WASHINGTON: Kajian terbaharu yang diterbitkan sebuah jurnal di Amerika Syarikat mendapati bilangan semut yang wujud di muka bumi dianggarkan berjumlah 20 kuadrilion, satu angka yang mengejutkan.
Memetik laporan AFP, jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences (PNAS) berpandangan pengiraan populasi semut itu adalah penting terutamanya untuk mengukur kesan perubahan habitat serangga itu termasuk yang berpunca dari perubahan iklim.
Kehadiran populasi semut juga memainkan peranan penting, menyebarkan benih, menjadi perumah organisma dan berperanan sama ada sebagai pemangsa atau mangsa.
Sebelum ini, beberapa kajian pernah dijalankan menganggarkan populasi semut di seluruh dunia tetapi menghasilkan jumlah lebih kecil.
Menurut jurnal PNAS itu lagi, penyelidik melakukan sebanyak 465 kajian mengira bilangan semut di seluruh dunia.
Kajian dijalankan menggunakan dua teknik iaitu dengan memasang perangkap menangkap semut yang lalu lalang dalam tempoh masa tertentu atau mengira bilangan semut pada tompokan daun tertentu di atas tanah.
Sementara itu, kajian dijalankan di seluruh benua kecuali Afrika Tengah dan Asia, menghasilkan data populasi semut dalam skala lebih kecil.
Pada masa ini, lebih daripada 15,700 spesies dan subspesies semut telah dinamakan dan bermungkinan bilangan yang sama juga yang masih belum dikategorikan.
Dalam pada itu, penyelidik merancang untuk mengkaji faktor persekitaran yang mempengaruhi jumlah populasi makhluk kecil itu di masa akan datang.
Agensi
Tue Sep 20 2022
![Populasi semut dianggar 20 kuadrilion ekor di seluruh dunia - Kajian Populasi semut dianggar 20 kuadrilion ekor di seluruh dunia - Kajian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51663650451_Carpenterant.jpg)
Lebih daripada 15,700 spesies dan subspesies semut yang telah dinamakan dan bermungkinan bilangan yang sama juga yang masih belum dikategorikan. - Gambar/UNSPLASH
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Semut dalam bekas gula? Ikuti petua mudah halau semut Semut dalam bekas gula? Ikuti petua mudah halau semut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673744508_TBSEMUT.jpg)
Semut dalam bekas gula? Ikuti petua mudah halau semut
Mari cuba tips dan petua halau semut dalam bekas gula yang mudah dan berkesan ini.
![Populasi semut dianggar 20 kuadrilion ekor di seluruh dunia - Kajian Populasi semut dianggar 20 kuadrilion ekor di seluruh dunia - Kajian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51663650451_Carpenterant.jpg)
Populasi semut dianggar 20 kuadrilion ekor di seluruh dunia - Kajian
Kajian baharu yang diterbitkan sebuah jurnal menunjukkan bilangan semut yang ada di muka bumi dianggarkan berjumlah 20 kuadrilion atau 20 juta bilion, sebuah angka yang mengejutkan penduduk dunia.
![Sultan Johor perkenan nama spesies semut baharu 'Echinopla Tunku-Abduljalilii' Sultan Johor perkenan nama spesies semut baharu 'Echinopla Tunku-Abduljalilii'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/41526805101_semutjohor.jpg)
Sultan Johor perkenan nama spesies semut baharu 'Echinopla Tunku-Abduljalilii'
Spesies baharu itu dikutip daripada tumbuhan renik di tepi Sungai Bantang, Hutan Lipur Sungai Bantang dekat Labis.
![Saintis temui spesies 'semut kamikaze, bunuh diri' di Borneo Saintis temui spesies 'semut kamikaze, bunuh diri' di Borneo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/51524306638_Semut.jpg)
Saintis temui spesies 'semut kamikaze, bunuh diri' di Borneo
Salah satu keistimewaan semut ini ialah apabila diancam, ia akan meletupkan badannya sendiri.