PENDIDIKAN adalah tonggak utama dalam mencorak modal insan negara termasuk melahirkan tenaga kerja profesional, namun, kecenderungan pelajar tidak menyambung pendidikan ke peringkat lebih tinggi selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin meresahkan.
Kajian Pusat Penyelidikan Undian Universiti UCSI pada Mac lepas mendapati hanya 51 peratus daripada 1,000 lepasan SPM berusia 18 hingga 20 tahun yang ditemu bual, mahu ke institusi pendidikan tinggi, 39 peratus memutuskan untuk bekerja, sementara baki 10 peratus lagi tidak ada sebarang perancangan.
Daripada 490 responden yang tidak mahu menyambung pengajian, termasuk 100 orang yang tidak ada perancangan, 34 peratus memilih menjadi influencer atau pempengaruh dan affiliate (rakan sekutu) media sosial, 26 peratus terlibat dalam ekonomi gig seperti e-panggilan, 22 peratus mahu memulakan perniagaan dan baki lapan peratus lagi tidak ada sebarang perancangan tentang masa depan mereka.
Isu lepasan SPM enggan meneruskan pengajian semakin ketara pasca-COVID-19, dan situasi ini dijangka berterusan, lebih-lebih lagi kerap kali dilaporkan betapa mudahnya untuk menjana pendapatan menerusi kerjaya sebagai pempengaruh dan pemain industri e-panggilan.
Akan tetapi, apakah pekerjaan ini mampu menjamin masa depan mereka?
BEKERJA PADA USIA MUDA
Mengulas mengenai kajian yang dilakukannya, pensyarah di Jabatan Perakaunan dan Kewangan, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti UCSI Dr V. Subramaniam berkata evolusi pekerjaan ketika ini yang banyak melibatkan teknologi, membuatkan golongan muda lebih cenderung memilih pekerjaan yang tidak terikat dengan sistem majikan.
"Berdasarkan kajian itu, kita dapati anak muda ketika ini gemar mencari pekerjaan yang masanya lebih fleksibel dan 'stress-free', contohnya menjadi pempengaruh atau pekerja ekonomi gig yang akan dapat ganjaran lumayan dengan kerja keras mereka.
"Mereka dilihat sudah muak menghafal informasi selain tidak mahu lagi menerima tekanan dalam pelajaran, di samping berasakan tiada masa depan sekiranya menyambung pelajaran ke peringkat tinggi," katanya kepada Bernama.
Selain itu, faktor kewangan juga menyumbang kepada keengganan lepasan SPM menyambung pendidikan, memandangkan kosnya adalah tinggi, merangkumi perbelanjaan pembelajaran dan komitmen lain seperti sewa rumah, bil utiliti dan lain-lain.
Kos sara hidup yang tinggi di bandar-bandar besar yang menempatkan majoriti institusi pengajian tinggi, menambah rasa berat pelajar, terutama daripada keluarga B40, untuk meneruskan pengajian mereka selepas tamat SPM.
"Pendek kata, pelajar bukan sahaja perlu menanggung kos pengajian yang berpuluh ribu ringgit, tetapi juga memikirkan cara untuk meneruskan kelangsungan hidup di universiti," katanya.
JEJASKAN TENAGA PAKAR DALAM NEGARA
Jika isu ini dibiarkan membarah, Subramaniam berkata ada risiko untuk negara mengalami kekurangan tenaga pakar, khususnya dalam bidang sains dan teknologi yang merupakan keperluan utama perindustrian.
Media sebelum ini melaporkan Malaysia bakal kehilangan golongan profesional dalam masa 10 tahun lagi jika hanya segelintir pelajar memilih melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam tempoh terdekat.
Ujar Subramaniam, jika situasi itu berterusan, negara terpaksa bergantung pada pakar asing sekali gus meningkatkan kos perindustrian negara.
"Bayangkan apabila negara terpaksa mengimport tenaga pakar dengan harga lebih tinggi, sedangkan negara ada keupayaan untuk melahirkan tenaga pakar dalam bidang sama," kata beliau.
Keperluan terhadap tenaga pakar akan terus meningkat memandangkan dunia kini menerima guna Revolusi Industri 4.0 ( IR4.0) yang menekankan pada penggunaan sains dan teknologi.
Mengulas isu sama, Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah, Jaringan Industri dan Masyarakat), Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Zainal Madon berkata situasi itu, jika dibiarkan berterusan, akan memberi impak sangat besar terhadap pasaran tenaga kerja mahir dalam bidang teknikal dan vokasional.
Ketika ini negara banyak bergantung pada tenaga kerja asing, terutama dalam sektor pembinaan, pembuatan dan perladangan.
"Negara bukan hanya memerlukan pekerja sambilan tetapi juga pekerja mahir, separa mahir dalam sektor pekerjaan lain. Keputusan tidak melanjutkan pelajaran, sama ada berbentuk akademik atau TVET (Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional), perlu dipandang serius oleh semua pihak," katanya.
Kajian Universiti UCSI itu mendapati 59 peratus responden tidak mahu menyambung pengajian TVET.
JAMIN MASA DEPAN?
Zainal turut membangkitkan tentang potensi ekonomi gig untuk jangka masa panjang bagi anak muda terbabit.
