(7 NOVEMBER 1935 - 7 Ogos 2009)
Masih sukakah kau mendengar
Dengus nafas saudara kita yang terkapar?
Masih sukakah kau melihat
Butir keringat kaum kecil yang terjerat?
Oleh slogan-slogan manis sang hati laknat
Oleh janji-janji muluk tanpa bukti
*Petikan lirik lagu Willy nyanyian Iwan Fals yang dirakamkan pada 1986.
Menurut Iwan Fals, lagu ini khusus buat sahabatnya, sasterawan Indonesia WS Rendra.
Pada tahun lagu ini ditulis, Orde Baru melancarkan banyak siri tangkapan dan ancaman kepada seniman Indonesia yang dianggap anti Suharto.
Dilahirkan dengan nama Willibrordus Surendra Broto Rendra. Willy ialah nama manja di kalangan teman rapat.
Penyanyi dan komposer Iwan Fals dan WS Rendra akrab kerana saling membenci Suharto.
Sekali gus berganding bahu berjuang mengkritik rejim Orde Baru.
Pada 1990, Iwan Fals, Sawung Jabo, Jockie Surjoprajogo ikut serta bergabung dengan WS Rendra dalam band Kantata Taqwa.
Album ini menjadi lagenda apabila disenarai sebagai 100 album terpenting dalam sejarah muzik Indonesia.
Aspirasi album yang turut memuatkan sajak Paman Doblang karya WS Rendra, mengukuhkan lagi edaran suara gerakan anti Orde Baru.
Album Kantata Taqwa direlis dengan tour persembahan bertemakan penentangan dan protes terhadap Suharto.
WS Rendra dan Iwan Fals sangat akrab. Kedua-dua pernah ditahan. Cuma Iwan Fals hanya dikurung di lokap berbanding WS Rendra yang pernah dipenjarakan tentera.
*WS Rendra ditahan
Pada 1 Disember 1977, dalam rapat umum mahasiswa di Salemba, Jakarta, WS Rendra membaca puisi "Pertemuan Mahasiswa".
Puisi ini mencetuskan semangat menyeru mahasiswa bangkit menolak Suharto.
Selepas program itu WS Rendra ditangkap dan menjadi tahanan di Rutan Militer Jalan Guntur, Jakarta.
Malah, setelah dibebaskan, keselamatannya selalu diancam. Petempatan Bengkel Teater Rendra diawasi dan sering digugah penguasa.
Sejak dipenjarakan pada 1977, WS Rendra tidak lagi pernah berpaling ke belakang. Suara puisi dan teaternya secara terbuka lantang menentang Suharto.
Kebangkitan Reformasi 1998 tidak mungkin dibahas tanpa melihat peranan WS Rendra.
Suara sastera dan aksi baca sajak yang penuh semangat selama 30 tahun itu, turut menyemai benih kebangkitan.
*Perginya seniman reformasi
Tanggal 6 Ogos 2019 genaplah sedekad penyair rebel kelahiran Jodjakarta ini kembali ke
rahmatullah.
WS Renda lahir pada 7 September 1935 dan meninggal dunia 6 Ogos 2009, pada usia 74 tahun.
Selama setengah abad berkarya sebagai seniman yang mengangkat tema kebebasan rakyat dan suara marhaen, WS Rendra meninggalkan rak karya dengan tanda aras: sastera ialah senjata perjuangan.
Ini terlihat jelas pada himpunan sajak, skenario drama, lakon pentas, kumpulan cerpen dan ratusan esei sasteranya.
Kemuncaknya ialah siri keberanian WS Rendra membaca sajak di pelbagai sesi perhimpunan awam dengan pengisian menyeru kebangkitan rakyat menentang Orde Baru.
'Sajak Kenalan Lamamu', antara suara yang selalu dilaungkan dalam deklamasinya.
Tanpa mengaburkan makna, WS Rendra mengkritik keras praktik politik Orde Baru yang dianggapnya kejam dan bengis.
