KUALA LUMPUR: Menopaus atau putus haid yang merupakan proses biologi semula jadi menandakan berakhirnya tempoh reproduksi seorang wanita, sering menimbulkan salah faham dan stigma sosial sehingga tidak ramai mahu berbincang mengenainya secara terbuka.
Perunding Obstetrik dan Ginekologi dari Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway Dr Syeda Nureena Zaidi berkata menopaus yang biasanya terjadi 12 bulan selepas haid terakhir, boleh menjadi fasa sukar kepada wanita yang memerlukan sokongan dan pemahaman supaya peralihan fasa itu berjalan lancar.
Beliau berkata peralihan fasa itu bermula dengan perubahan hormon apabila badan tidak lagi menghasilkan estrogen ketika mencapai usia 50-an, selain gejala seperti rasa panas secara tiba-tiba, keletihan, kekeringan faraj dan insomnia menjadi semakin ketara.
Menurutnya gejala yang dialami itu boleh ditangani jika wanita memahami dan mempersiapkan diri termasuk melengkapkan diri dengan pengetahuan berkaitan menopaus, selain berbincang mengenainya dengan kumpulan sokongan.
"Apabila seseorang wanita melalui fasa menopaus, mereka akan mengalami pelbagai impak kesihatan lebih daripada sekadar putus haid. Menopaus juga dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit kardiovaskular, osteoporosis, diabetes tahap dua dan penyakit demensia.
"Estrogen membantu melindungi penuaan kulit dengan meningkatkan kandungan kolagen dan menjaga kelembapan kulit serta berpotensi mempercepatkan penyembuhan luka. Risiko penyakit jantung pada wanita menopaus juga semakin meningkat kerana kekurangan estrogen yang turut berfungsi melindungi jantung," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Dr Syeda berkata satu lagi kekhuatiran ialah kepada wanita yang mengalami Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) apabila menopaus mewujudkan keadaan unik kerana PCOS telah mengubah keseimbangan hormon sejak usia lebih muda, dan mereka memerlukan pemantauan lebih rapi serta penjagaan khusus untuk mengawal tahap hormon dan menguruskan haid yang tidak teratur.
Bagi wanita yang berdepan gejala menopaus teruk, Dr Syeda berkata Terapi Penggantian Hormon (HRT) menjadi pilihan tepat kerana HRT yang melibatkan rawatan terapi estrogen tambah progestin (OPT) dan terapi estrogen sahaja (OT) dapat membantu badan menambah semula kekurangan hormon selain menangani gejala ketara seperti demam panas serta perubahan mood.
Selain itu, terapi penggantian estrogen pada wanita yang sudah menopaus juga dapat mengurangkan risiko penyakit jantung koronari, meningkatkan aliran darah dan mengurangkan aterosklerosis yang dilihat bukan sahaja berkesan mengurangkan rasa tidak selesa serta gejala semasa menopaus tetapi juga membantu meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan semasa mengharungi fasa itu.
"Kunci rawatan HRT adalah bermula lebih awal (dalam tempoh sepuluh tahun menopaus) kerana kesan jangka panjang HRT akan bertahan lebih lama untuk wanita dan akan lebih bermanfaat," katanya.
Dr Syeda bagaimanapun menekankan kepentingan untuk keputusan menjalani rawatan HRT dibuat dengan maklumat tepat selain menegaskan pilihan pesakit adalah mustahak seperti pertimbangan sejarah keluarga dan kesihatan secara keseluruhan, selain memerlukan komunikasi terbuka dengan penyedia penjagaan kesihatan bagi mengurangkan potensi risiko dan membolehkan wanita membuat pilihan paling sesuai.
Beliau juga menyeru supaya wanita berbincang mengenai pengalaman menopaus dengan rangkaian sokongan bagi mengelakkan tekanan mental dan kemurungan khususnya kepada mereka tidak mempunyai saluran sewajarnya untuk berkongsi gejala dialami.
"Bincangkan gejala anda dengan rangkaian sokongan anda (termasuk) pakar sakit puan apabila mengalami menopaus dan bukannya hanya (berbincang) mengenai pap smear. Kami dapat membantu memantau gejala menopaus tidak teratur, meredakan kebimbangan dihadapi dan memberikan penyelesaian terbaik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 13 2024
Wanita disyorkan supaya berbincang mengenai pengalaman menopaus dengan rangkaian sokongan bagi mengelakkan tekanan mental dan kemurungan. - Gambar hiasan
Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan - Netanyahu
Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Polis rampas rokok putih bernilai RM473,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada kira-kira 1.30 pagi ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.
Membetulkan stigma terhadap menopaus
Menopaus boleh menjadi fasa sukar kepada wanita yang memerlukan sokongan dan pemahaman supaya peralihan fasa itu berjalan lancar.
Golongan wanita menghampiri fasa menopaus wajar buat saringan, elak risiko serangan jantung
Wajar untuk wanita mengetahui jika mereka mempunyai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan peningkatan kolestrol.
Malaysia lancar Garis Panduan Amalan Klinikal Pengurusan Menopaus - Khairy
Malaysia kini merupakan antara perintis dalam pengurusan garis panduan menopaus di Asia Tenggara dengan pelancaran Garis Panduan Amalan Klinikal (CPG) Pengurusan Menopaus di Malaysia hari ini.
Malaysia perintis aplikasi garis panduan klinikal menopaus di Asia Tenggara
Malaysia menjadi perintis sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang memperkenalkan aplikasi garis panduan amalan klinikal berhubung pengurusan menopaus.
Wanita perlu positif hadapi fasa menopaus
Golongan wanita yang mengalami peralihan menopaus akan melalui perubahan fizikal, mental, emosi dan kesihatan.
Kajian menyalahkan lelaki untuk menopaus
Lelaki yang memilih wanita lebih muda mungkin telah menyebabkan fenomena menopaus tehadap wanita, menurut satu kajian oleh penyelidik Kanada yang dikeluarkan minggu ini.