PETALING JAYA: Malaysia kini merupakan antara perintis dalam pengurusan garis panduan menopaus di Asia Tenggara dengan pelancaran Garis Panduan Amalan Klinikal (CPG) Pengurusan Menopaus di Malaysia hari ini.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata pelancaran itu menandakan pencapaian bersejarah dalam kejayaan penjagaan kesihatan Malaysia dan kementerian akan menyokong inisiatif tersebut dengan usaha meningkatkan kesedaran mengenai menopaus.
"Kesihatan seorang wanita semasa tempoh menopaus membawa pengaruh yang besar terhadap kesihatan dan produktiviti ekonomi negara kita," katanya dalam video prarakaman yang dipertontonkan kepada peserta semasa pelancaran CPG di sini hari ini.
Menurut Khairy, purata jangka hayat wanita Malaysia pada 2021 adalah 78.3 tahun berbanding 73.2 tahun bagi seorang lelaki Malaysia.
"Separuh daripada wanita akan menjalani kehidupan mereka melebihi usia 78 tahun. Justeru, diharapkan agar CPG ini menjadi langkah pertama dalam mendidik petugas kesihatan Malaysia supaya proaktif dalam menguruskan kesihatan menopaus," katanya.
Sementara itu, Pengerusi jawatankuasa CPG dan Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi Dr Premitha Damodaran berkata garis panduan itu meliputi pelbagai maklumat mengenai gejala menopaus, penilaian dan penyiasatan klinikal, pelbagai rawatan dan kesannya serta perspektif agama terhadap menopaus.
Beliau berkata CPG akan disediakan di pelbagai platform termasuk Kementerian Kesihatan, Akademi Perubatan Malaysia, Persatuan Obstetrik dan Ginekologi Malaysia, dan Persatuan Menopaus Malaysia.
"Buat permulaan, CPG akan disediakan untuk pekerja kesihatan sebelum ia diedarkan kepada orang awam dalam bahasa yang lebih mudah serta borang risalah maklumat pesakit dalam empat bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil," kata Premitha kepada pemberita selepas pelancaran itu.
CPG yang merupakan inisiatif kerjasama oleh Persatuan Obstetrik & Ginekologi Malaysia; Persatuan Menopaus Malaysia dan Kolej Obstetrik dan Ginekologi di bawah Akademi Perubatan Malaysia juga akan boleh diakses melalui Android dan iOS di bawah Bahagian Penilaian Teknologi Kesihatan Malaysia atau MyMAHTAS.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 22 2022

Kesihatan seorang wanita semasa tempoh menopaus membawa pengaruh yang besar terhadap kesihatan dan produktiviti ekonomi negara.- Gambar hiasan

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Membetulkan stigma terhadap menopaus
Menopaus boleh menjadi fasa sukar kepada wanita yang memerlukan sokongan dan pemahaman supaya peralihan fasa itu berjalan lancar.

Golongan wanita menghampiri fasa menopaus wajar buat saringan, elak risiko serangan jantung
Wajar untuk wanita mengetahui jika mereka mempunyai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan peningkatan kolestrol.

Malaysia lancar Garis Panduan Amalan Klinikal Pengurusan Menopaus - Khairy
Malaysia kini merupakan antara perintis dalam pengurusan garis panduan menopaus di Asia Tenggara dengan pelancaran Garis Panduan Amalan Klinikal (CPG) Pengurusan Menopaus di Malaysia hari ini.

Malaysia perintis aplikasi garis panduan klinikal menopaus di Asia Tenggara
Malaysia menjadi perintis sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang memperkenalkan aplikasi garis panduan amalan klinikal berhubung pengurusan menopaus.

Wanita perlu positif hadapi fasa menopaus
Golongan wanita yang mengalami peralihan menopaus akan melalui perubahan fizikal, mental, emosi dan kesihatan.

Kajian menyalahkan lelaki untuk menopaus
Lelaki yang memilih wanita lebih muda mungkin telah menyebabkan fenomena menopaus tehadap wanita, menurut satu kajian oleh penyelidik Kanada yang dikeluarkan minggu ini.