Puteri Anne dari Britain memuji usaha kepemimpinan negeri ini yang begitu komited dalam melindungi alam sekitar.
Sarawak telah menggariskan contoh yang amat baik, titah baginda dalam ucapan pada majlis makan malam bersempena meraikan perwakilan Emerging Leaders Dialogue Asia 2016 yang diadakan di sini bermula semalam (Ahad) hingga hari ini.
Baginda bertitah dialog itu yang dihadiri 83 perwakilan daripada 20 negara akan membantu menyebarkan amalan baik yang dilaksanakan oleh Sarawak.
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dan isterinya Puan Sri Jamilah Anu, Pesuruhjaya Tinggi Britain di Malaysia Victoria Trendell dan Presiden Persatuan Persidangan Kumpulan Pengajian Komanwel Malaysia (COSCAM) Adrain Jerome antara yang hadir pada majlis itu.
Puteri Anne turut berterima kasih kepada kerajaan negeri yang memberikan pengiktirafan dan sokongan kepada dialog itu yang menurut baginda akan memberi manfaat kepada pemimpin berpotensi dari negara anggota Komanwel dan negara lain.
Baginda bertitah dialog itu berobjektif untuk mendidik dan menghubungkan mereka di peringkat global serta menggalakkan kepimpinan bagi pembangunan mampan.
Terdahulu dalam ucapannya, Adenan berkata kepimpinan beliau akan terus menjadikan usaha melindungi alam sekitar negeri sebagai antara keutamaan.
"Kami mahu memastikan keindahan alam semulajadi Sarawak terus terpelihara. Kami akan meneruskan usaha membanteras pembalakan haram.
"Tiada lagi ladang-ladang baharu. Kami akan mewujudkan lebih banyak taman negara untuk menyelamatkan Orang Utan," katanya.
Adenan turut mengingatkan para perwakilan untuk memasukkan aspek perlindungan alam sekitar dalam dialog mereka.
"Jika anda tidak melindungi alam sekitar, alam sekitar tidak akan melindungi anda. Sebenarnya ia akan mendatangkan masalah. Jadi, marilah kita bersatu dalam melakukan ini," katanya.
Adenan berkata Sarawak mengagumi pendirian tegas Britain dalam melindungi alam sekitarnya menerusi undang-undang dan peraturan, dan penguatkuasaan. -- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 31 2016
Puteri Anne menerima cenderahati berupa 'Pua Kumbu' daripada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem pada majlis makan malam meraikan ketibaan baginda yang dihoskan oleh Ketua Menteri pada Ahad, 30 Oktober, 2016. -- Foto Bernama
Kremlin nafi laporan media, isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Pada Ahad, beberapa laporan media mengatakan bahawa Asma al-Assad, yang dilahirkan di United Kingdom, mahu memfailkan permohonan cerai di Rusia.
Tentera Israel letak kotak sarat bahan letupan berhampiran hospital utara Gaza
Rakaman menunjukkan kenderaan tentera Israel meletakkan kotak kayu yang mengandungi simbol berbahaya di luar satu daripada pintu pagar hospital.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Konsul Kehormat Malaysia terima exequatur
Menteri Luar Maldives Abdulla Khaleel memberi kebenaran kepada Ragheb Ahmed Khalaf sebagai Konsul Kehormat Malaysia di negara itu.
Bagaimana Donald Trump dapat bentuk semula dasar dan politik AS pada 2025
Ekonomi merupakan isu utama yang dihadapi rakyat AS semasa kempen presiden Trump, khususnya inflasi dan harga tinggi barangan runcit.
2024, tahun transformatif untuk sektor automotif di Asia Tenggara - Carsome
Perkembangan itu menyerlahkan peranan rantau ini yang semakin meningkat dalam landskap automotif global.
Sabah FC sahkan slot ke separuh akhir bertemu Sri Pahang FC
Pada perlawanan kedua suku akhir malam tadi, Sabah FC hanya mampu seri 0-0 menentang pasukan jiran Borneo itu di Stadium Likas.
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai 1 Jan 2025
Menjelang sidang kemuncak di Kazan, pihaknya menerima 35 permohonan untuk menyertai BRICS dengan pelbagai syarat.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Ini membolehkan agenda nasional seperti Pelan Hala Tuju Transformasi Air dilaksanakan dengan lebih mudah dan bersepadu.
7 maut, 5 cedera selepas bas mini terbalik di Afrika Selatan
Nahas berlaku pada awal pagi Isnin ketika bas mini itu dalam perjalanan dari Wilayah Gauteng ke Wilayah KwaZulu-Natal.
60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa
Katanya, warisan kepimpinan harus diperkasakan agar negeri ini maju, aman dan makmur, serta dikenali masyarakat.
Biasiswa Kursi Tok Nan RM2.4 juta untuk kajian etnik minoriti Sarawak
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperuntukkan biasiswa Kursi Tok Nan berjumlah RM2.4 juta untuk menjalankan kajian mengenai etnik-etnik minoriti di negeri itu.
Mengenang Tok Nan: "Tuhan nyuruh aku bantu rakyat!"
Tan Sri Adenan Satem pernah diingatkan kerja kuat boleh mendatangkan risiko kesihatan terhadapnya, namun beliau tidak peduli, beliau masih gigih memilih untuk berbakti kepada negeri Sarawak.
Tok Nan terus dirindui ...
Hari ini, genap empat tahun pemergian pemimpin kesayangan Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra dengan panggilan Tok Nan.
Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.
Jangan ubah hanya kerana mahukan perubahan - Masing
Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu rakyat negeri itu untuk terus beri mandat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk pastikan usaha memacu pembangunan dan ekonomi tidak terhenti.
Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Kebangsaan
Betulkah Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963? Tanggal 22 Julai diisytiharkan sebagai Hari Sarawak dan cuti umum mulai 2016 di sebalik sentimen nasionalisme negeri yang menggelegak ketika itu.
GPS mampu pastikan hak Sarawak kembali terjamin
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memastikan agenda mendapatkan hak negeri itu, seperti mana termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963
Rindu akan Tok Nan masih tebal biar dua tahun berpergian abadi
Amat jarang dalam sejarah Sarawak, pemergian seorang pemimpin diratapi dan diruntuni. Namun tidak bagi Pehin Sri Adenan Satem, atau Tok Nan, negarawan 72 tahun yang menghembuskan nafas terahirnya.
Kelantangan Tok Nan dirindui
11 Januari 2019 genap 2 tahun pejuang Bumi Kenyalang, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra digelar Tok Nan bertemu Sang Pencipta.