"Kita tidak nafikan pekerjaan tersebut dapat memberi kebaikan, tetapi itu untuk jangka masa pendek... bagaimana pula dengan jangka masa panjang? Adakah mampu bertahan dan menjamin masa depan mereka dengan kedua-dua bidang tersebut," katanya, menambah kerjaya sedemikian turut bergantung pada momentum pekerjaan dan kesihatan.
Beliau juga tidak menyangkal golongan berkenaan mungkin terpengaruh dengan kepopularan dan gaya hidup mewah yang dikongsikan oleh selebriti media sosial terbabit.
Sementara itu, pensyarah di Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Anuar Ahmad tidak melihat isu lepasan SPM menjadi pempengaruh akan memberi kesan besar kepada masyarakat.
"Pada saya, ia tidak memberi pengaruh besar kepada institusi kekeluargaan dan masyarakat... misalnya, mungkin ada keluarga yang tidak menyokong anak mereka menjadi pempengaruh dan menghalang. Saya lihat ini tidak akan memberi kesan besar kepada institusi kekeluargaan dan masyarakat secara umum," katanya.
-- BERNAMA / Afifitri Muhammad & Siti Nazwa Abdul Rahman
Bernama
Sat Apr 08 2023
Kerjaya sebagai pempengaruh menjadi pilihan ramai anak muda, akan tetapi, apakah kesemua mereka berjaya dalam pilihan pekerjaan itu, dan mampu menjamin masa depan mereka? - Gambar hiasan/Freepik
Hamas serahkan dua tebusan Israel kepada wakil ICRC - Laporan
Hamas membebaskan dua tebusan Israel, Ofer Calderon dan Yarden Bibas, dengan menyerahkan mereka kepada wakil Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).
PAUiTM dan Boustead Hotels & Resorts tandatangani Nota Kerjasama, perkukuh jaringan strategik
Persekutuan Alumni UiTM Malaysia dan Boustead Hotels & Resorts secara rasmi menandatangani Nota Kerjasama bagi memperkukuh jaringan strategik.
NADMA diminta terus pantau tahap kesiapsiagaan agensi terlibat hadapi bencana - Ahmad Zahid
Kerajaan menyediakan peruntukan awal kepada semua negeri dan agensi tindak balas bagi tujuan pengoperasian semasa Monsun Timur Laut 2024/2025.
AWANI Ringkas: Jumlah PPS di Sarawak bertambah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
SPRM lakukan risikan bagi kesan sindiket penyeludupan vape yang lain
SPRM sedang giat menjalankan risikan bagi mengesan sekiranya terdapat sindiket lain yang melakukan penyeludupan rokok elektronik (vape).
[KOLUMNIS] Timor-Leste dalam sebuah bingkai
Penyertaan Timor-Leste ke dalam ASEAN melihatkan bagaimana medium filem dan sinema mampu memainkan peranan yang signifikan.
Insiden rempuhan: Suspek dikenal pasti, tiga lagi suspek diburu - Polis
Polis giat memburu tiga suspek utama yang disyaki terlibat dalam insiden rempuhan di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, Rabu lalu.
Hamas keluarkan senarai nama rakyat Palestin yang akan dibebaskan pada Sabtu
Kumpulan Palestin Hamas, pada Jumaat mengeluarkan senarai nama 183 tahanan Palestin di penjara Israel yang dijadualkan dibebaskan pada Sabtu sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan dengan Israel, lapor Agensi Anadolu (AA).
Warga Thailand antara tebusan yang dibebaskan
Warga Thailand yang dibebaskan dalam siri perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel dikenali sebagai Watchara Sriaoun.
Gencatan Senjata: Hampir 500,000 warga Palestin pulang ke Utara Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa, lapor Agensi Anadolu.
Industri getah perlu revolusi, tarik minat generasi muda - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menekankan pentingnya strategi mampan, progresif, dan inklusif untuk memperkasakan komuniti pekebun kecil, termasuk latihan kemahiran dan pengurusan moden.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Tradisi ilmu, pencerahan pemikiran perlu terus diperkasa - PM
Tradisi ilmu dan pencerahan pemikiran perlu terus diperkasa terutama dalam kalangan generasi muda untuk memastikan Malaysia mampu mencapai aspirasi ke arah menjadi sebuah negara MADANI.
Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.
Program Kepimpinan Muda TH siri kedua perkasa sahsiah kepimpinan pelajar
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan usaha melestarikan pemerkasaan dan pembangunan sahsiah kepimpinan pelajar melalui Program Kepimpinan Muda TH siri kedua melibatkan 90 orang pelajar.
Konsep santai dan moden tarikan Perpustakaan Negeri Sembilan
Perpustakaan Awam Negeri Sembilan yang berkonsepkan moden, santai dan interaktif menarik lebih ramai pengunjung sekali gus membawa manfaat serta memupuk minat membaca dalam kalangan generasi muda.
FPM@KL 2024 hidupkan semula warisan permainan tradisional
FPM@KL 2024 suatu pengalaman baharu kepada kanak-kanak dan generasi muda, yang kini lebih sinonim dengan gajet dan permainan virtual.
Raja Zarith Sofiah gesa sektor swasta tingkat usaha bantu golongan muda
Raja Zarith Sofiah bertitah agar syarikat korporat dan perniagaan memainkan peranan aktif dalam menyediakan generasi muda ke arah masa depan yang lebih baik.
PRK Nenggiri: Generasi muda tagih peluang pekerjaan
Tanpa kehadiran tapak perindustrian, rata-rata penduduk di sini hanya bergantung harap kepada pekerjaan tradisional.
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.