Kanser serviks atau pangkal rahim ialah kanser ketiga yang paling banyak dihidapi dalam kalangan wanita Malaysia, menurut seorang pakar.
Ketua Klinik Pemeriksaan Kesihatan dan Kanser Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) Dr Dalilah Kamaruddin berkata sebelum ini, kanser serviks dikenal pasti sebagai kanser kedua paling banyak dihidapi di Malaysia tetapi ia berubah sejak beberapa tahun berikutan kesedaran yang semakin meningkat dalam kalangan wanita.
"Secara positifnya, saya boleh menyatakan bahawa kesedaran mengenai kanser serviks adalah lebih baik sekarang kerana masyarakat terdedah dan dimaklumkan mengenai penyakit ini, justeru mereka mudah tampil menjalani pemeriksaan.
"Walaupun hakikatnya semakin ramai orang sedar tentang kanser ini, masih ada sebilangan besar masyarakat yang enggan menjalani pemeriksaan kerana malu berbuat demikian," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama di sini, pada Khamis.
Beliau berkata demikian selepas lawatan oleh peserta Miss Tourism World 2015 ke ibu pejabat Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia.
Lebih 50 peserta itu membantu meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kanser serviks dan pentingnya mengesan dan menjalani pemeriksaan awal sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam pertandingan ratu cantik itu.
Perlu dikesan awal
Sementara itu, Dr Dalilah berkata berdasarkan International Agency for Research on Cancer (GLOBOCAN), dalam setiap empat minit, seorang wanita akan mati akibat kanser serviks di rantau Asia Pasifik termasuk Malaysia.
Beliau berkata statistik itu penting untuk menunjukkan kanser serviks tidak harus dipandang ringan oleh wanita, sebaliknya ia harus dianggap sebagai penyakit yang perlu dikesan pada peringkat awal.
"Wanita dari semua peringkat umur dan kehidupan harus memahami dengan jelas bahawa jika kanser ini dikesan di peringkat awal, peluang untuk sembuh adalah lebih baik," jelasnya.
Beliau juga berkata pada tahun-tahun akan datang, jumlah wanita yang menghidap kanser serviks mungkin menurun kerana ramai yang bersikap terbuka untuk bersuara mengenai penyakit berbahaya itu.
"Saya berharap bilangan wanita yang tampil untuk bertemu kami di NCSM bagi menjalani pemeriksaan akan meningkat terutama sepanjang bulan ini kerana kami melancarkan kempen kesedaran kanser serviks.
"Kempen itu menawarkan pemeriksaan khas kanser serviks serta pakej vaksinasi untuk wanita yang mahu menjalani pemeriksaan," kata beliau.
Dr Dalilah juga menasihatkan wanita supaya menjalani pemeriksaan dari semasa ke semasa supaya penyaringan sewajarnya dapat dijalankan untuk mengesan penyakit itu.
"Saya juga ingin menyeru kepada semua wanita supaya melakukan ujian calitan serviks dari semasa ke semasa, mengamalkan seks selamat dan mengekalkan kesihatan mereka," katanya.
Bernama
Thu Jan 07 2016
![Kanser serviks kanser ketiga paling banyak dihidapi wanita Malaysia - Pakar Kanser serviks kanser ketiga paling banyak dihidapi wanita Malaysia - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/61449219784_OrangRamai.jpg)
Masih ada sebilangan besar wanita Malaysia yang enggan menjalani pemeriksaan kerana malu berbuat demikian. - Gambar hiasan
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739722620_AaronAgoDagang.jpg)
Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
![Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739721142_JoaoLourenco.jpg)
Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU
Presiden Angola Joao Lourenco pada Sabtu mengambil alih jawatan pengerusi Kesatuan Afrika (AU).
![Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739711296_TBZAMBRY.jpg)
Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik
Program permukiman KPT selama dua hari mengeratkan hubungan, meningkatkan kerjasama antara universiti awam serta politeknik di negara ini.
![Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739720652_AmarDouglas.jpg)
Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah
Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ke-16 yang berakhir hari ini tidak membincangkan sebarang persiapan menghadapi pilihan raya negeri Sarawak akan datang.
