil tangan Karl Lagerfeld
Untuk mengenang karya-karya kreatif, elegan dan classy pengarah kreatif Chanel ini, ini 10 pertunjukan fesyen yang terus hangat jadi bualan.
Fashionista berkabung mengenang Karl Lagerfeld
Garis masa di media sosial dihujani dengan ucapan takziah dan kata-kata penghargaan terhadap Lagerfeld yang menurut mereka merupakan sumber inspirasi.
Legenda fesyen dunia, 10 perkara anda perlu tahu mengenai Karl Lagerfeld
Astro AWANI akan kongsikan 10 perkara yang anda perlu tahu mengenai Karl Lagerfeld.