KUALA LUMPUR: Osteoartritis (OA), penyakit berkaitan degeneratif atau kemerosotan sendi yang dialami berjuta orang di seluruh dunia menyebabkan kesakitan, kekakuan dan membataskan pergerakan malah hingga hilang upaya disebabkan kerosakan dan kehilangan rawan dalam sendi.
Keadaan itu memberi kesan yang ketara kepada pergerakan dan kualiti hidup seseorang.
Pakar Perunding Osteoartritis, Trauma, Artroplasti dan Pembedahan Robotik Sunway Medical Centre Velocity (SMCV) Dr Yuen Jin Chuan berkata berdasarkan analisis daripada Kajian Osteoartritis Beijing, orang Asia termasuk Malaysia lebih terdedah kepada OA lutut berikutan faktor gaya hidup seperti kerap mencangkung, yang memberi lebih tekanan pada sendi lutut.
Selain itu, beliau berkata tabiat pemakanan, obesiti dan aktiviti berkaitan kerja yang melibatkan pergerakan berulang-ulang mungkin turut mempengaruhi kekerapan berlaku OA lutut dalam kalangan orang Asia.
Dr Yuen berkata OA lutut adalah OA paling lazim di Malaysia yang menjejaskan 10 hingga 20 peratus individu dewasa terutamanya orang tua.
"Penuaan, mempunyai sejarah kecederaan sendi dan keadaan kesihatan tertentu meningkatkan risiko berlakunya OA sendi," katanya dalam kenyataan kepada Bernama.
Beliau berkata penglibatan dalam sukan berimpak tinggi seperti larian, bola keranjang dan tenis juga boleh meningkatkan risiko OA lutut dalam kalangan golongan muda kerana aktiviti itu boleh menyebabkan sendi mengalami beban berlebihan dan ketegangan berulang yang lama-kelamaan menjadi punca kerosakan pada rawan dan sendi.
Selain itu, menurutnya individu yang telah lebih awal mengalami masalah sendi seperti artritis reumatoid, gout atau penyakit metabolik seperti diabetes juga mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami OA lutut.
Dr Yuen berkata jantina dan genetik turut menyumbang kepada kemungkinan berlaku penyakit tersebut.
"Sejarah keluarga yang mengalami kelainan pada sendi atau hipermobiliti (sendi berganda) juga boleh meningkatkan kerentanan seseorang kepada osteoartritis lutut," katanya.
Dalam pada itu, golongan wanita lebih berisiko terhadap OA lutut berbanding lelaki berikutan faktor hormon dan perbezaan dalam biomekanik sendi. Simptom yang perlu diberi perhatian termasuk kekakuan pada lutut, sakit ketika berdiri atau berjalan dalam jarak dekat dan bengkak pada sendi lutut.
Untuk mengurangkan risiko OA lutut, Dr Yuen menyarankan agar seseorang itu mengekalkan berat badan yang sihat bagi mengurangkan ketegangan pada sendi dan memasukan makanan mesra sendi seperti ikan, sayur-sayuran hijau, kekacang dan buah beri dalam diet pemakanan.
"Selain pengurusan berat badan dan diet seimbang, mengambil makanan tambahan seperti asid lemak Omega-3 dan glukosamina juga boleh membantu mengurangkan risiko osteoartritis lutut," katanya.
Dr Yuen turut menekankan tentang pentingnya untuk kerap bersenam bagi mengelakkan serangan OA lutut.
"Terdapat salah tanggapan umum bahawa bergerak akan memburukkan lagi masalah osteoartritis dan kurang bergerak adalah lebih baik.
"Hakikatnya, melakukan aktiviti berimpak rendah seperti berenang, berbasikal dan yoga boleh membantu mengekalkan fleksibiliti dan stabiliti sendi di samping menguatkan otot tanpa meletakkan terlalu banyak tekanan," katanya.
Dr Yuen turut menekankan kepentingan perubahan kecil gaya hidup seperti mengamalkan postur yang baik, berhati-hati mengangkat objek berat dan memastikan rehat yang cukup.
Bagi pilihan rawatan, Dr Yuen berkata terdapat pelbagai rawatan untuk OA lutut, daripada pembedahan kepada rawatan khusus seperti perubatan seperti kondroitin, steroid dan suntikan asid hyaluronic kepada ablasi frekuensi radio iaitu prosedur invasif minimum menyasarkan saraf pada sekitar sendi.
"Untuk menguruskan OA secara efektif dalam jangka masa panjang, pembedahan penukaran sendi lutut (TKR) menyeluruh ialah penyelesaian yang ada, sekiranya rawatan khusus tidak lagi berkesan. Ini dapat memberikan kelegaan jangka panjang kepada pesakit yang menderita OA lutut serius serta memperbaiki fungsi sendi," katanya.
Beliau turut menambah satu lagi pilihan pembedahan bagi pesakit OA lutut iaitu pembedahan dengan bantuan robot MAKO yang menggunakan mesin MAKO Robotic, yang menurutnya teknologi itu menyediakan pembedahan secara tepat dan diperincikan khas berdasarkan pelan spesifik pesakit direka oleh sistem pengimejan 3D.
Menurut Dr Yuen pembedahan robotik MAKO menawarkan kelebihan signifikan berbanding pembedahan TKR total.
TKR konvensional boleh mengubah penjajaran (alignment) lutut normal yang berpotensi mengurangkan fungsi sendi, namun teknologi MAKO menghasilkan kinematik semula jadi lutut secara tepat, membetulkan kembali penjajaran dan meningkatkan prestasi sendi.
Beliau berkata teknologi MAKO menyediakan pembedahan yang lebih invasif, justeru mengurangkan tahap kesakitan dan tempoh pulih pesakit, selain menjamin kedudukan komponen yang tepat sekali gus merendahkan risiko kegagalan implan, komplikasi dan pembedahan pada masa depan.
Dr Yuen turut menyentuh salah faham mengenai teknologi MAKO seperti tanggapan bahawa prosedur itu dilakukan sepenuhnya oleh robot.
Beliau menjelaskan bahawa doktor yang mengawal teknologi tersebut bagi memastikan pembedahan yang tepat dan bersifat peribadi dengan tahap risiko rendah.
Susulan kekerapan berlakunya OA lutut dalam kalangan orang dewasa Malaysia, pembedahan dengan bantuan robot MAKO membawa era baharu dalam penjagaan ortopedik, menawarkan pilihan pembedahan secara peribadi, prosedur invasif minimum, menambah baik hasil pembedahan dan pemulihan yang lebih cepat.
Menerusi teknologi MAKO, SMCV memperkasa pesakit untuk mendapatkan semula mobiliti dan meningkatkan kualiti hidup mereka dan inovasi ini menjanjikan masa depan cerah untuk rawatan OA lutut dengan prosedur menyeluruh dan penambahbaikan penjagaan pesakit.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 16 2024

Dr Yuen turut menekankan tentang pentingnya untuk kerap bersenam bagi mengelakkan serangan OA lutut. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pembedahan lutut: Fahami bagaimana osteoartritis lutut boleh diurus dan dirawat
Osteoartritis, iaitu penyakit berkaitan degeneratif, memberi kesan yang ketara kepada pergerakan dan kualiti hidup seseorang.

Pembedahan penggantian sendi lutut, pinggul secara robotik kini tersedia di HKL
Robot ROSA yang dipinjamkan selama setahun kepada HKL membolehkan sebanyak 21 pembedahan penggantian sendi dilakukan setakat ini.