Gaya pemakanan sihat perlu diamalkan masyarakat dalam sebarang musim perayaan yang disambut sepanjang tahun di negara berbilang kaum ini.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata orang ramai perlu berhati-hati apabila mengambil makanan dan senantiasa mengamalkan pemakanan sederhana dengan mengambil kira risiko penyakit jika mengambil makanan secara berlebihan.
"Semasa musim perayaan, kita harus senantisa ingat bahawa kesihatan adalah nikmat paling besar.
"Mari kita fokus pada kesihatan kita dengan mengamalkan pemakanan secara sihat dan ketika menyambut Krismas dan Tahun Baharu," kata beliau dalam ucapan sempena Krismas pada Jumaat.
Subramaniam yang juga Presiden MIC berkata, Krismas adalah hari yang amat bermakna dan penuh tradisi dan oleh itu hari istimewa ini perlu disambut bersama ahli keluarga dan rakan-rakan dalam suasana mesra.
Bagi rakyat Malaysia, Subramaniam berkata, ia merupakan satu lagi kesempatan untuk berkumpul bagi mengukuhkan perpaduan kaum dan persefahaman agama yang telah lama terjalin dengan mengadakan rumah terbuka yang menjadi tradisi unik menyambut sebarang perayaan di Malaysia.
"Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua rakyat Malaysia yang menyambut Krismas.
"Semoga Tuhan memberkati keamanan dan kegembiraan dalam hati sanubari keluarga di Malaysia biarlah ini menjadi satu lagi kesempatan untuk semua rakyat Malaysia bersatu-padu dengan mengetepikan perbezaan agama dan kaum," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 24 2016

Gaya pemakanan sihat perlu diamalkan dalam kalangan masyarakat semasa sebarang musim perayaan yang disambut sepanjang tahun. - Foto: Astro AWANI

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Hari Sukan Negara platform terbaik perkukuh semangat, ukhuwah perpaduan - TPM Fadillah
HSN membuktikan keprihatinan kerajaan dalam mengiktiraf kepentingan sukan dalam membentuk masyarakat yang cergas, produktif dan bersatu padu.

Shila Amin tekad amalkan gaya hidup sihat menjangkau usia emas
Berusia 60 tahun, Shila ternyata masih mampu mendendangkan genre RB, pop mahupun dangdut yang sememangnya bernada rancak.

Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg
Dia melalui episod kehidupan yang panjang untuk mendapatkan berat terkini.

Angkat berat boleh buat wanita jadi 'sado'? Fakta atau fiksyen?
Ramai wanita enggan melakukan senaman angkat berat kerana beranggapan tubuh mereka akan menjadi berotot dan hilang bentuk badan feminin.

Usaha atasi masalah kehadiran murid, jadikan SK Kanchong Darat 10 sekolah terbaik dunia
Rozanah berkata program 'Minda Sihat, Warga Sihat' itu mewajibkan setiap pelajarnya untuk turut serta, meliputi lima aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.

Wai Ching intai pahat nama dalam GWR di Bangsar, Jumaat ini
Atlet itu bagaimanapun berdepan cabaran getir kerana perlu mendaki purata 131 anak tangga seminit untuk mencapai sasaran ditetapkan.

Hidup biar sihat, amalkan empat langkah ini!
Kita sering terbaca atau mendengar kepentingan gaya hidup sihat di kaca televisyen, majalah atau di radio. Ada yang berkata amalan gaya hidup sihat bermula dengan pemakanan sihat.

Ambil peluang Ramadan latih diri amal gaya hidup sihat
Setiap dua rakyat Malaysia, seorang daripadanya mengalami masalah berat badan berlebihan.

Rahsia dan manfaat 'brisk walking', antara senaman paling mesra jantung
Rahsia & Manfaat Melakukan 'Brisk Walking', Antara Senaman Paling Mesra Jantung - MASKULIN

'RoL Virtual Bike and Run 2021' aktiviti riadah dalam norma baharu
Bersempena dengan sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021, Tan Sri Annuar Musa berkata, River of Live Virtual Bike and Run 2021 diadakan dengan kerjasama MGBC.