Politik adalah cara merampok dunia. Politik adalah cara menggulingkan kekuasaan, untuk menikmati giliran berkuasa. Politik adalah tangga naiknya tingkat kehidupan. (1977)
Itu kelebihan WS Rendra. Suara sajak protesnya tidak hanya di kertas. Karya-karyanya mendarah pada nyali sastera dan mengalir ke jiwa rakyat Indonesia secara konsisten sejak 1967.
Tiga dekad berjuang tanpa rasa takut, akhirnya WS Rendra dapat melihat dengan kesaksian sendiri - tumbangnya rejim Orde Baru dan jatuhnya diktator Suharto pada 1998.
Selama tiga puluh tahun yang penuh dengan keberanian, WS Rendra meletakkan sastera sebagai senjata sasterawan.
Sekali gus menjadikan sajak-sajaknya seperti Paman Domlang, Bersatulah Pelacur-pelacur Kota
Jakarta, Sangkar Rajawali, Sajak Orang Lapar dan Burung-burung Kondor dikenang sebagai senjata reformasi.
Suaranya ketika mendeklamasi sajak lebih menggegarkan semangat rakyat. Sekali gus menenggelamkan suara-suara retorik kaum pengampu Rejim Orde Baru.
Kristian ke Muslim, Rendra tetap tegar
WS Rendra lahir dalam keluarga Kristian Katolik dan memeluk Islam pada 1970 ketika berusia
35 tahun.
Bapanya guru bahasa dan ibunya penari serimpi di Keraton Surakarta Hadiningrat.
Perjuangan WS Rendra menentang Orde Baru tersanjung dengan gelaran penyair 'Burung Merak'.
Kepimpinan suara beraninya sebagai penyair dan deklamator menjadikan dirinya diiktiraf sebagai Sang Jeneral Sastera.
Sejak 1967, seniman tegar ini mendirikan Bengkel Teater di Yogyakarta.
Tempat idea seninya yang radikal membiak dan turut melahirkan banyak seniman pemberontak politik seperti Sitok Srengenge, Radhar Panca Dahana dan Adi Kurdi.
Cuma, tekanan politik yang keras dan bengis menyebabkan bengkel seni terpaksa dibubar.
Keadaan jadi ribut, apabila WS Rendra ditangkap pada 1977 ketika sedang menyiapkan filem Sjumanjaya, Yang Muda Yang Bercinta.
Namun, WS Rendra tidak pernah mengalah. Setelah dibebaskan dari penjara tentera, dia meninggalkan Jodjakarta dan menuju Jakarta.
Di sana, tanpa rasa takut, didirikan Bengkel Teater Depok, pada Oktober 1985. Gerakan anti Suharto diteruskan di Jakarta - kota politik Indonesia.
Di Jakarta, WS Rendra bertemu Iwan Fals, penyanyi rebel yang juga anti Orde Baru.
Keakraban ini melengkapkan kombinasi kumpulan petualang seni yang mahu menamatkan era kleptokrasi dan kuku besi.
WS Rendra dan Iwan Fals ketika itu sudah muncul dengan ratusan karya bermuatan kritik politik terhadap nepotisme, korupsi dan sikap diktator Suharto.
Sajak-sajak WS Rendra mengisi suara protesnya di Jakarta termasuk Rick dari Corona, Potret Pembangunan Dalam Puisi dan Bersatulah Pelacur-Pelacur Kota Jakarta!.
Selain sajak Nyanyian Angsa, Pesan Pencopet kepada Pacarnya, Perjuangan Suku Naga dan Blues untuk Bonnie.
Akhirnya, ketika Orde Baru dan Suharto dijatuhkan pada 1998. WS Rendra sempat melihat Indonesia Baru muncul sekali pun agak ribut pada awal kewujudannya.
Sedekad selepas itu, setelah berbulan terbaring di hospital kerana masalah jantung, pada 6 Ogos 2009, jam 10.10 malam, WS Rendra menghembuskan nafas akhir di Rumah Sakit Mitra Keluarga Depok.
