KUALA LUMPUR: Hospital Kuala Lumpur (HKL) kini menjadi hospital pertama kerajaan menyediakan perkhidmatan pembedahan penggantian sendi lutut dan pinggul secara robotik kepada pesakit osteoartritis.
Ketua Unit Penggantian Sendi HKL Dr G. Kunalan berkata, perkhidmatan itu disediakan sejak Julai lepas selepas menerima satu unit Robotic Surgical Assistant (ROSA) daripada sebuah syarikat swasta di Amerika Syarikat.
Beliau berkata, robot ROSA yang dipinjamkan selama setahun kepada HKL membolehkan sebanyak 21 pembedahan penggantian sendi dilakukan setakat ini, termasuk empat kes kompleks yang memerlukan kepakaran sistem komputer navigasi.
"Dengan penggunaan robot ini, ketepatan menempatkan implan di bahagian yang dikehendaki boleh mencapai sehingga 98 peratus berbanding hanya kira-kira 94 peratus jika menggunakan kaedah konvensional.
"Ini sekali gus mengurangkan kesakitan dialami pesakit selepas pembedahan dan berupaya untuk pulih dengan lebih cepat, selain menjadikan implan dibuat bertahan untuk tempoh yang lama," katanya selepas bengkel pembedahan robotik sendi pertama di hospital itu hari ini.
Dr Kunalan berkata, penggunaan robot itu juga membantu pakar bedah merancang pembedahan menggunakan data prapembedahan pesakit daripada imbasan tomografi berkomputer dan sinar-x agar pembedahan dapat dilakukan dengan lebih selamat.
"Oleh kerana ia (robot) hanya dipinjamkan kepada HKL dan kos (pembelian) setiap robot adalah antara RM3 juta hingga RM6.5 juta, kita berharap Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempertimbangkan mendapatkan robot ini untuk kegunaan pakar di empat hospital yang menyediakan perkhidmatan subpengkhususan ini.
"Keempat-empat hospital itu ialah HKL, Hospital Umum Sarawak, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu (Kelantan) dan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar (Kedah)," katanya.
Sementara itu, Ketua Sub Kepakaran Artroplasti KKM Dr Mohd Yusof Ibrahim berkata evolusi pembedahan penggantian sendi secara robotik terbukti mengurangkan kebarangkalian pembedahan ulangan dan penggunaan tenaga manusia.
"Kaedah pembedahan konvensional biasanya menyebabkan kebarangkalian pembedahan ulangan yang tinggi kerana ketidaktepatan menempatkan implan di tempat yang sepatutnya.
"Selain itu, kaedah konvensional memerlukan sekurang-kurangnya empat pakar terlibat dalam pembedahan berbanding hanya dua atau tiga orang jika menggunakan bantuan robot," katanya.
Dr Mohd Yusof berkata di Malaysia dianggarkan 10 peratus daripada keseluruhan populasi dewasa memerlukan pembedahan artroplasti kerana kerosakan pada sendi lutut atau pinggul.
"...tetapi pada masa ini, saya rasa masyarakat kita masih kurang kesedaran mengenai pembedahan ini kerana hanya satu hingga dua peratus sahaja yang sanggup membuat pembedahan berbanding di Singapura dan Thailand.
"Singapura contohnya menjalankan lebih daripada 100 pembedahan ini dalam tempoh seminggu sedangkan negara kita contohnya di HRPZ II, hanya ada 10 atau 12 pembedahan seminggu. Jadi sokongan kerajaan terhadap penggunaan robotik diperlukan kerana akan menjadi kekuatan dalam KKM," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 30 2022

Robot ROSA yang dipinjamkan selama setahun kepada HKL membolehkan sebanyak 21 pembedahan penggantian sendi dilakukan setakat ini, termasuk empat kes kompleks yang memerlukan kepakaran sistem komputer navigasi. - Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

COVID-19: Dubai larang pembedahan tidak penting, aktiviti hiburan
Penangguhan sementara yang berkuat kuasa mulai 12 tengah malam Khamis adalah bagi memberi keutamaan kepada rawatan pesakit COVID-19.

Penyakit Imunodefisiensi Primer kini bukan dalam kategori jarang berlaku di Malaysia
Pesakit tidak didiagnos sebaik mungkin, menyebabkan ia lambat dikesan malah dalam banyak situasi, pesakit sudah alami kerosakan organ.

Kalau dulu Beckham, jejaka ini kini mahu jadi persis Victoria pula
Jika dahulu dia menghabiskan duitnya untuk kelihatan seperti pemain bola sepak dunia, David Beckham kini dia mendedahkan ingin kelihatan seperti Victoria, isteri kepada David.

Pakar bedah anak M'sia ketuai pasukan Australia beri wajah baharu budak lelaki Filipina
Pakar bedah Malaysia mengetuai pasukan empat pakar bedah untuk membuang ketumbuhan yang mencacatkan wajah seoang budak lelaki Filipina berumur tujuh tahun.