PEMINAT fesyen seluruh dunia pastinya menyanjungi idea kreatif pereka fesyen terkenal, Karl Lagerfeld.

Masakan tidak, setiap kali pertunjukan fesyen pasti ada sahaja idea menakjubkan yang dipersembahkan pereka fesyen kelahiran Jerman ini.

Pastinya, berita pemergian Lagerfeld pada usia 85 tahun merupakan satu kehilangan sangat besar buat industri fesyen dunia.

Untuk mengenang karya-karya kreatif, elegan dan classy pengarah kreatif Chanel itu, ini 10 pertunjukan fesyen yang terus hangat menjadi bualan;

1. Carousel dengan paparan aksesori ‘gergasi’

Sejak tahun 2008 lagi, Lagerfeld sudah mempersembahkan idea mengagumkan. Koleksi RTW musim luruh/sejuk pada tahun itu dipersembahkan dengan adanya replika carousel.

Apa yang lebih menakjubkan, carousel yang kebiasannya meletakkan kuda diubah kepada aksesori jenama itu yang bersaiz lebih besar daripada saiz asal.



Apa yang lebih menakjubkan, carousel yang kebiasannya meletakkan kuda diiubah kepada aksesori jenama itu yang bersaiz lebih besar daripada saiz asal.

Koleksi RTW musim luruh/sejuk pada tahun itu dipersembahkan dengan adanya replika carousel.

2. Perenang berirama hangatkan koleksi Chanel Resort 2009

Lagerfeld hangatkan lagi pertunjukan fesyen bagi koleksi Chanel Resort 2009 yang sinonim dengan musim percutian di tepi kolam renang di sebuah hotel terkemuka di Miami.

Bukan itu sahaja, Lagerfeld turut mengundang kumpulan perenang berirama Amerika Syarikat untuk sebagai persembahan penutup pertunjukan itu.


Bukan itu sahaja, Lagerfeld turut mengundang kumpulan perenang berirama Amerika Syarikat untuk sebagai persembahan penutup pertunjukan itu.

3. Ais bukan sebarang ais, ini bongkah ais

Jangan tak percaya, bagi menghidupkan imaginasi Lagerfeld, bongkah ais sebenar diletakkan di tengah-tengah dewan pertunjukan fesyen bagi musim itu pada 2010.

Bongkah seberat 265 tan itu diimport secara terus dari Sweden.


 Bongkah seberat 265 tan itu diimport secara terus dari Sweden.


4. Pasca kemusnahan hiasi pertunjukan koleksi musim luruh 2013

Kemusnahan tidak bermakna tidak berseni. Itu yang cuba dibuktikan Lagerfeld yang menggunakan tema pasca kemusnahan (Post-Apocalypse Now) pada pertunjukan koleksi musim itu.


Itu yang cuba dibuktikan Lagerfeld yang menggunakan tema pasca kemusnahan (Post-Apocalypse Now) pada pertunjukan koleksi musim itu.


5. Beli barang dapur dengan stail!

Membeli barang dapur dilihat sebagai kerja-kerja harian yang biasa? Tidak bagi Lagerfeld. Ini kerana bagi koleksi RTW musim luruh/ sejuk tahun 2014, Lagerfeld mengangkat tema membeli-belah barangan dapur.

Dewan tersebut diubah persis pasar raya untuk barangan dapur dan model pada pertunjukan itu juga ada yang membawa bakul jenama dan troli yang direka khas oleh jenama itu.



Membeli barang dapur dilihat sebagai kerja-kerja harian yang biasa? Tidak bagi Lagerfeld. Ini kerana bagi koleksi RTW musim luruh/ sejuk tahun 2014, Lagerfeld mengangkat tema membeli-belah barangan dapur.

Membeli barang dapur dilihat sebagai kerja-kerja harian yang biasa? Tidak bagi Lagerfeld. Ini kerana bagi koleksi RTW musim luruh/ sejuk tahun 2014, Lagerfeld mengangkat tema membeli-belah barangan dapur.


6. Ini pusat kasino Chanel

Selamat datang ke pusat kasino Chanel. Itu tema bagi koleksi musim luruh bagi tahun 2015.

Apa yang menariknya pertunjukan musim ini, ia bukan sahaja membawa set kasino yang sebenar, malah pertunjukan itu juga diserikan lagi dengan peragaan oleh selebriti popular seperti Kristen Stewart, Julianne Moore, Lily Rose Depp, Vanessa Paradis dan ramai lagi.



Selamat datang ke pusat kasino Chanel. Itu tema bagi koleksi musim luruh bagi tahun 2015.

Selamat datang ke pusat kasino Chanel. Itu tema bagi koleksi musim luruh bagi tahun 2015.

7. Terbang tinggi dengan fesyen mewah

Bak selebriti yang berjalan keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa dirakam paparazi. Itu tema bagi kolekasi musim bunga/panas bagi tahun 2016.

Apa yang cuba diketengahkan juga adalah sentiasa berpakaian ‘high class’ walaupun ketika dalam penerbangan.


 Apa yang cuba diketengahkan juga adalah sentiasa berpakaian ‘high class’ walaupun ketika dalam penerbangan.


8. Kota fesyen dalam dewan pameran!

Apabila tetamu memasuki dewan.. Mereka seakan-akan berada di tengah-tengah kota fesyen. Di mana lagi kalau bukan Paris.

Lagerfeld sekali lagi mencipta semula dan menghias dewan persis di sekitar Eiffel Tower bagi musim luruh bagi tahun 2017.


Lagerfeld sekali lagi mencipta semula dan menghias dewan persis di sekitar Eiffel Tower bagi musim luruh bagi tahun 2017.


9. Deruan ombak di tengah kota

Ada pantai di tengah kota? Hanya Lagerfeld yang mampu realisasikan keadaan itu.

Bagi pertunjukan musim bunga 2019, pantai diangkat sebagai tema. Dengan pasir sebenar, air yang menyerupai air laut dan deruan ombak.. Ia bak berada di pantai sambil menyaksikan pertunjukan itu.


Bagi pertunjukan musim bunga 2019,  pantai diangkat sebagai tema. Dengan pasir sebenar, air yang menyerupai air laut dan deruan ombak.. Ia bak berada di pantai sambil menyaksikan pertunjukan itu.

10. Taman Mediterranean

Ini merupakan pertunjukan terakhir oleh Karl sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

Tema taman Mediterranean di dewan pameran Grand Palais sememangnya satu persembahan yang gah.

Apa yang mencuri tumpuan adalah tiada kelibat Lagerfeld pada tunduk hormat terakhir yang sudah jadi tradisi setiap kali sesuatu pertunjukan fesyen berakhir.


BACA: Legenda fesyen dunia, 10 perkara anda perlu tahu mengenai Karl Lagerfeld

BACA: Kucing Siam Karl Lagerfeld bakal jadi kucing paling mewah di dunia?