Tapi boleh ke guna lagi gula yang telah dihurung semut?
Menurut buku 501 Persoalan Fikah Wanita oleh Zawiah Hassan, gula yang dimasuki semut masih suci. Cuma, kita perlulah membuang semut-semut itu terlebih dahulu.
Dari sudut kesihatan pula, ia bergantung kepada kuantiti dan jenis semut yang menghurung gula tersebut.
Kebanyakan jenis semut tidak memudaratkan kerana ia adalah haiwan yang tidak berdarah. Malah sesetengah budaya mengamalkan tabiat memakan semut sebagai snek.
Maka, sekiranya semut tidak terlalu banyak, bolehlah diusahakan untuk memisahkannya agar gula tersebut masih boleh digunakan. Mari cuba tips dan petua halau semut dalam bekas gula yang mudah dan berkesan ini.
Cara-caranya:
1. Letak beberapa batang kulit kayu manis. (Semut tak suka bau kulit kayu manis ini).
2. Selepas 1 jam semut semut tadi hilang dari radar. Selamat mencuba!
- Keluarga