Pemakaian sarung tangan di tempat awam kurang digalakkan kerana faktornya yang mengurangkan deria sentuhan sekali gus tidak menjamin keselamatan pemakai daripada dijangkiti sebarang penyakit termasuk COVID-19.
Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Seremban Dr Nor Izran Hanim Abdul Samad berkata memakai sarung tangan boleh menimbulkan sedikit bahaya kerana mampu memberikan 'gambaran palsu' kepada pemakainya apabila mereka menyentuh sebarang permukaan.
"Contohnya, sekiranya kita menyentuh sesuatu permukaan yang berdebu atau berminyak, kita akan terus mencuci tangan tetapi apabila seseorang itu memakai sarung tangan dan tersentuh pada permukaan yang berdebu atau berminyak maka sentuhan sebenar tidak dapat dirasai.
"Ini akan memberi 'gambaran palsu' bahawa kita rasa yang kita selamat tetapi mungkin secara tidak sengaja kita dah pindahkan kekotoran atau kuman ke tempat lain seperti baju dan kulit tanpa kita sedari," katanya ketika menjadi panel 'FB Live @ KKM Khas Kenali COVID-19' melalui halaman Facebook rasmi Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.
Dr Nor Izran Hanim berkata demikian ketika menjawab soalan daripada seorang pengguna Facebook (Zarina Rahman) yang ingin tahu adakah penggunaan sarung tangan digalakkan semasa membeli barangan di pasar raya.
Seorang lagi panel, Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Puchong Batu 14, Dr Izwan Effendy Ismail pula berkata sarung tangan perlu diberikan keutamaan kepada semua petugas hadapan khususnya anggota Kementerian Kesihatan yang terlibat dalam menangani wabak penyakit itu.
"Saya rasa sarung tangan mungkin stok seakan sama seperti penutup hidung dan mulut pembedahan... mungkin (stok) agak kritikal maka (sarung tangan) lebih diperlukan kepada anggota kesihatan," katanya.
Beliau berkata buat masa ini, orang ramai seharusnya mengikut saranan berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang masih menggariskan panduan mencuci tangan, kebersihan diri dan jarakan sosial.
"Akhirnya kita akan berbalik semula kepada membersihkan tangan sebab apa-apa pun kita perlu kerap mencuci tangan selepas memegang permukaan biasa seperti lif, susur tangan dan sebagainya," katanya sambil menambah tiada bilangan tepat mengenai berapa kali seseorang itu perlu mencuci tangan.
Namun, beliau menasihati orang ramai agar mencuci tangan menggunakan sabun sekurang-kurangnya 20 saat kerana ia merupakan langkah efektif untuk menyingkir kuman atau menggunakan cecair pencuci kuman.
Sementara itu, ditanya pengguna Facebook (Muna Abdullah) mengenai adakah peluh dikategorikan sebagai titisan, Dr Izwan Effendy berkata: "Tidak. Titisan adalah melalui permukaan mukosa iaitu titisan hidung dan mulut sahaja...jadi, virus ini tidak keluar melalui peluh."
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 27 2020

Sarung tangan memberi 'gambaran palsu' bahawa kita rasa yang kita selamat tetapi mungkin secara tidak sengaja kita dah pindahkan kekotoran atau kuman ke tempat lain seperti baju dan kulit tanpa kita sedari. - Gambar hiasan/Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Pengusaha makanan dari rumah disaran jaga kebersihan, elak keracunan
Aspek pelabelan maklumat selaras sepertimana yang dinyatakan di bawah peraturan Akta Makanan 1983 akan turut diambil kira.

COVID-19: Sarung tangan kurang digalakkan - Pakar Perubatan
Pemakaian sarung tangan memberikan 'gambaran palsu' kepada pemakainya apabila mereka menyentuh sebarang permukaan.

'Jangan buang sampah merata-rata'... Antara pesanan mulia sempena final Piala Malaysia!
Kumpulan penyokong Kedah itu membawa beberapa plakad, antaranya tertulis 'Jangan buang sampah merata-rata' dan 'Jumpa sampah tolong kutip'.