![[KOLUMNIS] Bahasa basahan: 'Tapi' dalam dialek Johor bukan sebagai kata hubung [KOLUMNIS] Bahasa basahan: 'Tapi' dalam dialek Johor bukan sebagai kata hubung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729697022_TBFlagsilhouette.jpg)
[KOLUMNIS] Bahasa basahan: 'Tapi' dalam dialek Johor bukan sebagai kata hubung
Seperti negeri lain di Malaysia, negeri Johor juga mempunyai dialek dan bahasa kolokial yang unik dan tersendiri.
![Mitsubishi Triton generasi keenam dilancar, harga bermula RM101,980 Mitsubishi Triton generasi keenam dilancar, harga bermula RM101,980](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729090707_MitsubishiTriton.jpg)
Mitsubishi Triton generasi keenam dilancar, harga bermula RM101,980
Hadir dalam lima varian, Mitsubishi Triton serba baharu ini menjanjikan pengalaman pemanduan yang luar biasa serta memenuhi keperluan pengguna trak pikap, dari pengembara hingga usahawan berjaya.
![PM seru rakyat bersukan untuk kekal sihat PM seru rakyat bersukan untuk kekal sihat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728740883_HariSukanNegara.jpg)
PM seru rakyat bersukan untuk kekal sihat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia untuk bersukan bagi sentiasa mengekalkan kesihatan.
![Borak SeeNI program bual bicara terbaharu Astro Prima, Nu Ideaktiv Borak SeeNI program bual bicara terbaharu Astro Prima, Nu Ideaktiv](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71727770860_BorakSeeNI.jpg)
Borak SeeNI program bual bicara terbaharu Astro Prima, Nu Ideaktiv
Borak SeeNI kini bersiaran di Astro Prima setiap Selasa hingga Jumaat jam 11 pagi bagi membincangkan topik kekeluargaan, isu semasa dan gaya hidup.
![Gaya hidup sihat? Jangan terperangkap dalam mentaliti senaman hebat atau diet sempurna - Kevin Zahri Gaya hidup sihat? Jangan terperangkap dalam mentaliti senaman hebat atau diet sempurna - Kevin Zahri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/71590055262_ExerciseGeneric.jpg)
Gaya hidup sihat? Jangan terperangkap dalam mentaliti senaman hebat atau diet sempurna - Kevin Zahri
Ramai terperangkap dalam mentaliti mengejar senaman dan diet sempurna untuk mencapai gaya hidup sihat.
![[KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu [KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721207677_belanda.jpg)
[KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu
Pantun merupakan akal budi orang Melayu, iaitu penciptaan bait-bait diksi yang indah yang mempunyai unsur alam dan persekitaran masyarakat.
![Delegasi OIC ke Selatan Thailand lihat gambaran sebenar masyarakat pelbagai agama hidup bersama Delegasi OIC ke Selatan Thailand lihat gambaran sebenar masyarakat pelbagai agama hidup bersama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718295228_TBOIC.jpg)
Delegasi OIC ke Selatan Thailand lihat gambaran sebenar masyarakat pelbagai agama hidup bersama
Dengan meneliti situasi sebenar di selatan Thailand, negara-negara OIC dapat mempelajari lebih lanjut tentang kehidupan masyarakat pelbagai agama.
![Gen Z mahu aturan kerja fleksibel Gen Z mahu aturan kerja fleksibel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715909766_kerjadarirumah.jpg)
Gen Z mahu aturan kerja fleksibel
Sim berkata, yang penting ialah kerja dapat dilakukan dengan berkesan dan cekap, bukannya dalam jangka masa atau persekitaran ditetapkan.
![MATRADE sasar perkenal MIHAS ke pasaran sedang pesat membangun MATRADE sasar perkenal MIHAS ke pasaran sedang pesat membangun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713432908_tbMATRADE.jpg)
MATRADE sasar perkenal MIHAS ke pasaran sedang pesat membangun
MATRADE sedang merangka pelan pengembangan peluang perniagaannya untuk memperkenalkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke pasaran sedang pesat membangun.
![Hilang tumpuan pandangan, penyakit mata menyerang golongan muda Hilang tumpuan pandangan, penyakit mata menyerang golongan muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712910049_MataMerah.jpg)
Hilang tumpuan pandangan, penyakit mata menyerang golongan muda
Trend gejala degenerasi makula dikatakan semakin menjadi-jadi dalam kalangan dewasa di bawah usia 50-an.