INSTAGRAM telah memulakan ujian untuk menyertakan butang "tidak suka" atau "dislike" pada bahagian komen.


Ringkasan AI
  • Instagram sedang menguji butang "tidak suka" pada komen di Reels dan Feed.
  • Komen yang tidak disukai akan dipaparkan lebih rendah dalam susunan komen.
  • Ujian ini bertujuan untuk menjadikan komuniti Instagram lebih sihat dan sedang diuji dengan sejumlah kecil pengguna.


Ciri ini sedang diuji pada perbincangan di Instagram Reels dan Instagram Feed.

Dengan ciri ini, pengguna boleh menandakan komen yang mereka tidak suka. Data ini akan diambil kira dalam susunan komen, menyebabkan komen yang tidak disukai dipaparkan lebih rendah atau di bahagian bawah.

Langkah ini bertujuan menjadikan komuniti Instagram lebih sihat.

Buat masa ini, fungsi ini diuji dengan sejumlah kecil pengguna. Jika ujian ini berjaya, kita mungkin akan melihat fungsi ini diperluaskan kepada lebih ramai pengguna di seluruh dunia. -Amanz