SEMAKIN anak kecil kita membesar, semakin kuat rasa ingin tahu mereka dalam segala hal. Kita hanya tahu luaran namun di dalam diri anak itu sendiri, kita tak mampu untuk mengawalnya.

Ada baiknya kita pantau anak kecil kita yang masih lagi kecil dari semua segi. Gajet paling utama.

Biarlah orang kata kita mak ayah yang tidak percayakan anak asalkan kita tidak menyesal di kemudian hari.

Ini perkongsian Dr Ahmad Luqman Bukhari.

Biarlah kalau orang kata kita ini mak ayah yang tidak 'sporting' asalkan kita tidak menyesal esok hari.

Orang nak mengata kita ini mak ayah yang tidak percayakan anak pun tidak menapa apabila kita tegas terutamanya dalam bab gajet dan internet.

Kita tidak berikan si kecil kita kebebasan penuh untuk gunakan gajet ini sebab kita tahu kat dalam sana bahaya sangat.


Sudah ramai sebenarnya mak ayah yang biarkan anak ralit dengan 'smartphone' sendiri akhirnya menyesal tidak sudah apabila dapat tahu: 
Masa itu nasi mungkin sudah menjadi bubur. Sebab itu, walau sayang kat anak macam mana sekalipun, mak ayah kena sedar yang ‘self-control’ si kecil kita itu belum betul-betul matang.

Dia masih belum mampu lagi kawal diri untuk bezakan mana baik dan mana buruk.

Jadi tolong bincang baik-baik dengan pasangan kita. Tetapkan peraturan dalam rumah supaya anak tidak dibiarkan bersendirian dengan gajet.

Kebanyakan musibah pada anak ini bukan kerana dia kurang terdedah dengan gajet, namun musibah datang akibat pemberian gajet dan internet yang tidak dipantau.

Dr Ahmad Luqman Bukhari.


* Artikel asal disiarkan di Pa&Ma.

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!