Tanda pengabdiannya, ketika masih hidup, WS Rendra minta dikebumikan di komplek pemakaman Bengkel Teater di Citayam, Depok.
Permintaan itu tanda dia mahu abadi di tanah tempat jiwanya berjuang.
Zainal Rashid Ahmad
Sun Aug 30 2020
Dilahirkan dengan nama Willibrordus Surendra Broto Rendra. Willy ialah nama manja di kalangan teman rapat.
Perhilitan sahkan kehadiran harimau berhampiran kampung Orang Asli Sungai Choh
Perhilitan Perak turut menemui kesan tapak kaki haiwan pemangsa itu berdekatan lokasi kejadian serta kecederaan pada bahagian badan lembu.
Tsunami 20 Tahun: Pembangunan bakat kunci kebangkitan semula – Gabenor Aceh
Gabenor Aceh, Dr. Safrizal ZA berkata pembangunan bakat melalui pendidikan dan biasiswa merupakan kunci kepada kebangkitan semula Aceh pasca bencana tsunami pada 2004. Jelasnya, ribuan sarjana yang melengkapkan pengajian di dalam dan luar negara pulang ke Aceh untuk berbakti kepada usaha pembangunan kota berkenaan. #AgendaAWANI
Tsunami 20 tahun: ‘Sebelum bencana kami tidak kenal istilah tsunami’ - Mangsa
Mangsa Tsunami 2004 dan penduduk Desa Weu Raya Loknga, Lahmujdin Harun berkata sebelum bencana ngeri tsunami pada 2004 di Aceh, penduduk tidak kenal dengan istilah ‘tsunami’. Sebaliknya, generasi di kota berkenaan hanya mengenali bencana bah besar dengan nama ‘air bena’ yang tidak separah ombak yang melanda dua dekad lalu itu. #AgendaAWANI
Tsunami 20 tahun: Hikmah 59 mangsa berlindung dalam kapal atas rumah
Mangsa Tsunami 2004 dan penduduk Desa Lampulo, Nilawati berkata 59 mangsa tsunami yang berlindung dalam Kapal Ampung Lampulo semasa bencana tsunami di Aceh pada 2004 yang lalu meninggalkan hikmah yang sangat mendalam. Jelasnya, kebergantungan tidak berbelah bahagi kepada tuhan membuka rezeki diselamatkan daripada ombak dahsyat berkenaan. #AgendaAWANI
Dua ditemukan lemas ketika mandi di Papar
Seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak lelaki 12 tahun berjaya diselamatkan orang ramai dalam kejadian tersebut.
Tentera Israel ceroboh selatan Lubnan
Tentera Israel memasuki kawasan Wadi al-Hujeir sambil melepaskan tembakan menggunakan mesingan berkaliber besar.
10 Berita Pilihan - (26 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Gempur Teknikal | Sebat di Khalayak Awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight 26 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Thousands mark 20 years since deadly tsunami
Survivors and families of victims across countries gathered on Thursday to mark the 20th anniversary of the deadly tsunami that killed over 230,000 people.
KLWBC 2020: Seputar isu pembunuhan wartawan
Memang benar kata Iwan Fals. Sesiapa saja boleh membunuh wartawan. Namun, itu tidak bererti kebenaran dihapuskan!
KLWBC 2020: Si Burung Merak WS Rendra
Dilahirkan dengan nama Willibrordus Surendra Broto Rendra. Willy ialah nama manja dalam kalangan teman rapat.
KLWBC2020: Iwan Fals sang pelawan tanpa dendam
Iwan Fals mengakar bumikan lagu Mbak Tini sebagai "citra penghinaan" terhadap Suharto - musuh nombor satu yang dilawannya secara muzik.
Menteri main muzik
Elek Yo Band dianggotai oleh tujuh menteri dalam kabinet Jokowi.