Gelagat sekumpulan penyokong yang membawa plakad mengingatkan agar sama-sama menjaga kebersihan antara yang paling menarik perhatian dalam kemeriahan suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil, yang menjadi lokasi perlawanan akhir Piala Malaysia, malam ini.
Kumpulan penyokong Kedah itu membawa beberapa poster, antaranya tertulis 'Jangan buang sampah merata-rata' dan 'Jumpa sampah tolong kutip'.
Amalan menjaga kebersihan sewaktu menonton perlawanan atau acara sukan di sesebuah venue sudah lama menjadi isu masyarakat yang dipesan berulang kali.
Rakyat Malaysia yang memenuhi stadium malam ini seharusnya menggunakan peluang untuk membuktikan bahawa hal ehwal menjaga kebersihan itu menjadi sebahagian daripada kelaziman dan jati diri.
Tepat jam 4.30 petang, pintu-pintu stadium mula dibuka dan penyokong mula beratur memasuki stadium.
Keadaan masih terkawal dan setakat ini tiada sebarang insiden tidak diingini dan semua penyokong dilihat sabar beratur menanti giliran masing-masing.
Rata-rata penyokong yang ditemui memaklumkan sudah mula berkumpul di stadium sejak jam 11 pagi tadi.
Perlawanan malam ini akan bermula jam 9 malam dan mempertemukan juara Liga Super, JDT dan juara Piala FA, Kedah.
Ia juga akan mengulangi perlawanan akhir pada 2017, di mana Johor menundukkan pesaingnya 2-0.
Pasukan manakah akan menjulang piala musim ini? Sama-sama kita saksikan!
Madiha Abdullah
Sat Nov 02 2019
!['Jangan buang sampah merata-rata'... Antara pesanan mulia sempena final Piala Malaysia! 'Jangan buang sampah merata-rata'... Antara pesanan mulia sempena final Piala Malaysia!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/41572689262_finalpialamalaysia.jpg)
Antara penyokong Kedah yang membawa plakad yang mengingatkan soal menjaga kebersihan. - Astro AWANI/Madiha Abdullah
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Pengusaha makanan dari rumah disaran jaga kebersihan, elak keracunan Pengusaha makanan dari rumah disaran jaga kebersihan, elak keracunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717735461_Makanan.jpg)
Pengusaha makanan dari rumah disaran jaga kebersihan, elak keracunan
Aspek pelabelan maklumat selaras sepertimana yang dinyatakan di bawah peraturan Akta Makanan 1983 akan turut diambil kira.
![COVID-19: Sarung tangan kurang digalakkan - Pakar Perubatan COVID-19: Sarung tangan kurang digalakkan - Pakar Perubatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/61585325214_SarungTanganCOVI.jpg)
COVID-19: Sarung tangan kurang digalakkan - Pakar Perubatan
Pemakaian sarung tangan memberikan 'gambaran palsu' kepada pemakainya apabila mereka menyentuh sebarang permukaan.
!['Jangan buang sampah merata-rata'... Antara pesanan mulia sempena final Piala Malaysia! 'Jangan buang sampah merata-rata'... Antara pesanan mulia sempena final Piala Malaysia!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/41572689262_finalpialamalaysia.jpg)
'Jangan buang sampah merata-rata'... Antara pesanan mulia sempena final Piala Malaysia!
Kumpulan penyokong Kedah itu membawa beberapa plakad, antaranya tertulis 'Jangan buang sampah merata-rata' dan 'Jumpa sampah tolong kutip'.